Showing posts with label AF9. Show all posts
Showing posts with label AF9. Show all posts

Expektasi Tinggal Abu

Tadi baru lepas menghiburkan telinga dan mata menonton peserta2 baru AF. Adrenalin yang melonjak sangat berteriak bahawa pasti ada sesuatu dalam edisi musim ini. Terbitlah satu expektasi yang umpama kanak-kanak disajikan dengan show silap mata. Innocent dan bertepuk-tepuk sebab 'ditipu'.

Terlepas pelajar pertama, lantas cuba menghayati persembahan kedua. Hurm. Biasa jerr. Maka bergilirlah si polan dan si polan cuba menakluk pentas dengan aksi2 badut mereka. Why badut? Yerlah, badut pun penghibur kan. Gilir punya gilir, menguap seketika, tamat wayang. Tiada perasaan pada saat itu. Ada secalit kemarahan. 'Tertipu' kerana magis yang ditunggu tiada. Baik tengok bunga api sajaa.

Tanpa berselindung, persembahan budak Sarawak tu jer yang ada nilai. Tona suara checked, tempo checked, penghayatan checked, vokal solid dan segar! Well, saya tak tengok sangat pakej2 tuh. Sekadar bonus jer buat apa. Tapi sapa kesah zaman ni. Yang bakatnya bagus pun tidak dipandang.

Ya. Terlalu awal untuk menilai. Namun bukankah first impression itu asas yang penting? Hurm, well, tengok jerla progress bebudak semua tuh. Walaupun da ada yang tunjuk diva, gedik, angkuh, biarkan, dorang pun manusia. Yang penting, tanak miss tengok protege Erra dalam mentor.

Sekian.

AF9 Telah Di'cancel'?

Jap jap. Sebelum tu nak minta ampun banyak-banyak coz title yang begitu propa king tu. LMAO! Sapa kata AF9 cancel? Meh cni nak cili mulut tuh! Hahaha.

Oklah, ujibakat pun dah selesai. Sekarang ni bahang2 musim penutup tirai pun semakin terasa. Pengetua pun dah kena lantik! Eh eh, yer ker? Memandai jer. Sorryla, blom ader pas media nak gi korek2 fakta untk musim baru AF ni. On de way kot. Ker pas tuh da tebakar atau dibakar? Berhangan lagiiii. Haish.

Pernah beberapa musim tidak mengikuti AF ni, saya beriltizam akan berada di hadapan tv ataupun dalam stadium/studio satu Astro saban minggu berhibur dengan para peserta yang akan terpilih nanti. Artikel ini ditulis dengan penuh kesayuan, kekesalan, kecemburuan kerana tidak berpeluang menunjukkan bakat pada odisen musim ini. Huargggh! Last season ni, hello?!!

Top 40 pun da ada. Dah tengok beberapa klip. Ada gak manusia2 yang saya kenal dalam tu. Contohnya NERA, ANDY ngan ARIE. Dorang bukanlah kawan rapat, sedara mara, coursemate kat U dulu, so skadar memberi kredit kepada dorg untuk diundi. Yay! Tapi NERA tu satu hometown ngan saya. *teettt* (nakk juga kan).LOL. Undian telahpun dibuka untuk melayakkan mereka ke top 25. So, apalagi, jom undiii! Taknaklah nanti ada suara2 sumbang yang pertikai itu ini. Anda tentukan! Klik ;



Bersama memartabatkan artis2 baru!