Seindah Kunang-Kunang

Baru jejak KK semalam. Rasa macam da bertahun tak balik. Padahal, baru je beberapa hari kot menetap dekat KL. Hehehe.

Untuk kesekian kalinya, semalam saya telah memilih untuk terbang bersama Firefly Airlines. FYI, kepada sesiapa yang tak tahu, Firefly sudahpun meluaskan destinasi penerbangannya dari sekitar semenanjung, sekarang anda boleh ke Sabah dan Sarawak pula. Tapi untuk Kota Kinabalu dan Kuching jerlah.

Daripada 5, saya boleh bagi 3 bintang kepada perkhidmatan Firefly secara keseluruhannya. Cheh, berangan kan. Masalahnya, pernah ker naik flight 5 bintang? Hahaha. Ok, mari kita beranalisis di sini yer.


Perkara Penting Yang Perlu Ada Pada Perkhidmatan Penerbangan
(Mengikut Saya)
1. Harga tiket berpatutan. - Well, oleh kerana da terlepas harga promosi, maka saya telah terpaksa membeli tiket yang agak mahal. Fair enough lar, mula-mula terbeliak juga mata bila tengok harga tiket Firefly ni. So, cuba tengok tiket kat syarikat penerbangan yang tambang rendah konon tu. Hah! Lagi murah kot. Secara kasar jerlah! Bila da tambah tax, beli nilai luggage, itu ini, dang, lagi nak tercabut biji mata! Better beli Firefly!
2. Fleksibiliti masa untuk daftar masuk. - Pengalaman paling pahit dalam sejarah naik flight saya adalah bila tertinggal flight bukan kerana flight da gerak, tapi kaunter da tutup. Yerlah I know the policy tapi apa relevan nak tutup kaunter selagi flight tak jalan dan terang-terang still sempat nak check-in?! Sumpah, sangat benci dengan polisi sebegini!
3. Krew kabin yang bertamadun. - Suprisingly, saya sangat puas hati dengan kemesraan, sapaan, serta perkhidmatan krew Firefly ni. Sangat beretika dan professional. Walaupun takderla hot sangat pramugari dier. Tapi at least takderlah mekap tebal bagai hantu bedak! Mekap pramugari terbaik, jatuh kepada.........tettt!
Sambil mengimbas kenangan-kenangan menaiki flight 'putih merah' tu. Celaka betul dia punya krew! Very rude!
4. Berlepas dan ketibaan di tempat yang berbumbung. - Firefly macam MAS juga. Time berlepas dan semasa ketibaan, takderlah nak berebut-rebut turun tangga dari atas kapal tu dan jalan berpanas/berhujan(jauh pulak tu) nak masuk dalam balai ketibaan.

Jelas di situ, tak banyak pun perkara yang nak disongeh-songeh kan. Tapi kalo da gagal perkara-perkara asas macam ni, perlukah nak berkias-kias bagi ayat-ayat indah kat penerbangan yang suda gagal itu? Tidak!!!

Tapi dinasihatkan, kalau ada duit lebih tu, naiklah MAS. Standard dan bereputasi tinggi. Kalau ala2 tak mampu tu, klik jer FIREFLY!

Sebelum tu, jom layan lagu ni!

No comments: