Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

kualiti vs populariti

Hellooo!!! Gila lama tak update blog nih. Sibuk tidak terkata life kebelakangan ini. Entri terakhir pun tengoklah bila tu. Tekejar-kejar sampai tak lepas tangan nak siapkan keja. Barulah merasa 'nikmat' sebenar dunia pekerjaan. Dulu bolehlah nak malas2 coz time tuh memang tak enjoy fun. Tapi sekarang, at least penat tuh berbaloi.

Oklah, sebagai pembuka lembaran untuk kemunculan kembali saya dalam arena blogging2 nih, saya berminat untuk membuat perbandingan antara produk-produk milktea yang meletup-letup sekarang nih. Kalau di KL, which is tempat bertapa saya sekarang nih, Chatime adalah ranking no. 1 dan kalau tengok dalam Twitter ker Facebook ker, status BBM ke Whatsapp ker, memang tak sah kalo kawan2 tak update pasal Chatime nih.

Saya pun memang penggemar Chatime sejak a close friend of mine perkenalkan benda nih tidak lama dulu. Tiap kali pegi mana2 mall, mesti kena beli at least satu Milky pearl Tea. Selalu minta yang regular jer harga RM5.90. Favret tuhhh! Kalau di KL laaa.

Tapi kan kalau nak tau satu fact, benda macam nih dah lama giler popular kat Kota Kinabalu (KK). Kalau di KK yang paling meletup brand nama YOYO. Dulu murah giler harga dia. Kalau plain, RM2.50 dan kalau tambah pearl caj 30 sen. Last time beli minuman tuh, harga dah naik RM3.30 untuk yang plain jer. Tapi, one thing for sure, memang rasa dia beza ngan Chatime punya produk. Surprisingly, lagi sedap.

Kalau berpeluang ke KK, cubalah YOYO. Memang popular giler2 kat sana. Bila tiba-tiba nama Chatime naik kat sini, rindu pula nak rasa milky tea versi KK pulak.

CHATIME

YOYO

Siapa tekak haus di KL, try Chatime! Kalau yang di KK tu, apalagi, YOYO kita ging! :)

AF9 Telah Di'cancel'?

Jap jap. Sebelum tu nak minta ampun banyak-banyak coz title yang begitu propa king tu. LMAO! Sapa kata AF9 cancel? Meh cni nak cili mulut tuh! Hahaha.

Oklah, ujibakat pun dah selesai. Sekarang ni bahang2 musim penutup tirai pun semakin terasa. Pengetua pun dah kena lantik! Eh eh, yer ker? Memandai jer. Sorryla, blom ader pas media nak gi korek2 fakta untk musim baru AF ni. On de way kot. Ker pas tuh da tebakar atau dibakar? Berhangan lagiiii. Haish.

Pernah beberapa musim tidak mengikuti AF ni, saya beriltizam akan berada di hadapan tv ataupun dalam stadium/studio satu Astro saban minggu berhibur dengan para peserta yang akan terpilih nanti. Artikel ini ditulis dengan penuh kesayuan, kekesalan, kecemburuan kerana tidak berpeluang menunjukkan bakat pada odisen musim ini. Huargggh! Last season ni, hello?!!

Top 40 pun da ada. Dah tengok beberapa klip. Ada gak manusia2 yang saya kenal dalam tu. Contohnya NERA, ANDY ngan ARIE. Dorang bukanlah kawan rapat, sedara mara, coursemate kat U dulu, so skadar memberi kredit kepada dorg untuk diundi. Yay! Tapi NERA tu satu hometown ngan saya. *teettt* (nakk juga kan).LOL. Undian telahpun dibuka untuk melayakkan mereka ke top 25. So, apalagi, jom undiii! Taknaklah nanti ada suara2 sumbang yang pertikai itu ini. Anda tentukan! Klik ;



Bersama memartabatkan artis2 baru!

Lady Gaga 'DIPANGKAH' Lagi

Dalam beberapa hari ini, lebih baik takyah kluar pi mana-mana. Risau pula nanti ada konco2 Lady Gagal nak siat daging saya untuk kostum Lady Gaga yang akan datang pulak. Si ratu kontroversi sekali lagi mencuri perhatian dunia dalam acara gilang girang gemintang apa lagi kalau bukan GRAMMY AWARDS 2011. Ternyata ke'ratu'an Gaga makin bertaring apabila beliau hadir dengan rombongan cik kiahnya walaupun tak siapa pun nampak kelibatnya dek kerana tak keluar lagi dari telur gergasinya. Sapu habis ruangan karpet merah tau.

sumber imej dari justjared.buzznet.com

Meriah kan! Tapi sayangla, da extravaganza da gimik karpet merah, namun persembahan? PANGKAH! Sori kak Gaga, anda dipangkah lagi. Kan bagus dah alang2 bawa telur gergasi tuh, buatla gimik bagi lepas ayam ker dari dalam telur tu kan. 
*terimagin ayam2 dia pun pakai blink2*

Seperti kebiasaan, fesyen selebriti adalah yang paling dinanti-nanti. Dah google pun, macam2 konsep diketengahkan. Maklumlah semua nak curi perhatian lensa. Ada yang macam kedai bulu, kilang emas, kebun bunga, budak banquet, kilang aluminium, dan banyaklah. Tapi pilihan fesyen saya kali ini ialah konsep LESS IS GREAT dan dua selebriti ini telah memenuhi citarasa saya.

Adam Levine dari Maroon 5. Simple, ton kaler yang ringan, hot boot, semestinya tidak berlebihan. 

The super-stunning Eva Longoria. Hitam putih(ermm macam biasa), tapi kombinasi sangat sesuai, dress beralun yang edgy, plain black heel, memang si petite ni bijak menyembunyikan ketinggiannya.

(sumber kedua-dua imej dari justjared.buzznet.com)

Kejutan pun banyak gak tahun ini. Tak taula kalau korang da aware tapi Jeniffer Hudson dah kurus laaaa! Memang jauh dari badannya yang dulu. Salutla. Dengar-dengar dia masuk program penurunan berat badan. Gigih lah! Selain tu, Katy Perry pula diasak soalan dari media tentang kehadiran berasingan beliau dengan suami, Russell semasa karpet merah. Harap2 selamatla rumahtangga korang eh.

Hah, kepada yang mengimpikan nak makan malam ngan si Justin Bieber pulak, JB nampaknya dikejutkan dengan keputusan tak terduga bagi kategori BEST NEW ARTIST oleh seorang pendatang baru yang saya pun baru dengar namanya, Esperanza Spalding. Penyanyi jazz katanya....Sudah2lah ngan awards ko kat AMA aritu JB. Lebih baik ko pulihkan balik vokal ko yang da kureng tu. Sian kan, biasalah baru pecah suara. Hehehe.

Untuk senarai para pemenang, klik GRAMMY 2011 WINNERS.

Daripada saya post video kak Gaga kita, jom enjoy dan dengar si pemenang BEST NEW ARTIST ni.


Kata Valentine, Ko Hadoo(Ada)?

Lalu jawabku kepada Valentine, ada ku kesah kalo takder pun(versi SETAN) / carikan aku satu....plizzzz(versi trip2 DEWA KEBAIKAN). Lepas tu dapat satu respon jer. Kena baling kasut Bonia diikuti dengan jawapan paling sinis dari Valentine, aku bagi ko kasut jer since ko kan GILA KASUT! Haha, maka saya pun menyambut kasut tersebut satu demi satu dengan tak henti-hentinya bersyukur. Now I love Valentine!!!!!

Intro jer tu....abaikan~

Valentine ker, hari kekasih ker, semalam kawan saya post di FB tentang betapa marahnya dia terhadap satu pernyataan seorang wanita berpengaruh yang telah jelas-jelas melanggar batas dan tatasusila apabila menuding maksiat itu amalan kepada peganut-penganut 'agama' tersebut terutamanya di hari Valentine ini. Seriusnya, saya juga amat terguris dan speechless macammana seorang yang kononnya berpangkat tinggi dan berpendidikan hebat itu sebenarnya hanya seekor manusia yang tidak mempunyai akal? *menyirap*

No offence kengkawan, tapi saya pun tidak pernah melihat di mana relevannya hari kekasih ni coz mungkin besar kerana saya TIDAK PERNAH menyambut Valentine atau memang saya patut berfikiran tersebut. Daripada ilmu yang saya ada, hari kekasih mula diwujudkan dan disambut di Eropah bagi memperingati kisah sejarah cinta yang hebat si 'anu' dan 'kekasih'nya. Ala2 sejarah Shah Jehan meng'hadiah'kan Taj Mahal kepada Mumtaz pun ada kan.

Sekarang da nak masuk 25 tahun tidak sekalipun saya pernah rasa Valentine itu walaupun sekali. Bercinta memang pernah tapi time masih hangat dan mekar cinta tu, hari-hari pun Valentine bagi saya. Tapi bila perasaan tu da hangit, rasa nak toreh2 jer duri bunga ros tu kat seluruh badan. Bunga ros yang plastik laaa....LOL!

Kepada yang memang TERNANTI-NANTI Valentine dan dah jadi perayaan wajib setiap tahun bagi dirinya, selamat meraih kekasih anda. Bagi yang nasibnya seperti penulis hangit ini, jomlah gi karaoke ker, main futsal ker, tak pun gi ronda-ronda tengok polis cekup2 pasangan bermaksiat ker(takder keja!hahaha) or kalo yang jenis2 psiko, buatla setup kat dlm bilik tu. Pasang lilin, lapik merah dan bercakapla kepada 'dia'....Erkkkk. Creepy doh!

Haha. Apa-apa pun, nak buat wish Valentine ni. Harap-harap dapat beli kasut kerja Bonia yang diidam-idamkan itu dalam masa terdekat ni.


RM 0.10 tu banyak ker?

Harga minyak naik lagi! Oh, macam selalu dengar kan?! Memang pun kan. Haha, dulu memang dengar-dengar manja jer bila sentuh topik ni tapi sekarang, boleh tak saya kata "wtf"? Ok fine, saya pakai Shell RON95, sebab yang naik pun RON97 kan. Jujur nak bagitau, actually time mula-mula ambik kreta tu, saya main isi jer minyak RON95 tu. Biasala, da ada kreta baru nak kecoh-kecoh tanya kat sapa2. So, kazen aku cadangkanla guna RON95. Jimat katanya....

Ala, naik 10 sen jer kot. Bekira ker? Well, kepada yang menggunakan RON97, of course saya memahami perasaan anda yang kiranya sedang memberontak sekarang ni kan. Mana lagi nak bayar tol, parking serba-serbi nak beli barang keperluan, cukup jelas kan 10 sen tu boleh mencacatkan mood seketika. Untungla bagi orang-orang yang tinggal kat tempat yang takder tol. Tak menjadi masalah kan? Hehe.

Yang musykilnya, apa kaitan kenaikan minyak ni dengan kes dekat Mesir tu ek? Hurm. Malas nak pening-peningkan kepala la. Apa-apa pun, RON97 secara rasminya da naik RM 2.50 seliter yer. Kenaikan yang keempat kali? Wow, sampai bila nak naik eh? Takder pula turun kan? Buat sesiapa yang merasakan impak dari kenaikan ini, cekalkan hati, go with the flow occay.

Sebelum tu nak gak kongsi carta ni ;
sumber imej dari http://paultan.org

Pelik juga, dalam carta menunjukkan penurunan, tapi harga naik pula? Hurm....

Kesimpulannya, benda-benda macam nila yang datang tak terduga. Kena terima jela yer.