Tangisan Nicole Scherzinger

Sejujurnya, saya melihat program realiti nyanyian daripada luar adalah rujukan terbaik dalam melihat produk-produk yang berkualiti. Ambil contoh di Amerika, sapa tidak pernah menonton American Idol memang tipulah. Tertengok sikit pun jadiklah. Hihi.

Keterlaluan tak kalau saya kata American Idol kini sudah kurang taringnya? Sebabnya, sekarang ini saya lebih teruja mengikuti perjalanan program THE X FACTOR USA. Program nih actually dah lama start kat UK. Ntah dah masuk musim berapa dah kat sana. Tapi, bila dah start kat US, barulah saya benar-benar mengikutinya. Tapi oleh kerana masa kerja yang tidak tentu, terpaksa tengok kat YouTube jer. Padahal, ada siarannya kat Astro Star World dan 8TV.

Singkir punya singkir, tidak sangka kini dah masuk semi-final dah. Biasalah program realiti, mesti ada kontroversi. Paling terbaru, ketika penyingkiran top 7 bagi memilih top 5, peserta favret, Drew, tersingkir apabila tiga daripada juri iaitu LA Reid, Paula Abdul, dan Nicole Scherzinger mengundinya keluar. Sorang lagi juri tentulah mentornya, Simon Cowell cuba mengekalkannya. Program ni kira persaingan antara protege serta mentor dorang lah. Kalo nak faham, klik WEB THE X FACTOR USA.

Bagaimanapun, dalam pemilihan top 4 untuk ke semi-final, sekali lagi terjadi satu penyingkiran paling kontroversi apabila protege Simon, Rachel Crow diumumkan mendapat undian tercorot. Budak 13 tahun ini memang tidak dinafikan mempunyai bakat luar biasa, apatah lagi pada persembahan survival, persembahannya benar-benar memukau dan vokalnya hebat. Maka, pada sesi penyingkiran, babak paling drama adalah ketika Nicole (Pussycat Dolls) gagal mengawal emosinya ketika ingin memilih siapa yang harus meninggalkan pertandingan.

Alamak, panjanglah pula entri kali ini. Oklah, daripada menulis berjela-jela, lebih baik saya tunjukkan video-video ini untuk gambaran penuh.

Bottom 2 : Rachel Crow (protege Simon Cowell) ngan Marcus Canty (protege LA Reid)

VS


Ini video sewaktu dorang menyanyi untuk Survival.

 Rachel

Marcus

Proses penyingkiran;


Kesian Nicole jadi mangsa keadaan. Rasa bersalah giler dia time tu. Memang sadis juga tengok Rachel tersingkir. Tapi Marcus pun kira hebat juga. Tapi adat pertandingan, hanya dua jer yang akan layak ke final untuk merebut hadiah USD 5 juta. Fuhhhh. Masyukkkk.

Kita tengoklah sapa yang akan berjaya ke final. Saya jangkakan, Melanie Amaro dan Marcus Canty akan ke final. Sengit nih, apa-apapun boleh jadi.

No comments: