Trofi Terakhir Di USM

Gigih berjaga tengah malam ni semata-mata nak online. Memang kutu malam betol. Da boring sangat tak tau nak godek aper, maka terlintaslah idea nak google-google diri-sendiri kot2 la ada yang bagi surprise tribute kat saya kan. Berangan macam tak ingat dunia.Hahaha. Tiba-tiba tergatal tangan pula nak tengok balik projek final year kat USM dulu. Maka, taiplah kat youtube title yang berkenaan.

Imbas kembali, memang projek ni kira trofi terakhir sebelum blahnya kitorang dari kampus tercinta USM tu. Berkat disisihkan oleh coursemate2 yang tanak satu group dengan kitorang(dorang gerun kot, coz kami ni hebat! *tetttt di situ*), akhirnya terciptala satu group yang first time dalam sejarah, ada 3 orang ahli jer. Padahal, kumpulan lain ada yang cecah tujuh orang occay! Takderlah kitorang makan hati, move one je walaupun ada juga guris2 halus dalam diri kan.

Lalu berjuanglah kami bertiga, saya, Akma, Araffi, membuat kejutan kononnya dalam projek videoklip ngan dokumentari iaitu tugasan yang diberikan. Sampai ke Langkawi tau nak shoot buat kerja bagai. Konon jerlah, bila da sampai Langkawi, lupa terus kat keja tu. Actually, takderla lupa semuanya. Terlebih enjoi je kot. Biasalah darah muda kan. Yay! Memang walaupun dokumentari langsung tidak menyelerakan para penilai dan sesapa yang memandang(ala memang tak rely pun kat yg tu), tapi cukuplah berjaya menggondol ANUGERAH VIDEO KLIP TERBAIK FESTIVAL FILEM & TELEVISYEN USM 2008. Apalagi, dengan megahnya berjalan kucing lah ke stage ambik trofi ngan sijil tuh. Nilah dia MTV kitorang yang tak seberapa. Yang penting jimat kos yer. Miming tu guna krew sendiri.


Puas hati gila babeng bila da terbayarnya perit jerih semasa menyempurnakan tugasan ini. Konflik, ego, selfish, semua memang dialami sepanjng proses tu. Tapi biarlah kisah lama pun. Yang penting, sekarang Akma dah gah di RTM, begitu juga Araffi di TV3, menjejaki dorang, sayalah di.......tempat dirahsiakan. LMAO.

So guys, enjoy the video. Feel free jer nak komen aper2.

 

No comments: