Showing posts with label karier. Show all posts
Showing posts with label karier. Show all posts

My Real Piece

Ok fine, title omputeh tak bleh blah. Hahaha.

Sedar tak sedar, nih da masuk sebulan saya bergelumang dengan dunia kpochi sub jenayah yang tidak pernah terjangka akan diterjuni. Betulla orang kata(yang berkenaan), belum cuba belum tahu. Dah tahu, pasti suka. Dah suka, mirindaaa susah dilepaskan! Serius!

Jangan bilang mudah, berada dalam dunia ini, kata kunci 'merendah diri bertempat' amatlah berkuasa sebagai senjata untuk kekal teguh. Tolak tepi jer semua komposisi ego yang mengisi diri kita. Pengorbanan masa, kredit fon, tambang cab, etc juga tidak patut dijadikan keluhan. Bak kata orang(sapa2lah), no excuses! Cehhh.

Tapi seriuslah, pening juga kepala kerana tugas bukan tamat di luar pagar ofis semata-mata, malah tatkala ingin melelapkan mata pun terpaksa mengerah otak demi hari esok. Begitulah kuasa sebuah stori. Paling digemari, apabila mendapat peluang untuk turut serta dalam operasi menangkap para jembalang2 kriminal. Alasannya, karena bila melihat sendiri kejadian, maka penghayatan untuk menghasilkan sebuah stori tu jadi lebih efektif. Hehehe.

So, untuk berkongsi kepuasan saya sebagai warga dunia kpochi ini, saya ingin mengambil risiko untuk menunjukkan salah satu hasil tulisan yang kiranya masih amatur untuk dibanggakan. ;p



Oklah, mungkin tidak sebaik mana namun saya optimis, suatu peningkatan akan berlaku tidak lama lagi. Enjoy~

Criminal Minds

By that time pak Pengetua mengeluarkan ayat "ok sedia, inilah desk yang korang kena report mulai next week"(lebey kurang macam tulah bunyinya), lantas jantung saya mula berdup-dap, macam drumroll pun ada coz for sure inilah yang kami(pra-wartawan) debar2kan sejak menyertai secara tidak rasminya di kompeni HM. Memang neves dan sangat teruja, risau pun ada pada masa itu memandangkan penantian sekian lama bakal dirungkai. Sama ada gembira atau kecewa, semuanya terpulang pada skrin BB pak pengetua yang disanjungi.

Sebut punya sebut, di sana kelihatan si kawan speechless mendapat desk bukan pilihan, si polan di sebelah nih pula da tunduk menanti penuh pengharapan, manakala si teman di situ pula buat2 muka steady tunggu nama dan desknya disebut. Maka, pak pengetua pun sampai kepada nama saya, "engkau.....ko dapat desk NEW MEDIA," terkesima tapi tidak kecewa, saya pun bertanyakan kepada siapa saya harus lapor diri kelak. Oklah, desk tuh pun bukan masalah bagi saya coz related to the old experiences iaitu benda-benda yang bercirikan produksi.

Tiba-tiba, sebutan diulang kembali. Yaaa beenar, terdapat ketidaktepatan di situ. Saya bukan sepatutnya berada dalam desk NEW MEDIA. Kata pak pengetua, "pembetulan, engkau, selamat datang ke dunia jenayah. Tahniah, anda di meja CRIME," terlopong, ternganga, terblack-out seketika, lalu dalam hati berkata, wut the.....! CRIME? Macam CSI, Criminal Minds, Burn Notice, 999, blah blah blah tuuuhhh? Mak aiiiihhhh.

Hey, saya tidak kecewa ok. Cuma terpukul sebentar kerana CRIME ialah desk yang cuba saya elakkan. Bukan tidak suka, tapi bukan jiwa saya obviously. Tapi mungkin itu hikmah. Patutlah naluri mengatakan saya tidak akan ditempatkan dalam desk yang saya suka.

Saya fobia darah, bagaimana berhadapan dengan kes2 kemalangan? Saya tiada kereta, bagaimana mau ke lokasi kejadian sepantas mungkin dan bagaimana pula saya mau balik rumah tengah2 malam? Itulah kerisauan major yang ligat di fikiran pada masa ini. Namun, saya harus positif. Saya akan buktikan bahawa saya mampu menggalas tanggung jawab ini. Huhuhu....

Sang-sang polisi, bomba, doktor2, dan yang berkenaan, meh cni nak 'shake hand' dulu. I'm officially joining the club, yeahhhh!

Pffttt!

Perasaan Umpama G6

Teruja, saspen, girang, semuanya berbaur sekarang! Sedikit masa lagi, saya akan bergelar seorang jurnalis baru. Arggghh! Masa ini bukan masa nak berangan dapat gaji lahhh! Enjin pun belum start, dah nak feeling2 sampai ke Genting.

"...G6 is a Gulfstream G650 jet..."

Hiperbola di situ tajuk entrinya. Tapi begitulah dia membuak-buaknya satu perasaan terperangkap dalam diri kerdil(memang kerdil pon) ini untuk memulakan kerjaya yang hanya sekadar impian selama ini. Besar, kukuh, membara, cukup menggambarkan betapa semangatnya saya untuk melangkaui fasa alam pekerjaan setelah membabi-buta tanpa kerja selama 2 bulan. Siksanya di situ melalui hari-hari tanpa berbayar ekoran tanggungan yang cukup menuntut sejumlah fulus.

Isnin akan datang, saya tidak lagi berkurung di rumah. Seawal pagi, berjalan ke stesen, menaiki 2 buah lrt, lalu berjalan sedikit ke tempat kerja. Yang paling penting, saya dalam persalinan seorang dewasa yang bekerja. Yay!

Ok, melalut jer post ni tapi saja nak share macamana excitednya saya kerana masa yang dinanti sudahpun tiba. Yeahhh! New job, new environment, new friends, it's just a bliss to think of!