Showing posts with label Yuna. Show all posts
Showing posts with label Yuna. Show all posts

Yuna Menghilang

Sapa tidak kenal musician sorang nih. Identiti bertudung bukan lagi persoalan, namun bakat luar biasa yang perlu diberi fokus. Tak payah nak explain lah, kini dia dah tembusi pasaran antarabangsa, simpan jerlah niat nak pertikai sejauh mana kebolehan dia.

Melangkah setahap ke hadapan, Yuna baru-baru ini dicalonkan dalam MTV Iggy untuk kategori pendatang baru. Bukan calang-calang juga, sangat membanggakan. Tengok jer calon2 bertanding, Yuna bertuah dibariskan.

Jom undi Yuna untuk;


Langkahnya amat mudah. Pertama, klik url ini, VOTE YUNA.

Pastu skrin ini kan terpampang dan klik kat Yuna.



Popup undian akan kuar dan klik 1 star untuk satu undian. Alaa klik jerlah 5 terus! ;p


That's it, selesai. Make sure dah vote betul2! Hehe.


Mempertaruhkan MTV lagu hasil ciptaan beliau sendiri 'Decorate', baru-baru ini Yuna dah post cover version lagu 'Come As You Are' nyanyian asal Nirvana. Unik dan tersendiri. Boleh ditonton kat YunaVEVO dalam YouTube.

Apa-apapun, mari kita doakan Yuna berhasil dalam pencalonan ini. :)

Gadis Magis

*menulis tanpa research, cuma berlandaskan info asas yang saya ingat dan baru dapat*

Malam itu (semalam), kira-kira 1.30 tengah malam, saya dalam perjalanan balik ke rumah selepas supper di Mali's Corner, Danau Kota, KL, then sambung karaoke di sekitar situ. Seperti biasa, ketika memandu, radio jadi peneman. Sekurang-kurangnya, tak terasa sunyi tuh (kena cari 'peneman' ASAP ni). Dan saya memilih FlyFM bagi menghibur halwa telinga.

DJ Hunny Madu on air ketika itu, bersama seorang tetamu undangan, dengan nama panggilan DD. Ok, tak pernah dengar. Dia vagina. Sedap jer suara dia, tapi dia bukan penyanyi (mungkin juga dia penyanyi), tapi dia 1ST FACT: Music Journalist. Kenapa dia diundang, sebab dia 2ND FACT: buat tour ke New York baru-baru ini, mungkin atas urusan kerja? Dia menulis untuk 3RD FACT: Junk Magazine (pernah nampak tapi belum terbaca).

Perbualan mereka santai, tampak mesra dan enjoy. Dia banyak bercerita pengalamannya 4TH FACT: bertemu artis2 Hollywood seperti Foo Fighters, Alicia Keys, Paramore to name a few, yakni sangat mengujakan! *tak sanggup untuk menukar channel*. Saya terus mendengar dan kemudian terpacul 5TH FACT: pasal dia hanya berbajetkan USD3000 sepanjang hampir 3 bulan menetap di kota New York. Impressive! Nasib dia baik berteman baik dengan ZEE AVI dan YUNA, 6TH FACT: dia boleh menghela nafas lega dengan bantuan tempat tinggal dari dua artis Malaysia bertaraf global itu. Bla..bla..bla.. tak sedar dah sampai rumah. *rasa menyesal tak dengar sampai habis*

Terdetik di hati mau mengenali DD aka 7TH FACT: nama dia Didi Ramlan. So, saya tweet Yuna dengan harapan dapat follow twitter si Didi. Hasilnya, YES!!! I got her. In fact, saya juga google beliau. Terjumpa pula TUMBLR beliau (good stalker, huh?).

And yes! Ini memberi inspirasi. Didi layak dipuja regardless kreativiti, personaliti, keunikan, kendiri, pemikiran, pada apa yang baru saya explore lah. Jujur di sudut hati, hasrat saya ingin mengikut jejak beliau, terbang sejauh-jauh ke New York (kota impian) menggarap sesuatu yang tidak mungkin terlalu mudah untuk dikecapi.

Awww. Harapan dapat berjumpa dan menimba ilmu daripada beliau suatu hari nanti.


Yuna indirectly perkenalkan saya kepada Didi. TVQM Yuna!!! :)


Didi bertindak balas kepada saya. Luvvit! :)

Karya indah Didi dipaterikan di dalam TUMBLR DIDI RAMLAN. Tidak rugi, malah memberi satu perspektif baru untuk dilawat dan diteliti. Sila...sila... (ececeh, macam milik saya pula)