Resah Dalam Gelisah

Gembiraaaaaa! Ya, mungkin pada luaran, berhipokrit. Susah sangatkah menjadi manusia? Bangun setiap pagi, mandi dan mula memikirkan apa yang berlaku pada hari ini, siapa yang kita akan jumpa, dan cukup kuatkah kita untuk menghadapi masalah-masalah yang mendatang? Ya, masalah. Benci teramat-amat dengan perkataan itu, namun kadang-kadang, masalah itu yang menjadi 'guru' secara tidak langsung kepada kita. Hakikatnya, masalah itu memang dicptakan untuk manusia, bezanya ia datang dari pelbagai cara, dan menguji tahap mana kita bisa berkompromi ataupun be'ramah-mesra' dengannya. Amat complicated, bukan? YA!

Tersepit, terjepit, terstuck, ter.. apa2 ter lagi. Itulah yang boleh saya gambarkan mengenai fasa hidup terbaru saya ini.Tidaklah sampai tahap makan tak kenyang, mandi tak basah, tidor tak lelap tapi cukup kuat menggoncang nilai kesabaran serta kekentalan sebagai manusia yang tidak sempurna. Hari-hari bagaikan menunggu seuatu yang tidak pasti bagaikan seksaan halimunan. Mengadu, oh tidak, mungkin bukan method terbaik. Simpan dalam hati. Mengorek solusi sendiri.

Bila bicara tentang apa yang kita lakukan untuk hidup, yakni kerja itu sendiri, apakah perkara pertama yang terlintas? Saya sangat suka prinsip "Love What You Do", dan sememangnya itulah resipi untuk cope dengan kepincangan dalam satu2 lapangan kerjaya. Tapi, bagaimanakah jika hadirnya ralat yang membantutkan lengkung keseronokan itu? Indah dah tak indah sangat.

Mungkin juga sesi pendekatan tidak cukup kukuh untuk mengatasi semua ini, ya pembelajaran itu kan berterusan. Namun sudah puas, sudah buntu mencari 'titik' itu, agar keresahan serta kegelisahan berkurangan ataupun sekurang-kurangnya menjadi ringan. Tidak mahu menafikan kenyataan, namun perlukah sorok jiwa sebenar dan berpura-pura mencintai sesuatu yang tidak? Bukan membenci, take note.

Mungkin bukan masanya lagi. Hurm.

Hanya satu yang dipinta, sekurang-kurangnya berilah saya apa yang saya mahukan. Masalah-masalah tuh nanti dibelakang kira. Yang penting saya seronok, saya menjiwai.

Sudah. Suudaah! Menyentuh topik ketidakgembiraan ini, saya terjumpa dengan satu buku yang betul-betul menarik perhatian saya beberapa hari lalu. Time tu kat syurga buku, Kinokuniya KLCC. Mahu beli, tapi tak mahu beli. Reasonnya, ongkos nggak kecukupan deh. Aduhhh. Samapi sekarang hati tak tenang, rasa nak pi beli cepat2 jer. Nasiblah sekarang nih perlu mementingkan perkara lain dulu.

Mungkinkan buku ini mampu membantu? Secara psikologi. Harapnya, iya.

(credit to http://tatertotsandteacups.blogspot.com)

Sekian luahan. *tidak gembira*

Wordless Wednesday #1

Mengikut trend, WW pun saya wujudkan. :)


setan.