Kerugian Yang Amat Sadis

And the Oscar goes to......papp! Satu tamparan manja hinggap ke pipi saya. Hahaha. Berangan jap. Hari ini Oscar. Tayang kat Astro Star Movies. Star Movies tak suscribe. Alamat, melepaslah! Sadis kan. Apa2pun at least dapat jugalah tengok Red Carpet dia kat E! Channel pun da cukup laa. Hehehe.

Hati sungguh gumbira kerana isteri saya si chantek menawan Natalie Portman berjaya menjulang anugerah Aktres Terbaik. Actually, tak surprise sangatlah coz dia memang deserve. Tahun ni memang betol2 tahun dia. Mana2 movie pun muka dia. Tapi makin tengok banyak kali, makin sayang kat dia pula. Memang tuah anak dalam kandungan lah ni kan. Auwww. Klisenya. Ok, jom kita komen-komen fesyen dorang pula. (Nota : Menitikberatkan fesyen dari wanita terutamanya kerana jantan2 smua pakai baju yang standard. Set tuxedo dengan bow tie atau neeck tie dan hitam! Hitam itu menawan dan seksi apa!)

Mulakan dengan si bakal mama aka Aktres Terbaik ni. Warna ungu, jarang2 menyerlah, tapi sangat sesuai untuk Natalie yang ber'baby bump'. Like it!

 Woahhh! Kalau biru, saya no. satu! Tapi dress ni memang glam dan sensual! Tak payah rekaan yang sarat. 5 bintang! Thumbs up Amy Adams!

 Ok! Yang ni tak payah sangkal lagi. Sangat2 menyerlah dan amat sesuai dengan Anne Hathaway. Garang tapi manis.

 Celine Dion? Hehe. Penyanyi yang tidak asing lagi, persalinan amat simple, tapi terkini. Sekali tengok, macam design Victoria Beckham pun yaa.

 Aumm! Glittering black. Super simple stunning. Tak banyak nak komen outfit si Cheryl Hines ni.

 Ohh Gwyneth Paltrow. Dia ni pakai apapun tetap chantek. Dress yang mengikut potongan badan sudah memadai.

 Tak berapa knal sapa dia ni. Tapi trend baju kaler nude sudah menular. Nilah contoh baju yang cute, nakal dan keremajaan. Nice try Hailee Steinfield!

 Huh..huhh! Hot granny on the carpet! Tak boleh komen negatif. Bila da aktres yang berusia pakai hot2 mcm ni, apa lagi nak cakap. I LOVE THE DRESS Mam Helen Mirren!(teringat aksi beliau dalam filem Red!)

 Sejak da kurus ni, Jeniffer Hudson makin ligat dan fesyen beliau suda berada di tahap tertinggi. Wow!!! Padanan oren rekaan Versace dan kasut ungu? Fashionista!!

 Hot couple la dorg ni! Dua2 panas! Heeeee

Mila Kunis. Huh! Dress, senyuman, wajah, attitude, bertuah sapa dapat dia ni. Macam bidadari. Rekaan yang decent, sensual, dan stunning. Fuh!

 Oklah. Satu2nya pakaian lelaki yang saya nak highlight, Russell Brand. Lain daripada yang lain. Biru lagi? Sesuatu yang akan saya pakai ke majlis sebegini. Mantap bro!

 Rekaan Vera Wang pilihan Sandra Bullock. Merah lagi, tapi sangat suka rekaan bahagian dada. Segar dan ada klas...

 Scarlett Johanson memang menawan. Dress bunga2an ala2 cheongsam ni, menyerlahkan lagi kefemininan beliau.

 I'm sorry to say, tapi yang ni saya nak bagi BIG NO-NO. Dress ni mcm tak kena dengan bulu2 kat lengan tu. Pastu rekaan bawah pula agak basi. Sorry Sharon Stone. Pilih dress yang cantik sket lpas ni ek.

 Ok, this is vintage! Hitam putih beropol dengan gincu merah menyala? Awesome! Suka sangat!

Kesemua sumber imej daripada mtv.com

Macam rugi pula tak dapat saksikan keseluruhan acara tersebut. Mungkin rezeki dapat tengok live pula suatu hari nanti? Hahaha. 

Ni pula senarai para pemenang pada tahun ini. 

Best Picture: The King's Speech
Actor in a Leading Role: Colin Firth
, The King's Speech
Actress in a Leading Role: Natalie Portman, Black Swan
Actor in a Supporting Role: Christian Bale, The Fighter
Actress in a Supporting Role: Melissa Leo
, The Fighter
Director
: Tom Hooper, The King's SpeechOriginal Screenplay:  David Seidler, The King's Speech
Adapted ScreenplayAaron Sorkin, The Social Network
Animated Feature Film:
Toy Story 3
Foreign-Language Film: In a Better World (Denmark)
Documentary Feature: Inside Job
Art Direction: Alice in Wonderland
Cinematography: Inception
Film Editing: The Social Network
Costume Design: Alice in Wonderland
Original Song: "We Belong Together" (Toy Story 3), music and lyrics by Randy NewmanOriginal Score: Trent Reznor and Atticus Ross, The Social Network
Animated Short: The Lost Thing
Documentary Short: Strangers No More
Live Action Short:
God of Love
Makeup: The Wolfman
Sound Editing: Inception
Sound Mixing: Inception
Visual Effects: Inception

Memang susahlah juri dia tahun ni nak cari pemenang coz smua filem yang bertanding, hebat-hebat belaka!!! So, kepada yang belum tengok filem2 yang tersenarai, gilah tengok. Hehe. Tahniah semua.

Jangan Benci Saya!

Rintihan Isnin. Kenapa bila Isnin jer, ramai yang mengeluh? Monday blueslah, kata takder semangatlah, mengantuklah, tak puas cutilah. Nak cuti, mintalah lagi! Tapi pandai2lah tanggung sendiri konsekuensinya yo!

Kepada yang berkerja ofis hour, memang dari golongan merekalah yang paling tak suka Isnin. Ini bukan auta, tapi fakta. Merata-rata da pnah jumpa sang pembenci(macam kasar pula, yay!) kedatangan Isnin ni. Nasiblah bakal dapat kerja yang flexible hours nanti. At least, dapat gak cuti pada hari Isnin.

Honestly speaking, semasa melangkah jer masuk kerja tatkala Isnin, perkataan pertama yang perlu diucap ialah, "syukur". Syukur sebab masih mempunyai kerja. Kalo dapat keja yang kira dream job, bagi up lagi perasaan syukur tu! Bukan golongan bekerja jer tau, pelajar masa kini, semua hari pun dorang tak suka! Kecuali weekends la. Tak faham tapi cuba memahami. Coz dulu time kat sekolah, saya happy kalo masuk jer hari Isnin. Reason, ada perhimpunan rasmi. Reason lagi, waktu itulah nak kumpul ramai2, nyanyi ramai2, banyak pengumuman itu ini, pastu dapat cuci2 mata. Wakakaka! Kesimpulannya, saya sukalah!

Memang susah nak tepis perasaan malas di hari Isnin tuh. Lebih-lebih lagi kalo kena buat kerja yang sama jer. Tapi kalo dah fikir camtu, saya cadangkan mulakanlah simpanan anda, buat modal, bikin bisnes. Kan dah jadi bos sendiri. Tak payahlah susah2 nak bangun awal bagai pada hari Isnin. Susah juga, nanti semua jadi businessman, sapa nak jadi pekerja white collar kan! Hehehe.

Bukan merujuk fakta, tapi saya yakin bagi yang berjiwa bisnes, yang dah professional tahap dewa, dorang lagi menunggu hari Isnin ni. Yelah dah weekend tak dapat nak bekerja bagai, gianlah nak masuk keja cepat2. Itu pendapat sayalah, coz plan nak jadi macam tu nanti! LMAO.

 sumber imej dari google

So selamat bekerja/blajar semua! jangan benci Isnin!

AF9 Telah Di'cancel'?

Jap jap. Sebelum tu nak minta ampun banyak-banyak coz title yang begitu propa king tu. LMAO! Sapa kata AF9 cancel? Meh cni nak cili mulut tuh! Hahaha.

Oklah, ujibakat pun dah selesai. Sekarang ni bahang2 musim penutup tirai pun semakin terasa. Pengetua pun dah kena lantik! Eh eh, yer ker? Memandai jer. Sorryla, blom ader pas media nak gi korek2 fakta untk musim baru AF ni. On de way kot. Ker pas tuh da tebakar atau dibakar? Berhangan lagiiii. Haish.

Pernah beberapa musim tidak mengikuti AF ni, saya beriltizam akan berada di hadapan tv ataupun dalam stadium/studio satu Astro saban minggu berhibur dengan para peserta yang akan terpilih nanti. Artikel ini ditulis dengan penuh kesayuan, kekesalan, kecemburuan kerana tidak berpeluang menunjukkan bakat pada odisen musim ini. Huargggh! Last season ni, hello?!!

Top 40 pun da ada. Dah tengok beberapa klip. Ada gak manusia2 yang saya kenal dalam tu. Contohnya NERA, ANDY ngan ARIE. Dorang bukanlah kawan rapat, sedara mara, coursemate kat U dulu, so skadar memberi kredit kepada dorg untuk diundi. Yay! Tapi NERA tu satu hometown ngan saya. *teettt* (nakk juga kan).LOL. Undian telahpun dibuka untuk melayakkan mereka ke top 25. So, apalagi, jom undiii! Taknaklah nanti ada suara2 sumbang yang pertikai itu ini. Anda tentukan! Klik ;



Bersama memartabatkan artis2 baru!

Jangan Jadi Bodoh Sombong

Dengar title pun, telinga da hot berapi...Panas! Saya kembali selepas bersantai manja di desa. Padahal, sekarang pun bersantai macam orang tak guna. Kadang-kadang saya ada juga menyamakan diri saya ini macam peminta sedekah. Tapi, saya fikir dalam-dalam, saya cungkil balik keyakinan dan munasabah diri. Saya cuma jobless, tak bermakna saya useless. Lagipun, nak tunggu masuk jer dah pon. Tahan hati jer.... XD

Ok, nak kongsi sikit pendapat tentang manusia kategori bodoh sombong ni. Eh eh, ni tak sama dengan kes ego tau. Ader gaklah sikit2. Bodoh sombong ni lagi teruk dan dahsyat! Pernah jumpa dah manusia2 yang pembawa penyakit duniawi ni. Reaksi? MELUAT!!!

Contoh orang jenis ini ialah tak nak mengaku salah. Nak dia jer yang betul. Pastu buat2 pandai! Padahal, bila da buat, habuk pun takdak! Main tuding kesalahan pulak kat orang. Bikin seolah-olah orang tu baru buat dosa malah amat bodoh. Bila da kantoi salah, buat2 cover mengalahkan pelakon terbaik Oscar pulak. Laju jer nak tukar topik dan mula memuji-muji hasil kerja yang kononnya superb melampau tu! Kritikan? Tak sampai pun kat gegendang telinga manusia jenis ini.

Kritikan tu sebahagian besar dari proses pembelajaran, kematangan dan munasabah kita sebagai manusia. Unless, ada yang feeling2 alien tuh, shuhhh, pegi main jauh2! Jadi, terimalah kritikan tu dengan hati terbuka walaupun pedas mana pun ia. Mungkin ada benar dan salahnya apa yang dikritik itu. Jangan berlagak bodoh sombong coz akhirnya, ia memakan diri sendiri.

Balik Desa Jap, Nak Ikut?

Awal-awal pagi da sms si Kiah, cepatla siap oi, jap lagi nak gerak ni. Si Kiah tu konpem terkebil-kebil dapat sms awal2 buta. Ntah berapa kali dimakinya si sang pengacau yang telah mencantas mimpi fairytalenya yang konon sedang menyusuri lorong2 di Paris, kota fesyen sambil membimbit beg Louis Vuitton, sambil berpegangan tangan dengan si sang kekasih hati. Pappp! Sudah2lah dengan mimpi valentine basah ko tuh. Lebih baik ko pergi rendam pakaian terkumpul seminggu ko tu dan cuci!

Si Kiah yang dimaksudkan ialah kazen saya yang jap lagi akan menjadi datin dalam perjalanan. Terasa nak balik kampung pula tiba-tiba. Lagipun dah janji kan nak jenguk my granny. Yerlah pasni dah jadi warga metropolitan katanya. Mungkin inilah waktu terbaik untuk meluangkan masa bersama-sama keluarga di kampung memandangkan lepas ni mesti sibuk mengalahkan Perdana Menteri.

Plus, poket pun makin susut, memang da susut pun. Kalah gurun sahara tu. Kemarau panjang sejak 'diberhentikan' kerja Disember lalu. Hah, mesti korang tertanya kan macammanala saya survive time2 gawat macam ni? Well, I tell you arh, hahaha, saya buatla bisnes kecil2an. Tolong kawan jual produk Victoria's Secret kat kawan2 yang minat. Nasib dah ada pembeli! Kedua, LIMITkan penggunaan kereta pasal dah sah2lah kena isi minyak kan kalo dah guna. Duit lagiii! Ketiga, kepada siapa2 yang pernah berhutang dengan anda, tagihla dengan penuh drama kalo nak berjaya dapat.

Tak sabar nak jumpa granny, KONPEM ada gosip baru! Ehhh jap, korang tau ker kampung saya kat mana? Memperkenalkan, TAMBUNANNN. Sebuah daerah yang masih bertahan dari segala pembangunan dan pencemaran kota. Yang penting, KFC masih tak buka kat cni k. So, sehatla orang-orang kampung tak makan KFC yang 'kurang' menyihatkan itu. LOL.

 sumber imej dari www.exploring-malaysia.com

Lady Gaga 'DIPANGKAH' Lagi

Dalam beberapa hari ini, lebih baik takyah kluar pi mana-mana. Risau pula nanti ada konco2 Lady Gagal nak siat daging saya untuk kostum Lady Gaga yang akan datang pulak. Si ratu kontroversi sekali lagi mencuri perhatian dunia dalam acara gilang girang gemintang apa lagi kalau bukan GRAMMY AWARDS 2011. Ternyata ke'ratu'an Gaga makin bertaring apabila beliau hadir dengan rombongan cik kiahnya walaupun tak siapa pun nampak kelibatnya dek kerana tak keluar lagi dari telur gergasinya. Sapu habis ruangan karpet merah tau.

sumber imej dari justjared.buzznet.com

Meriah kan! Tapi sayangla, da extravaganza da gimik karpet merah, namun persembahan? PANGKAH! Sori kak Gaga, anda dipangkah lagi. Kan bagus dah alang2 bawa telur gergasi tuh, buatla gimik bagi lepas ayam ker dari dalam telur tu kan. 
*terimagin ayam2 dia pun pakai blink2*

Seperti kebiasaan, fesyen selebriti adalah yang paling dinanti-nanti. Dah google pun, macam2 konsep diketengahkan. Maklumlah semua nak curi perhatian lensa. Ada yang macam kedai bulu, kilang emas, kebun bunga, budak banquet, kilang aluminium, dan banyaklah. Tapi pilihan fesyen saya kali ini ialah konsep LESS IS GREAT dan dua selebriti ini telah memenuhi citarasa saya.

Adam Levine dari Maroon 5. Simple, ton kaler yang ringan, hot boot, semestinya tidak berlebihan. 

The super-stunning Eva Longoria. Hitam putih(ermm macam biasa), tapi kombinasi sangat sesuai, dress beralun yang edgy, plain black heel, memang si petite ni bijak menyembunyikan ketinggiannya.

(sumber kedua-dua imej dari justjared.buzznet.com)

Kejutan pun banyak gak tahun ini. Tak taula kalau korang da aware tapi Jeniffer Hudson dah kurus laaaa! Memang jauh dari badannya yang dulu. Salutla. Dengar-dengar dia masuk program penurunan berat badan. Gigih lah! Selain tu, Katy Perry pula diasak soalan dari media tentang kehadiran berasingan beliau dengan suami, Russell semasa karpet merah. Harap2 selamatla rumahtangga korang eh.

Hah, kepada yang mengimpikan nak makan malam ngan si Justin Bieber pulak, JB nampaknya dikejutkan dengan keputusan tak terduga bagi kategori BEST NEW ARTIST oleh seorang pendatang baru yang saya pun baru dengar namanya, Esperanza Spalding. Penyanyi jazz katanya....Sudah2lah ngan awards ko kat AMA aritu JB. Lebih baik ko pulihkan balik vokal ko yang da kureng tu. Sian kan, biasalah baru pecah suara. Hehehe.

Untuk senarai para pemenang, klik GRAMMY 2011 WINNERS.

Daripada saya post video kak Gaga kita, jom enjoy dan dengar si pemenang BEST NEW ARTIST ni.


Petang Yang Comel

Bangun-bangun jer dari sleeping beauty yang paling indah pernah saya alami sebentar tadi, terus tekak naik demand pula nak old town kopitiam style punya white coffee. Lalu menampar manja tapi maskulin pipiku yang kini subur dengan sang jerawats! pfft! Tekanan betul bila bab2 jerawat ni. Ni yang tak sabar nak cocok vitamin C ni!!!!.......................................tettt di situ!

Maka saya pun memulakan tinjauan dengan mata yang berniat gatal, berpura-pura bertenggek di jendela melihat keindahan matahari terbenam. Sambil-sambil mencari 'pemandangan indah' di situ, namun hampa. Demi memujuk permintaan yang merajuk, berbaliklah ke tujuan asal masuk ke dapur iaitu ingin membancuh minum petang. Argggh! Kalau di rumah, pasti suda ada kuih-muih, bubur kacang, goreng pisang, ubi kayu rebus ker, yang mum da sediakan. Malangnya, terpaksa redha di rumah bujang, back to the basic la. Cecah jer roti mayat brand cream cracker tu kat dalam hot chocolate.

Baru nak ngap, tetibe pula tertangkap satu scene yang amatlah comel time petang2 macam ni. Si dewasa bersama si cilik(dua2 kaum Adam) sedang beramah-mesra di lot parking yang kosong. Tengah joging agaknya fikir saya. Memang betulla. Si cilik itu amatlah comel occay. Baru dalam lingkungan 4/5 tahun kot. So, si dewasa itu saya kira abang ataupun bapanya mungkin? Apa yang comelnya? Si dewasa dan si cilik main lumba lari pulaaaa. Obviouslah si dewasa tu cuma pretend berlari dan bagi si cilik tu menang kan. Tapi scene ini amatla comel kerana saya dapat merasakan satu ikatan yang indah di situ, kebahagiaan, kasih sayang, dan sebuah masa depan yang magik.