Showing posts with label tempat baru. Show all posts
Showing posts with label tempat baru. Show all posts

Tribute To Amy Winehouse

Masuk bulan ini, penyanyi tersohor dan kontroversi Amy Winehouse sudah meninggalkan kita selama kurang daripada 5 bulan. Pasti masih ramai yang rasa terkejut dan merasai kehilangan beliau. Saya secara personal juga belum puas untuk menikmati karyanya.

Namun, ada berita baik buat peminat yang merindui lagu-lagunya. Sapa yang familiar dengan kelab Jazz terkemuka, No Black Tie, di Jalan Mesui, berhampiran Bukit Bintang, satu persembahan tribute bakal diadakan bagi memperingati penyanyi berbakat luar biasa itu.

Jujurnya, saya belum pernah lagi menjejakkan diri ke No Black Tie, namun daripada apa yang saya selalu dengar, sajian muzik Jazz di sini adalah sesuatu yang sangat berbaloi. Nama-nama besar seperti Atilia, Noryn Aziz, Reza Salleh, dan sebagainya antara yang selalu mempersembahkan nyanyian mereka di sini.

Berbalik kepada perihal tribute tadi, persembahan yang diadakan pada 9 dan 10 Disember itu bakal membariskan beberapa penyanyi Jazz terkemuka. Dengar2nya, mereka juga tidak kurang hebatnya. Terpulang kepada penilaian anda yang bakal menyaksikan sendiri persembahan itu.


Bagaimanapun, hiburan ini adalah berbayar. Tapi RM50 untuk satu malam yang paling berharga? Pastinya buka satu perkiraan yang besar. 

Mungkin saya juga akan berada di sana dan pasti menantikan lagu-lagu seperti Rehab, Back To Black, Stronger Than Me, In My Bed, Tear Dries On Their, Just Friends, You Know I'm No Good dan banyak lagi untuk dikumandangkan. TERUJAAA!

So, siapa yang ada kelapangan, peminat tegar muzik Jazz, peminat baru muzik Jazz, saya tahu anda pasti inginkan ini.

Jangan Hina Jamu Mak Dara!

Hi. Jumpa lagi. Rindu? Arhh...janganlah, nanti saya blushing.hahaha.

Kata orang, selalunya benda yang kita tak plan, itulah yang surprising. Semalam, sewaktu saya baru nak melangkahkan kaki meninggalkan opis, tiba-tiba bertembung pla dengan seorang former deskmate di hiburan. Sepantas kilat, dia offer saya sesuatu yang saya tidak sangka saya akan dapat secara free! Whoaaa!

Menurutlah diri ini, ke sebuah tempat baru yang ternyata saya tak tahu kewujudannya sebelum ini. Hehe. Welcome to MaTiC KL (Jalan Ampang, depan Saloma Bistro)! Untuk apa? Menonton dan menjamu mata dengan teater Mak Dara Nyonya. Apakah?

Sudah lama rasanya tidak menonton sebaran persembahan pentas esp teater. Nasib baiklah teman saya tu seorang yang berpengaruh juga. So, dapatlah merasa sit yang 'ideal' sepanjang show tuh. Yang penting, tengah enjoy2 menikmati persembahan di pentas, tiba-tiba ketika sedang melilau, terpandang pulak kelibat Datuk Siti. Waaaaaa! Dia duduk satu barisan ngan kitorang laa. Hahaha. *banggasekejap* :)

Mulanya, ingatkan teater ini sekadar cerita yang direka semata-mata. Memang indah, walaupun elemen serta intipatinya bersederhana, tapi konsep humor realistik yang ditonjolkan benar-benar membuai dan seringkali bertukar kepada gelak ketawa serta tepukan daripada kami, penonton. Saya paling suka part yang mengangkat bahasa Indonesia sebagai bahasa perantaraan. Watak Sherry Abdullah sebagai Nyonya, boleh kata cemerlang, dengan penyebutan Indonesianya yang sempurna, tertipu juga saya, ingatkan dia memang dimport khas dari Indonesia. Sangat kelakar ok. Tagline dia dalam part tuh, "ekkoorrrnyaa.....eehhh". Hahaha.


Penampilan artis-artis terkenal termasuklah Fara Fauzana, Sarimah Ibrahim, Misha Omar, dan Norzizi Zulkifli juga cukup bikin panas punggung. Boleh kata masing-masing ada karakter kuatlah dalam lakonan. Kalo c Misha, suka bershuffle, si Sarimah, trip2 Geisha berangan, pastu Norzizi pula, jangan cakaplah, KETAWA KETAWA KETAWA. Salut tabik sama lu kakak! Buat Fara, ko mimang hebatlah, nda sangka walaupun ko mengiau-ngiau, tapi jajal jugak pula ko ni ar! :)


3 wanita tamak haloba!nak duittt jer....


si kucing dapur dan suaminya yang sukakan wanita XXL.

Memang tak kering gusi!!!

Tapi di sebalik humor2 semua tuh, sebenarnya cerita ini tribute kepada seorang pengasas produk kecantikan Jamu Mak Dara. Lakon Juhara Ayub, paling tip top kerana betul2 berjaya menyentuh hati penonton. Ada time dia buat lawak, ada time dia betul2 menangis. Rupanya sebelum Puan Limah (Pengasas Jamu Mak Dara) berjaya dalam perniagaan jamunya, pelbagai peristiwa pahit pernah dia lalui. Paling touching, babak dia nak bunuh diri dengan mencampurkan racun dalam nasi. Huhu. Never thought about that. Begitu kritikalnya penderitaan Limah pada saat itu kan.

Juhara beremosi menyelami watak Limah.
(pic credit to atengbest.blogspot.com)

Sangat best! Thanks kepada teman saya Murshid coz ajak saya pegi tengok teater nih! Kalau pegi tengok sendiri, da melayang RM80. Kikiki. Rugilah sapa yang tak sempat tengok, coz semalam tu last show.

So, kepada yang sinis di luar sana, Jamu Mak Dara nih (walaupun saya tak pakai) adalah satu lambang kejayaan kepada perjuangan seorang insan yang tidak mengenal putus asa. Salut tabik to ;


Semoga rezeki makin bertambah dan you're such an inspiration!

UNIQLO : Dari Tokyo ke KL

Pagi tadi sebelum pegi esaimen, saya singgah sebentar ke KLCC dengan niat semata-mata untuk bersarapan. Sesampainya di situ, saya cuba mengingati lokasi MCD coz kat situ jerla tempat yang mampu nak brekfas. Tatkala melilau, tiba-tiba ternampak satu queue yang panjang kat satu kedai, yang pasti baru buka. Oooo... Uniqlo! Memang ramai, tapi ada apa kejadian?!

So, saya pun mendapatkan serta bertanya kepada seorang staf yang leka memberi katalog kepada pelanggan2 yang nampaknya tak sabar2 nak masuk dalam tuh. Siap ada giliran lagi tau. Maklumlah, masing-masing taknak 'miss the opportunity'! Rupa-rupanya, hari ini ada jualan murah sempena penbukaan outlet baru Uniqlo kat KLCC. Yang saya tahu, kat Fahrenheit jer ada kedai tuh sebelom nih. Tak sangka pula sampai begitu sekali sambutan jenama ini kat Malaysia. Well, thumbs up la!

Sejarahnya, Uniqlo punya pengasas nih adalah seorang jutawan Jepun yang pernah tersenarai dalam antara jutawan terkaya dalam majalah Forbes bernama Tadashi Yanai. Konsep adalah moden dan ringkas, menerapkan elemen santai dengan material yang sangat selesa serta yang penting, harganya berpatutan.

Dalam fikiran saya sudah terbayang untuk membeli dompet baru memandangkan dompet lama suda rabak. Saya mengambil keputusan untuk menyertai ratusan manusia dalam kedai tu, namun hampa, dorang tak jual wallet. Dengan rasa agak kecewa, saya terus kluar dan beralih ke bahagian luar di mana setup untuk Grand Opening yang berlangsung semalam dibuat. Sayang sekali tak dapat menyaksikan pertunjukan semalam. Tengok ulang tayang jerlah. Yang bestnya, selebriti2 popular yang jadi model runway dorang seperti Stacy AF, Noh Hujan, Alex Yoong, Ella, Datuk Sheikh Muzaffar, Yasmin Hani dan sebagainya. Cambest!

Ok, jom tengok shot2 yang sempat diambil ;

Katalog jualan murah.

 Pentas runway.

 Teka sapa kat skrin tu.

 Ulang tayang pertunjukan fesyen hari sebelumnya.

Wahhh....tengoklah barisan tuh

 Ramai kan!

 Cukup berbaloi untuk kepuasan berfesyen.

Berebut-rebut!

 Demi jualan murah!

Begitulah dia penangan jenama Uniqlo yang diilhamkan dari Jepun kota fesyen ini. Kalo nak info lanjut, silala jenguk web Uniqlo Malaysia nih.


Selain pakaian, terdapat juga aksesori yang dijual seperti kacamata, tali pinggang, dan lain2. Tapi wallet bila lagi? Hehe.

So kepada pencinta2 fesyen, silalah akses ke Uniqlo.

Taman Impian Ramai

Demi membunuh keboringan yang dideritai di rumah, saya telah menerima ajakan seorang kawan yang bernama Steve ke Midvaley untuk membincangkan hal-hal koloni socialite. Pedas telinga tak tengok word 'socialite' tuh? Ahahaha. Maka, terus ke almari mencari persalinan yang rasa2nya menepati mood dan ala2 tidak berlebihan gitu. Haha. Last2 pakai baju grey v-neck, jeans grey ngan sepatu coklat. Warna boxer nak tau juga kerr? ;p

Dah namanya jodoh gitu, kebetulan pula dapat naik KTM yang sama. So, first thing yang kitorang cari, apalagi, tempat makanlah. Lalu, ber'catwalk'lah kami menuju ke food court dengan harapan nak makan kat situlah. Hampa! Penuh giler!!! Dah nyer weekend, memanglah penuh. Catwalk punya catwalk, scan punya scan, akhirnya kami pun sepakat suara memilih Kenny Rogers! Giler lama tak makan kat kedai ni!

Pastu da kenyang burp2, dengan takda hala tujuan yang nyata, kami pun pergilah ke The Gardens. Fuhh! First time tau masuk sana. Macam sakai pula saya bila da jejak dalam tuh. Tapi yang paling penting, tempat tuh memang meggambarkan seseorang yang saya nak jadi suatu hari nanti ok. Berderet kedai label fesyen dalam tuh. Memang trip2 orang kayalah konon kitorang dalam tuh. Yang penting ada sorang pompuan tu masuk kedai Louis Vuitton k! Kitorang gulp2 jer tak sanggup nak masuk dlm tuh. Haha.

Walaupun kitorang sempat singgah kat Borders dan Starbucks jer, tapi rasa cosy sangat duduk dalam tuh. This kind of mall lah yang betul2 sempurna untuk saya. Oklah, da over pula berangan tak sudah. Yang penting, seronok juga trip hari ini. Sekian....

Balik Desa Jap, Nak Ikut?

Awal-awal pagi da sms si Kiah, cepatla siap oi, jap lagi nak gerak ni. Si Kiah tu konpem terkebil-kebil dapat sms awal2 buta. Ntah berapa kali dimakinya si sang pengacau yang telah mencantas mimpi fairytalenya yang konon sedang menyusuri lorong2 di Paris, kota fesyen sambil membimbit beg Louis Vuitton, sambil berpegangan tangan dengan si sang kekasih hati. Pappp! Sudah2lah dengan mimpi valentine basah ko tuh. Lebih baik ko pergi rendam pakaian terkumpul seminggu ko tu dan cuci!

Si Kiah yang dimaksudkan ialah kazen saya yang jap lagi akan menjadi datin dalam perjalanan. Terasa nak balik kampung pula tiba-tiba. Lagipun dah janji kan nak jenguk my granny. Yerlah pasni dah jadi warga metropolitan katanya. Mungkin inilah waktu terbaik untuk meluangkan masa bersama-sama keluarga di kampung memandangkan lepas ni mesti sibuk mengalahkan Perdana Menteri.

Plus, poket pun makin susut, memang da susut pun. Kalah gurun sahara tu. Kemarau panjang sejak 'diberhentikan' kerja Disember lalu. Hah, mesti korang tertanya kan macammanala saya survive time2 gawat macam ni? Well, I tell you arh, hahaha, saya buatla bisnes kecil2an. Tolong kawan jual produk Victoria's Secret kat kawan2 yang minat. Nasib dah ada pembeli! Kedua, LIMITkan penggunaan kereta pasal dah sah2lah kena isi minyak kan kalo dah guna. Duit lagiii! Ketiga, kepada siapa2 yang pernah berhutang dengan anda, tagihla dengan penuh drama kalo nak berjaya dapat.

Tak sabar nak jumpa granny, KONPEM ada gosip baru! Ehhh jap, korang tau ker kampung saya kat mana? Memperkenalkan, TAMBUNANNN. Sebuah daerah yang masih bertahan dari segala pembangunan dan pencemaran kota. Yang penting, KFC masih tak buka kat cni k. So, sehatla orang-orang kampung tak makan KFC yang 'kurang' menyihatkan itu. LOL.

 sumber imej dari www.exploring-malaysia.com

Sepatu Vintage

Hello Februari! Time flies cepat jer kan. Pejam celik, dah bulan dua. Amacam, kepada rakan-rakan yang berbangsa Cina, dah habis shopping untuk Tahun Baru Cina tak? Rugilah tahun ni saya tak dapat nak pungut angpau coz plan nak gi Kuantan hari ini, dah beli tiket pergi balik dah pun, last2 terpaksa cancel. Kenapa? Sebab aku tersangatlah fobia dengan ciri pemanduan para pemandu bas tatkala musim-musim perayaan macam ni. Kepada yang memandu, ingat pesan lama, "pandu cermat, jiwa selamat. biar lambat, asalkan selamat."

Orait, saya tak pastilah dengan pendapat korang, tapi bila nak beli suatu kasut ke, baju ke, seluar ke, kalau boleh saya mesti nak beli yang kiranya limited edition lah. Yelah, dah pernah ada insiden, time syok2 jalan kat mall, tetibe pula berselisih dengan stranger yang pakai baju sama. Dah konpemla termalu seketika kan. Adeh! So, demi mengelakkan insiden tersebut berulang, saya mengambil pendekatan macam ni tau, time datang beli tuh, carila barang yang stok tinggal satu jer lagi. Tapi risikonya, sama ada barang tuh memang popular dan da dibeli ramai, atau, memang limited edition. Kalo rajin, tanyala promoter2 yang dok berdiri kat sana. Hehe.

Minggu lalu, saya kluar ngan besfren pegi Wangsa Walk tau. Beria sangat dia nak ke situ katanya nak cari kasut. So, saya pun ikut jerla. Rupa-rupanya bila tanya balik kawan dia, kedai tu kat Sri Rampai. Punyala lama kitorang cari pusing sana pusing sini, sampai saya tertidur-tidur, barulah sampai ke kedai ini :


Susah giler nak mencari ceruk kedai ni. Tapi, berbaloi tau datang sini. Kasut, baju, seluar yang dorang jual hampir semua sampel dan belum dijual kat market. Belek punya belek, besfren saya akhirnya berkenan kat satu kasut ni. So, da sampai sini, saya pun tak naklah lepas peluang nak 'risik-risik' kasut manatau nak beli one day. Tuah badan sapa yang tau, besfren saya tiba-tiba ntah apa angin dia, dia suruh saya pilih mana satu yang saya suka. Dia cakap nak hadiahkan kat saya. Segan juga, tapi dia yang sungguh-sungguh nak bagi. Maka, saya pun apalagi, melompat riang ria dalam hati. Tak sangka pula dapat hadiah, a gift for a new job katanya.  Sepasang kasut yang berangka tiga harganya. Pilihan saya, brown, high-cut dan vintage! Tengoklah sendiri :


Tadaaa! Kasut brand Energie. Actually ada warna lain gak. Tapi nak kelainan sket. Soooo, coklat!!! :)

Seriously, kepada anda yang berada di KL, lapang-lapangkanlah untuk menjenguk kat kedai tu. Nama dia 360ACTIVE. Dah berkenan, angkat jer! :)