Namun, ada berita baik buat peminat yang merindui lagu-lagunya. Sapa yang familiar dengan kelab Jazz terkemuka, No Black Tie, di Jalan Mesui, berhampiran Bukit Bintang, satu persembahan tribute bakal diadakan bagi memperingati penyanyi berbakat luar biasa itu.
Jujurnya, saya belum pernah lagi menjejakkan diri ke No Black Tie, namun daripada apa yang saya selalu dengar, sajian muzik Jazz di sini adalah sesuatu yang sangat berbaloi. Nama-nama besar seperti Atilia, Noryn Aziz, Reza Salleh, dan sebagainya antara yang selalu mempersembahkan nyanyian mereka di sini.
Berbalik kepada perihal tribute tadi, persembahan yang diadakan pada 9 dan 10 Disember itu bakal membariskan beberapa penyanyi Jazz terkemuka. Dengar2nya, mereka juga tidak kurang hebatnya. Terpulang kepada penilaian anda yang bakal menyaksikan sendiri persembahan itu.
Bagaimanapun, hiburan ini adalah berbayar. Tapi RM50 untuk satu malam yang paling berharga? Pastinya buka satu perkiraan yang besar.
Mungkin saya juga akan berada di sana dan pasti menantikan lagu-lagu seperti Rehab, Back To Black, Stronger Than Me, In My Bed, Tear Dries On Their, Just Friends, You Know I'm No Good dan banyak lagi untuk dikumandangkan. TERUJAAA!
So, siapa yang ada kelapangan, peminat tegar muzik Jazz, peminat baru muzik Jazz, saya tahu anda pasti inginkan ini.
No comments:
Post a Comment