Showing posts with label panduan. Show all posts
Showing posts with label panduan. Show all posts

kualiti vs populariti

Hellooo!!! Gila lama tak update blog nih. Sibuk tidak terkata life kebelakangan ini. Entri terakhir pun tengoklah bila tu. Tekejar-kejar sampai tak lepas tangan nak siapkan keja. Barulah merasa 'nikmat' sebenar dunia pekerjaan. Dulu bolehlah nak malas2 coz time tuh memang tak enjoy fun. Tapi sekarang, at least penat tuh berbaloi.

Oklah, sebagai pembuka lembaran untuk kemunculan kembali saya dalam arena blogging2 nih, saya berminat untuk membuat perbandingan antara produk-produk milktea yang meletup-letup sekarang nih. Kalau di KL, which is tempat bertapa saya sekarang nih, Chatime adalah ranking no. 1 dan kalau tengok dalam Twitter ker Facebook ker, status BBM ke Whatsapp ker, memang tak sah kalo kawan2 tak update pasal Chatime nih.

Saya pun memang penggemar Chatime sejak a close friend of mine perkenalkan benda nih tidak lama dulu. Tiap kali pegi mana2 mall, mesti kena beli at least satu Milky pearl Tea. Selalu minta yang regular jer harga RM5.90. Favret tuhhh! Kalau di KL laaa.

Tapi kan kalau nak tau satu fact, benda macam nih dah lama giler popular kat Kota Kinabalu (KK). Kalau di KK yang paling meletup brand nama YOYO. Dulu murah giler harga dia. Kalau plain, RM2.50 dan kalau tambah pearl caj 30 sen. Last time beli minuman tuh, harga dah naik RM3.30 untuk yang plain jer. Tapi, one thing for sure, memang rasa dia beza ngan Chatime punya produk. Surprisingly, lagi sedap.

Kalau berpeluang ke KK, cubalah YOYO. Memang popular giler2 kat sana. Bila tiba-tiba nama Chatime naik kat sini, rindu pula nak rasa milky tea versi KK pulak.

CHATIME

YOYO

Siapa tekak haus di KL, try Chatime! Kalau yang di KK tu, apalagi, YOYO kita ging! :)

Apex Ke Modelling

Menginjak ke fasa bekerjaya dan kedewasaan, banyak perkara yang perlu dititik beratkan termasuklah penampilan diri lebih-lebih lagi kalau tergolong dalam kelompok bidang yang diceburi sekarang. Namun, kalau bukan terpijak di industri ini, pasti saja masih memberi perhatian kepada aspek ini. Budaya berfesyen adalah warisan turun-temurun dan pasti ada saja yang unik tentang sesuatu fesyen.

Saya baru saja beli keluaran terbaru majalah GLAM yang menampilkan Khairul Fahmi aka Apex sebagai cover. Bukan sebab itu saya membeli GLAM, tapi memang setiap bulan dah jadi kewajiban untuk memiliki naskah ini. Terima kasih kepada syarikat penerbitan kerana wujudkan edisi untuk lelaki, cukup memberi berita baik kepada pria-pria seperti saya dan yang di luar sana.

Saya memang seorang pembeli tegar majalah. Daripada majalah, banyak benda yang boleh dijadikan panduan sekiranya ingin meningkatkan pengetahuan, penampilan, kesihatan, dan sebagainya. Empat majalah yang jadi keutamaan saya untuk dibeli setiap bulan termasuklah GLAM, Men's Folio, Men's Health dan August Man. Sebenarnya majalah-majalah yang dijual kat rak-rak kedai buku tu semuanya bagus.Cumanya, saya secara peribadinya sudah setia dengan yang empat ini. Terpulanglah, ikut instinct dan trust masing-masing.

Berbalik kepada isu penampilan, bagi saya perkara ini sangat asas, namun tidak semua menyedari kepentingan berfesyen. Ia tidak semestinya sesuatu yang menonjol, cukuplah sekadar nampak segak, bersih, sedap mata memandang dan paling penting, sesuai dengan persekitaran. Sebab, balik kepada pangkalnya, penilaian kepada seseorang itu adalah pada personalitinya. Namun, tidak salah bukan?

Ramai juga beranggapan kalau nak kelihatan gah, kenalah beli barangan yang berjenama dan mahal. Sebenarnya itu terpulang, kalau inginkan cara begitu, tengok juga kemampuan, mampu ke tidak. Syukurlah dengan pendapatan sekarang, dapat juga merasa barangan yang berharga dalam ratusan. Sekurang-kurangnya, nampaklah juga apa yang dibeli dengan wang titik peluh sendiri. Tidak lama lagi, saya bercadang akan mula membuat post bagaimana saya berfesyen ke mana-mana majlis. Keinginan ni memang dah lama, tapi material belum cukup lagi. Kamera belum beli. ;p

Jadi, buat jejaka yang ingin tampil bergaya di luar sana, mulakan misi anda dengan membeli majalah/melayari web berkaitan dan jangan segan untuk bereksperimen (sentiasa belajar daripada kesilapan) kerana penampilan tu penting bro. Ahahaha. Saya suka dengan kata-kata Apex dalam GLAM, "Kehidupan saya sudah berubah 360 darjah. Bukanlah secara keseluruhannya. Cuma mungkin kini orang dah mula kenal saya. Sekarang saya sudah tahu menjaga penampilan, biarlah sedap mata memandang."

Saya tinggalkan anda dengan cover GLAM si Apex.


Belilah, kot-kot berkenan pasni untuk dibuat panduan. Dan jangan lupa, belajar bergaya dan jaga penampilan ;).

Bayarlah, Nanti Keempunan Pergi Paris.

Pertama-tamanya, syukur kepada Tuhan di atas rezeki yang diberikan buat saya sepanjang tahun ini. Memang tidak terkira dan tidak tersebut, namun tak sia-sia kerja-keras saya untuk memperbaiki sedikit demi sedikit taraf kehidupan ini.

Sebelum ini saya memang orang jenis ligat dan dalam kata lain malas. So, tangguh2 kejadah tu memang da makanan saya. Alkisahnya, saya nih pun insan yang susah dan pada zaman kampus, bergantung kepada PTPTN. Hahhh. Pinjaman penuh pulak tuh. Tak payah cakaplah macamana saya belanjakan wang itu ketika masih belajar dulu. Tak hengat dunia dan riak dapat duit. Sampaikan, ambik lesen memandu hingga ujian komputer jer. Pastu, selebihnya lesap entah ke mana.

Lepas graduasi 2008 tuh, memang tak pernah bayar sesen pun pinjaman tu walaupun surat loyar da sampai berkali-kali. Apalagi, kena blacklist lah. Pada muka!!! Sehinggalah Selasa baru-baru ini, akhirnya saya mendapat kekuatan untuk menggunakan wang gaji pegi setel isu "blacklisted" tu. Yerlah, demi memikirkan masa hadapan. Nanti kalau tak lepas pegi luar negara, nganga jerlah dengar dan tengok orang lain pegi.

Surprisingly, proses nak setel tu takdalah sampai nak hentak2 kaki. Mudah dan ringkas jer. Macam nih;

1. Pastikan ada simpanan wang untuk bayar pendahuluan.
2. Bincang dan runding dengan pegawai khas yang mengendalikan bahagian senarai hitam.
3. Dia akan check rekod kita, then dia bagitaulah amaun yang perlu dibayar untuk clear daripada senarai hitam.
4. Kalau rasa2 tak mampu tuh, pujuklah dia minta bayaran paling minimum boleh bagi.
5. Nanti, dia akan tentukan, contohnya, paling minimum, kita kena bayar RM1,000 sebagai pendahuluan. Pastu, dia akan tanya dan tentukan amaun yang perlu dibayar secara bulanan. Cth, RM250/sebulan.
6. Kita akan diberi dua pilihan untuk membuat pembayaran itu. (a) potong daripada gaji , (b) Standing Instructions (S.I.) potong daripada akaun bank. (bunyi macam sama jer)
7. So, saya kata saya pilih kaedah kedua (S.I.). Then dia suruh pegi bayar kat kaunter wang pendahuluan (RM1,000) tuh dan dia suruh simpan resit. Pastu, pegi bank dan mohon nak buat S.I. tuh dan jangan lupa ambil salinan borang S.I. k. Da setel smua tu, pegi jumpa belak ngan pegawai rundingan tadi, bagi dia salin resit bayaran pendahuluan, surat akuan perjanjian (no. 5), dan salinan surat permohonan S.I. tuh.
8. Dah selesai!.

Maka, dalam tempoh 24 jam...............tadaaa!


Untunglah kepada yang belum blacklisted. Bayarlah sikit, yang penting ada gak rekod pembayaran. Bagi yang dah blacklisted (macam gwe), silalah bertindak pantas! Hehe.

Yang penting, sekarang dah boleh pegi BERCUTIIIIII!!!!!!!! yeayyyy!