Showing posts with label acara. Show all posts
Showing posts with label acara. Show all posts

Korang Cukup Rock?!

Dangg! Lama tak mencoret nih. Patotla ala2 tumpul dah modal nak berkata-kata. Hehehe.

Ok back to the point, korang suker konsert tak? Bagi saya, saya tak minat sangatlah konsert2 yang perlukan saya berdiri dan bersempit-sempit. Lebih baik tengok siaran ulangan jer kat memane. Hahaha. Tapi kalau dapat sit yang masyuk, selesa dan eksklusif, terus mata blink2 mengangguk nak ke konsert itu. Lol. Bukan apa, kadang2, persembahan yang kat pentas tuh adalah untuk dinikmati, bukannya datang nak sesak2, pastu ader pula nanti yang gaduh2, atau paling2, buat muka ketat coz tersinggung bahu. Kan, kan!

Untuk memendekkan crita, saya akan berfikir dua kali lah kalo nak datang konsert2 cmni.

Tapi yang ini, waduuuh, sungguh mengghairahkan kot! Sejak dulu lagi mengidamkan nak datang konsert anjuran MTV nih. Lebey2 lagi kali ini sekali lagi Malaysia dapat penghormatan untuk jadi tuan rumah. Biarpun line ups dia takderlah yang gempak2 bagai, tapi, bukan calang2 kot acara camni diadakan di Malaysia.

Antara line ups dia untuk tahun nih ;
30 Seconds To Mars
Beast
Pop Shuvit
Neon Trees

Ok, sabar2. Konsert nih tak lain tak bukan, MTV World Stage Live In Malaysia 2011!!!


Waaaa. Tidak ketinggalan, dorang juga ader buat contest lagi bagi pass free kat sapa2 yang nak. Nak ker tak nak????! Tapi yang nih kena ikut nasiblah. Saya dah try, memang dapat isi form, tapi, hampeh coz MTV rasa jawapan aku macam taik kera kot! Lol. Koranglah pula cuba nasib. Check this out!


Fuhhh! Memang bertuahlah sapa yang dah lepas. Dapat dua pass lagik! Korang sebelum ikut contest nih, saya nasihatkan, susunlah ayat paling power yang boleh convince MTV untuk melayakkan anda mendapat pas tersebut. Yay!!!!

Let's rawk the stage!!!! All the best!

Pengubat Kanser

Lama dah tak jogging. Dulu waktu kat sekolah lagi, boleh kata setiap petang mesti joging. Tambahan pula, time tu masih lagi aktif dalam sukan esp olahraga.

Sedar tak sedar, rasa semakin tua pula sekarang. Walaupun berbeban dengan kerja demi sesuap nasi, sering juga curi masa untuk berjoging. Joging nih bagus untuk melancarkan sistem kardiovaskular dan menguatkan stamina.

Pernahkah anda terfikir joging ini juga adalah salah satu pengubat kanser? Sejujurnya, saya belum meneroka ke tahap itu tapi rasanya jawapan ada pada acara Relay For Life Malaysia 2011 ini.


Wondering what Relay For Life is all about?
Relay For Life events are being held all around the world in different communities, spread out across 22 countries and counting! We’re different in many ways but one thing remains the same. Relay is all about Celebrating lives and spreading the word that even with cancer, there is hope. There is hope for cure and there is hope to survive.

Sudah lama rasanya tak join acara2 larian macam nih. Tiba-tiba terdetik pula nak turut serta coz acara ini untuk charity. Lagipun, boleh berkenalan dengan kawan baru mahupun mangsa kanser sendiri.

Jom kita sapot event nih. Untuk maklumat lanjut, 'like' Facebook Relay For Life Malaysia 2011 atau layari web RELAY FOR LIFE MALAYSIA.

Jadilah Bintang!

Hey, pengumuman! Anda berbakat dalam bidang nyanyian?

Jangan sia-siakan apa yang anda ada. Cuba tengok contest nih. Hadiah pun bukan alang2 tau! Tapi kena ada sikit pengorbananlah kepada sesiapa yang berada jauh dari KL. Coz contest nih akan diadakan di KL. Tak per jangan risau dan gundah gulana. Cuba nasib dulu. Kalau rasa2 boleh teruskan, why not kan? Mungkin rezeki anda.

Ok, sinopsis contest. Ini pertandingan nyanyian anjuran Dentyne. Ala, yang produk gula getah tu. Caranya senang jer. Ia ada dua cara nak audition. Pertama, rakamkan nyanyian yang paling besh anda boleh bagi, uplod ke youtube, then pegi like page Dentyne TERRAR-OKE di facebook, pastu register penyertaan di sana. Walaa, setel.

Then, kalo nak senang, pegi jer ujibakat ke lokasi2 yang telah ditetapkan! Untuk info lanjut, klik gambar kat bawah nih!
  

Selamat mencuba nasib! Manatau, andala star yang seterusnya!

 

Saya Seorang Dusun

Dusun apa paling best? Jawab dalam hati. Bukan terarah untuk berbicara mengenai dusun pelam k.

Mungkin saya belum bagitau korang yang saya ni lahir daripada etnik Dusun. Ya, Dusun. Dan yang paling penting saya masih berpegang teguh kepada kebudayaan saya. Yang pastinya, saya bangga jadi Dusun.

Kesinambungan daripada cerita ini, Sabtu lalu saya turut menyertai kemeriahan Pesta Kaamatan aka Menuai peringkat Kuala Lumpur. Ini merupakan sambutan yang kali ke-16 dan saya sungguh berbesar hati dapat bertemu dan berkumpul dengan sahabat handai serta saudara seperantauan dalam majlis kali ini.

Kaamatan merupakan acara kemuncak bagi kaum Kadazan Dusun Murut di Sabah. Sesapa yang ambil port pasal apa yang berlaku di Sabah, memang tahu punyala. Keramaian ini adalah sempena meraikan berakhirnya musim menuai padi dan dirayakan pada 31 Mei, setiap tahun.

Tahun lepas raikan di KK, tahun nih raikan di KL suda. Huhuhu. Sinopsisnya, seperti biasa, saya ke acara ini secara solo. Ada gak ajak memember tapi masing2 sudah ada agenda sendiri. Yang penting acara dijadualkan bermula pada jam 12, tapi lengang jer masa saya sampai. Ok, tanak komplen coz biasala, Malaysian time. Kikikiki.

Acara bermula, ada gimik, ada persembahan menari, nyanyian, ucapan yang sumpah boring gilar, dan slot yang ditunggu-tunggu, Unduk Ngadau atau Ratu Cantik!!! Hehehe. Sejujurnya, expektasi tinggi juga nak tengok sama ada calon2 kali ini sengit atau tidak, dan tinggal harapan. Bolehlah. Tapi saya setujulah juara yang dipilih juri. Memang layak....Jom tengok pemenangnya ;

Pemenang : Laura Simon, berasal dari Kuala Penyu, Sabah.

Secara keseluruhannya, sambutan kali ini tidaklah semeriah mana. Tapi bangga gak coz bukan sahaja orang Sabah, pelancong pun turut bersama menyaksikan acara ini.

Jom lihat sapa yang saya jumpa!

 Kawan baik, Tuan Puteri. Stylo kan~

Nih si Fanzi, penyanyi yang hebat! :)

Kelakar gak tengok gelagat2 penonton2 yang hadir. Siap ada sesi sumazau beramai-ramai. Memang meriah. Pastu ada jualan makanan2 tradisi lagi, tidak ketinggalan tapai! Hehe.

Tak tau nak bebel apa dah. Hihi. Till then....

KOTOBIAN TADAU TAGAYO DO KAAMATAN!!!

UNIQLO : Dari Tokyo ke KL

Pagi tadi sebelum pegi esaimen, saya singgah sebentar ke KLCC dengan niat semata-mata untuk bersarapan. Sesampainya di situ, saya cuba mengingati lokasi MCD coz kat situ jerla tempat yang mampu nak brekfas. Tatkala melilau, tiba-tiba ternampak satu queue yang panjang kat satu kedai, yang pasti baru buka. Oooo... Uniqlo! Memang ramai, tapi ada apa kejadian?!

So, saya pun mendapatkan serta bertanya kepada seorang staf yang leka memberi katalog kepada pelanggan2 yang nampaknya tak sabar2 nak masuk dalam tuh. Siap ada giliran lagi tau. Maklumlah, masing-masing taknak 'miss the opportunity'! Rupa-rupanya, hari ini ada jualan murah sempena penbukaan outlet baru Uniqlo kat KLCC. Yang saya tahu, kat Fahrenheit jer ada kedai tuh sebelom nih. Tak sangka pula sampai begitu sekali sambutan jenama ini kat Malaysia. Well, thumbs up la!

Sejarahnya, Uniqlo punya pengasas nih adalah seorang jutawan Jepun yang pernah tersenarai dalam antara jutawan terkaya dalam majalah Forbes bernama Tadashi Yanai. Konsep adalah moden dan ringkas, menerapkan elemen santai dengan material yang sangat selesa serta yang penting, harganya berpatutan.

Dalam fikiran saya sudah terbayang untuk membeli dompet baru memandangkan dompet lama suda rabak. Saya mengambil keputusan untuk menyertai ratusan manusia dalam kedai tu, namun hampa, dorang tak jual wallet. Dengan rasa agak kecewa, saya terus kluar dan beralih ke bahagian luar di mana setup untuk Grand Opening yang berlangsung semalam dibuat. Sayang sekali tak dapat menyaksikan pertunjukan semalam. Tengok ulang tayang jerlah. Yang bestnya, selebriti2 popular yang jadi model runway dorang seperti Stacy AF, Noh Hujan, Alex Yoong, Ella, Datuk Sheikh Muzaffar, Yasmin Hani dan sebagainya. Cambest!

Ok, jom tengok shot2 yang sempat diambil ;

Katalog jualan murah.

 Pentas runway.

 Teka sapa kat skrin tu.

 Ulang tayang pertunjukan fesyen hari sebelumnya.

Wahhh....tengoklah barisan tuh

 Ramai kan!

 Cukup berbaloi untuk kepuasan berfesyen.

Berebut-rebut!

 Demi jualan murah!

Begitulah dia penangan jenama Uniqlo yang diilhamkan dari Jepun kota fesyen ini. Kalo nak info lanjut, silala jenguk web Uniqlo Malaysia nih.


Selain pakaian, terdapat juga aksesori yang dijual seperti kacamata, tali pinggang, dan lain2. Tapi wallet bila lagi? Hehe.

So kepada pencinta2 fesyen, silalah akses ke Uniqlo.

Apa Itu 'Candat'?

Huhu. Lama menghilang. Hidup makin berbeban untuk pengetahuan semua. Yang penting muka dan tangan saya sunburn gila pada ketika ini. Sebab? Haritu saya ke Kuala Terengganu(buat pertama kali) untuk memenuhi bangku2 dalam bas rombongan kompeni. 5 hari ok.

Malas nak bebel berjela-jela, rumusannya, trip kali ini hambar ok. Kenapa? Itineri aktiviti sangatlah terlebih kurang padat dan kebanyakkan masa dimusnahkan dengan pergerakan2 yang tidak mencetus adrenalin. Huhu. Makin metafora pula bahasa saya nih kan. Dang!

Well, trip nih sebenarnya untuk aktiviti candat sotong. Candat sotong? Ok, layankan coz ni kali pertama terlibat dengan aktiviti macam nih. Cabarannya, setiap bot diminta untuk ke laut yang sejauh 30 batu nautika untuk cuba mencandat seberapa banyak sotong setakat yang terdayala. Alkisahnya, kami yang berfungsi sebagai urusetia ini tidak ketinggalan untuk turut merasai pengalaman itu.

Awalnya, ramai yang beria-ria bagai nak rak tak sabar ke tengah laut. Macam2 jugala iktihar yang dilakukan terutamanya menelan ubat penenang/mabuk laut. Namun, akhirnya ramai yang tumpas bila sampai ke destinasi. Gila doh! Memang pening nak mampos. Tapi, bukan nak banggala, saya yang tak telan ubat mabuk laut, sayala antara yang berjaya mengharungi ke'tewas'an itu. Yang negatifnya, takder seekor sotong pun berminat nak sangkut kat saya! Cis, bedebah!

Kepada yang memandang rendah pekerjaan nelayan, jangan sekali-kali. Kesabaran yang dorang ader, korang ader? Aku pun takder. Memang terbaiklah sapa yang jadi nelayan coz nak menunggu dapat hasil tangkapan tu, hanya Tuhan saja yang tau azab penantian.

Dari segi penginapan, Permai Inn memang tiptop lah! Thanks bosses! Lain kali bagi lagi trip2 maciam ini. Walapun muka da macam timor leste, but gembira sangat dapat timba pengalaman seperti ini.

Panggilan Kemahsyuran

Post ini ditulis kerana saya amat normal bila sentuh bab tengok chick2 hawt nih! Kakakaka. Seronok coz dapat menikmati ciptaan Dia yang mengurniakan semua manusia di muka bumi ini dengan kelebihan masing-masing.

Sebenarnya pencarian sudah pun bermula sejak menjak ntah bila tarikh sebenar dia, tapi kemuncaknya telah memilih Kota Kinabalu aka KK sebagai lokasi terakhir. Berteka-teki? Hehe. Sapa kenal Deborah Henry? Hek eleh. Tak kenal, gi google!LOL

Yang bestnya kalo berpeluang dapat wakil Malaysia dalam pertandingan nih, fuhh, bukan calang2 pengalaman jumpa otai2 besar dunia seperti Donald Trumps dan selebriti2 Hollywood tau. Hahaha. Cakap macam pernah join jer kan. Based yang aku tengok jerlah weihhh...

Jadi, panggilan kepada sesiapa yang rasa2 cukup ketinggian, cantik, personaliti menarik, berbakat, tak kirala adik engkau, kakak, sepupu, kawan, lawan, makcik, jiran, janji, seorang wa...ni...ta..., sudi2kanla ke pencarian Miss Universe Malaysia 2012. Detail, tengok poster bwh nih!



Atau lawat dan 'like' page rasmi mereka di MISS UNIVERSE MALAYSIA 2012.

Serlahkan dirimu, kerana dirimu begitu berharga................... #muntah