Amaciam title post nih, ada yang terasa tak? Minta ampun lah yer. Tapi ini ikhlas ditulis kerana sekarang nih hati saya sangat berbunga-bunga selepas penantian sekian lama, berakhir! Hahaha.
Tapi sebelum tuh, hellloooo semua. Sorry sangat2 kerana diri ini menghaibkan diri. Hehe.
Kehidupan sangat kucar-kacir dan tidak terluang baru-baru ini. Segala cabaran datang dan menimpa tanpa sempat menghela nafas pun. Bermula dari konflik dalaman mengenai karier, diikuti dengan urusan pemindahan 'baby' saya, sehinggalah ke outstation, which is masih berkisar kerja dan hal-hal yang tidak terbilang. Syukur, keadaan semakin terkawal dan barulah mampu untuk bernafas kembali.
Saya di sini officially ingin mengucapkan selamat tinggal kepada servis LRT, yang banyak berjasa kepada saya selama 7 bulan sejak saya jejak KL Mac lalu. Bayangkanlah betapa jerihnya pengalaman itu dan saya dapat juga merasa kesusahan mereka yang senasib saya, bergantung kepada LRT. Tapi sekarang saya kena say 'hello' kepada traffic jam pula. Du..ga..annn.
Kos RM2100 bukanlah angka kecil. Syukur lagi, ada insan2 yang sudi memahami seterusnya menolong saya dalam menyelesaikan urusan perpindahan kereta saya ke KL. Walaupun ejen shipping kreta tu boleh dikatakan *carut*, tapi yang penting selesai. So mulai semalam, saya sudah bisa berjalan-jalan tanpa batasan ke sana sini dan saya rasa amat bahagia sekali. :)
Dalam masa yang sama, semoga kemudahan ini bakal memacu produktiviti saya dalam segala hal.
Welcome to KL baby. ;)
3 comments:
woots! bahagia si kawan dpt mansau2 unlimited d sana.. hee~
LRT transportasi rakyat...
Baik2 di jalan sering terjadi accident.
germaine: ya baaa.at least i can go anywhere without doubts and time-consuming sudah lpas nih.ngeee
baha: peringatan anda amat saya hargai.huhu.tapi slalu tidak dapat tahan diri ni.drivers here are no-doubt, rude and selfish!
Post a Comment