Showing posts with label blog hangat. Show all posts
Showing posts with label blog hangat. Show all posts

Gadis Magis

*menulis tanpa research, cuma berlandaskan info asas yang saya ingat dan baru dapat*

Malam itu (semalam), kira-kira 1.30 tengah malam, saya dalam perjalanan balik ke rumah selepas supper di Mali's Corner, Danau Kota, KL, then sambung karaoke di sekitar situ. Seperti biasa, ketika memandu, radio jadi peneman. Sekurang-kurangnya, tak terasa sunyi tuh (kena cari 'peneman' ASAP ni). Dan saya memilih FlyFM bagi menghibur halwa telinga.

DJ Hunny Madu on air ketika itu, bersama seorang tetamu undangan, dengan nama panggilan DD. Ok, tak pernah dengar. Dia vagina. Sedap jer suara dia, tapi dia bukan penyanyi (mungkin juga dia penyanyi), tapi dia 1ST FACT: Music Journalist. Kenapa dia diundang, sebab dia 2ND FACT: buat tour ke New York baru-baru ini, mungkin atas urusan kerja? Dia menulis untuk 3RD FACT: Junk Magazine (pernah nampak tapi belum terbaca).

Perbualan mereka santai, tampak mesra dan enjoy. Dia banyak bercerita pengalamannya 4TH FACT: bertemu artis2 Hollywood seperti Foo Fighters, Alicia Keys, Paramore to name a few, yakni sangat mengujakan! *tak sanggup untuk menukar channel*. Saya terus mendengar dan kemudian terpacul 5TH FACT: pasal dia hanya berbajetkan USD3000 sepanjang hampir 3 bulan menetap di kota New York. Impressive! Nasib dia baik berteman baik dengan ZEE AVI dan YUNA, 6TH FACT: dia boleh menghela nafas lega dengan bantuan tempat tinggal dari dua artis Malaysia bertaraf global itu. Bla..bla..bla.. tak sedar dah sampai rumah. *rasa menyesal tak dengar sampai habis*

Terdetik di hati mau mengenali DD aka 7TH FACT: nama dia Didi Ramlan. So, saya tweet Yuna dengan harapan dapat follow twitter si Didi. Hasilnya, YES!!! I got her. In fact, saya juga google beliau. Terjumpa pula TUMBLR beliau (good stalker, huh?).

And yes! Ini memberi inspirasi. Didi layak dipuja regardless kreativiti, personaliti, keunikan, kendiri, pemikiran, pada apa yang baru saya explore lah. Jujur di sudut hati, hasrat saya ingin mengikut jejak beliau, terbang sejauh-jauh ke New York (kota impian) menggarap sesuatu yang tidak mungkin terlalu mudah untuk dikecapi.

Awww. Harapan dapat berjumpa dan menimba ilmu daripada beliau suatu hari nanti.


Yuna indirectly perkenalkan saya kepada Didi. TVQM Yuna!!! :)


Didi bertindak balas kepada saya. Luvvit! :)

Karya indah Didi dipaterikan di dalam TUMBLR DIDI RAMLAN. Tidak rugi, malah memberi satu perspektif baru untuk dilawat dan diteliti. Sila...sila... (ececeh, macam milik saya pula)

Dia Hero Malaya + Blogger Hebat

First tengok lakonan dia adalah menerusi filem Kami The Movie. Antara filem local yang kira fav sayalah. Indie punya, betul2 berkesan jugakla.

Ok, saya tak avid sangat mengikuti perjalanan karier seni beliau, namun boleh saya katakan beliau antara pelakon muda yang menyerlah kerana bakat dan dedikasi. Bukan sekadar berkarya di depan tabir, beliau turut mencurahkan kreativiti beliau melalui sebuah blog.

Baru tahun nih discover blog beliau, dan bila ada update mesti tak bleh miss nak baca. Ritma-ritma penulisan memang menampakkan sangat unsur kesenian dalam dirinya. Kadang-kadang lampi(lambat pickup) juga kalo baca post dia dalam mode mamai2. Hahaha. Banyak perkataan baru boleh jumpala yang penting. Kalo nak contoh baca sendiri.

Beliau nih bakal menamatkan zaman teruna tak lama lagi. Dapat calon bukan alang2 ooo. Selebriti jugakla. Info lanjut, silala mengoogle page2 hiburan. Malas nak tabur gosip kat sini. Wakakaka!

Well, semalam tweet kat Zahiril pasal blog dia tuh. Nih dia jawab ;


Hehe. Memang da niat nak promote blog dia no matter apa dia nak cakap pun.

So, guy, jom kita menggodek blog c hero malaya nih...KLIK 'n' go-->


Kasual Sudah

Ahad yang bening, redup dan santai. Baru jer balik dari melantak kat Ampang tadi. Sodap jang! Tadi pergi lunch makan masakan padang ngan masakan Negeri Sembilan menurut papan tanda restoran tulah. Well, ni pertama kali kot datang kedai ni. Takda apa yang extraordinary lah, air pancur ke apa, but not bad gak makanan dier. Tunggukan entri pasal hotspot makan baru ni nanti.

Bila da kering sengkek ni, malas pula nak gi jenjalan ronda-ronda nanti bikin sakit hati jer kalo jumpa barang yang menggoda. Hahaha. Jadi, ceritanya, balik rumah jer, trus gi ambik laptop, online sambil tengok tv pastu tidbits ada kat depan mata jadi peneman buat kunyahan. Tak concentrate pun tengok tv tu, macam boring jer program-program hari ni. Ntah tak tekira brapa kali da tukar channel. Last-last flipped kat Hitz TV coz ada story pasal Yuna tadi. Time-time iklan, tiba-tiba tertarik ngan satu brand kasut ni. Actually bukan iklan lah, tapi dia macam featured seorang artis tu dengan koleksi kasut yang dia pakai.

Bagi yang berjiwa kasual, sempoi, indie ngan rock n roll, saya rekomen mesra-mesrakanlah jari tu pegi tengok web kasut jenama Macbeth ni. Brand ni dari US(yer kot), haha, tapi dah ada cawangan pun kat Asia ni. So first thing first, memanglah nak cari yang paling dekat which is Malaysia sendiri kan. Kat web tu beria-rialah dia tunjuk alamat-alamat cawangan dengan ikon Jalur Gemilang, tapi bila tengok betul-betul, alamat kat Indon. WTF!

 
sumber imej dari www.macbeth.com


Design kasut ni agak clean, simple and sangat kasual. Sesuai sangat buat nak gi ronda-ronda kat Bukit Bintang. Hahaha. Melalut pula da.

Nak korek lagi pasal brand ni, pegilah web dia MACBETH.
Dorang ada gak kat FB. Klik je like kat MACBETH FACEBOOK.

psst : tetap terpikat ngan kasut Lanvin yang semi-gold tu.hiks!

Fashionista Sejati

Malam-malam buta barula dapat idea nak tulis apa. Bukan senang tau bab kerah mengerah idea ni. Maklumlah, ntah da ke mana da kreativiti yang menjadi senjata diri selama ini. Hahaha. Amat perasaan di situ...

Oklah, since blog ni pun diilhamkan dari fashion sense yang kiranya telah lama bersemadi dalam diri saya, so hari ini saya akan memperkenalkan anda dengan seorang fashion blogger yang tidak asing lagi di Malaysia. Tak pernah jumpa bertentang mata pun dengan dia ni, apalagi nak kata dia ni besfren saya, memang tidak sedar diri la kan. Actually, saya pun baru jer discover blog dia ni. Saya terbaca pasal blog dia ni dalam satu magazine tapi dah lupa da apa nama mag tu.

Kalau meneliti setiap butiran entri beliau, Hafiz Mustapha atau lebih dikenali dengan nama glamer beliau, CuteCarry, memang dia ni betul-betul passionate dalam mengikuti arus dunia fesyen masa kini. Bukan sahaja mempunyai high-class taste dalam fesyen, malah kemunculan beliau dalam satu-satu acara memang dinanti-nantikan sebabnya outfit dia memang akan fashionable. Kagum juga dengan beliau ni, selalu dijemput menjadi jurucakap dalam mana-mana bengkel grooming.

Kiranya, sekarang ni saya adalah pembaca setia blog CuteCarry ni. Yelah, kalo bab-bab fesyen ni, saya masih lagi merangkak. Kalau setakat bab nak ingat mengingat jenama-jenama mahal tu, ala budak tadika pun boleh hafal. Tapi jangan pula rosakkan minda adik-adik kecil kita ni dengan benda-benda mahal macam ni. Nanti da besar, demand pula nak semua barang branded jer. Kalau sukarela nak bagi macam tu jer, saya pun nak. LMAO!

So, kepada yang ala-ala buta fesyen, baru nak up, buat-buat terror fesyen tu, silalah luangkan masa menjenguk blog si CuteCarry ni. Tak rugi dan tak kena jel pun. Selalu tengok kat majalah jer, sekali-sekala tukar selera pula kat blog dia ni. Hah ni dia wajah dan salah satu penampilan beliau.


sumber imej dari blog CuteCarry

Bagi anda yang meminati fesyen dan tak nak ketinggalan dengan item-item yang hangat di runway, ini adalah blog yang tidak harus dilepaskan. Klik CUTECARRY.