Bayarlah, Nanti Keempunan Pergi Paris.

Pertama-tamanya, syukur kepada Tuhan di atas rezeki yang diberikan buat saya sepanjang tahun ini. Memang tidak terkira dan tidak tersebut, namun tak sia-sia kerja-keras saya untuk memperbaiki sedikit demi sedikit taraf kehidupan ini.

Sebelum ini saya memang orang jenis ligat dan dalam kata lain malas. So, tangguh2 kejadah tu memang da makanan saya. Alkisahnya, saya nih pun insan yang susah dan pada zaman kampus, bergantung kepada PTPTN. Hahhh. Pinjaman penuh pulak tuh. Tak payah cakaplah macamana saya belanjakan wang itu ketika masih belajar dulu. Tak hengat dunia dan riak dapat duit. Sampaikan, ambik lesen memandu hingga ujian komputer jer. Pastu, selebihnya lesap entah ke mana.

Lepas graduasi 2008 tuh, memang tak pernah bayar sesen pun pinjaman tu walaupun surat loyar da sampai berkali-kali. Apalagi, kena blacklist lah. Pada muka!!! Sehinggalah Selasa baru-baru ini, akhirnya saya mendapat kekuatan untuk menggunakan wang gaji pegi setel isu "blacklisted" tu. Yerlah, demi memikirkan masa hadapan. Nanti kalau tak lepas pegi luar negara, nganga jerlah dengar dan tengok orang lain pegi.

Surprisingly, proses nak setel tu takdalah sampai nak hentak2 kaki. Mudah dan ringkas jer. Macam nih;

1. Pastikan ada simpanan wang untuk bayar pendahuluan.
2. Bincang dan runding dengan pegawai khas yang mengendalikan bahagian senarai hitam.
3. Dia akan check rekod kita, then dia bagitaulah amaun yang perlu dibayar untuk clear daripada senarai hitam.
4. Kalau rasa2 tak mampu tuh, pujuklah dia minta bayaran paling minimum boleh bagi.
5. Nanti, dia akan tentukan, contohnya, paling minimum, kita kena bayar RM1,000 sebagai pendahuluan. Pastu, dia akan tanya dan tentukan amaun yang perlu dibayar secara bulanan. Cth, RM250/sebulan.
6. Kita akan diberi dua pilihan untuk membuat pembayaran itu. (a) potong daripada gaji , (b) Standing Instructions (S.I.) potong daripada akaun bank. (bunyi macam sama jer)
7. So, saya kata saya pilih kaedah kedua (S.I.). Then dia suruh pegi bayar kat kaunter wang pendahuluan (RM1,000) tuh dan dia suruh simpan resit. Pastu, pegi bank dan mohon nak buat S.I. tuh dan jangan lupa ambil salinan borang S.I. k. Da setel smua tu, pegi jumpa belak ngan pegawai rundingan tadi, bagi dia salin resit bayaran pendahuluan, surat akuan perjanjian (no. 5), dan salinan surat permohonan S.I. tuh.
8. Dah selesai!.

Maka, dalam tempoh 24 jam...............tadaaa!


Untunglah kepada yang belum blacklisted. Bayarlah sikit, yang penting ada gak rekod pembayaran. Bagi yang dah blacklisted (macam gwe), silalah bertindak pantas! Hehe.

Yang penting, sekarang dah boleh pegi BERCUTIIIIII!!!!!!!! yeayyyy!

Tangisan Nicole Scherzinger

Sejujurnya, saya melihat program realiti nyanyian daripada luar adalah rujukan terbaik dalam melihat produk-produk yang berkualiti. Ambil contoh di Amerika, sapa tidak pernah menonton American Idol memang tipulah. Tertengok sikit pun jadiklah. Hihi.

Keterlaluan tak kalau saya kata American Idol kini sudah kurang taringnya? Sebabnya, sekarang ini saya lebih teruja mengikuti perjalanan program THE X FACTOR USA. Program nih actually dah lama start kat UK. Ntah dah masuk musim berapa dah kat sana. Tapi, bila dah start kat US, barulah saya benar-benar mengikutinya. Tapi oleh kerana masa kerja yang tidak tentu, terpaksa tengok kat YouTube jer. Padahal, ada siarannya kat Astro Star World dan 8TV.

Singkir punya singkir, tidak sangka kini dah masuk semi-final dah. Biasalah program realiti, mesti ada kontroversi. Paling terbaru, ketika penyingkiran top 7 bagi memilih top 5, peserta favret, Drew, tersingkir apabila tiga daripada juri iaitu LA Reid, Paula Abdul, dan Nicole Scherzinger mengundinya keluar. Sorang lagi juri tentulah mentornya, Simon Cowell cuba mengekalkannya. Program ni kira persaingan antara protege serta mentor dorang lah. Kalo nak faham, klik WEB THE X FACTOR USA.

Bagaimanapun, dalam pemilihan top 4 untuk ke semi-final, sekali lagi terjadi satu penyingkiran paling kontroversi apabila protege Simon, Rachel Crow diumumkan mendapat undian tercorot. Budak 13 tahun ini memang tidak dinafikan mempunyai bakat luar biasa, apatah lagi pada persembahan survival, persembahannya benar-benar memukau dan vokalnya hebat. Maka, pada sesi penyingkiran, babak paling drama adalah ketika Nicole (Pussycat Dolls) gagal mengawal emosinya ketika ingin memilih siapa yang harus meninggalkan pertandingan.

Alamak, panjanglah pula entri kali ini. Oklah, daripada menulis berjela-jela, lebih baik saya tunjukkan video-video ini untuk gambaran penuh.

Bottom 2 : Rachel Crow (protege Simon Cowell) ngan Marcus Canty (protege LA Reid)

VS


Ini video sewaktu dorang menyanyi untuk Survival.

 Rachel

Marcus

Proses penyingkiran;


Kesian Nicole jadi mangsa keadaan. Rasa bersalah giler dia time tu. Memang sadis juga tengok Rachel tersingkir. Tapi Marcus pun kira hebat juga. Tapi adat pertandingan, hanya dua jer yang akan layak ke final untuk merebut hadiah USD 5 juta. Fuhhhh. Masyukkkk.

Kita tengoklah sapa yang akan berjaya ke final. Saya jangkakan, Melanie Amaro dan Marcus Canty akan ke final. Sengit nih, apa-apapun boleh jadi.

Tribute To Amy Winehouse

Masuk bulan ini, penyanyi tersohor dan kontroversi Amy Winehouse sudah meninggalkan kita selama kurang daripada 5 bulan. Pasti masih ramai yang rasa terkejut dan merasai kehilangan beliau. Saya secara personal juga belum puas untuk menikmati karyanya.

Namun, ada berita baik buat peminat yang merindui lagu-lagunya. Sapa yang familiar dengan kelab Jazz terkemuka, No Black Tie, di Jalan Mesui, berhampiran Bukit Bintang, satu persembahan tribute bakal diadakan bagi memperingati penyanyi berbakat luar biasa itu.

Jujurnya, saya belum pernah lagi menjejakkan diri ke No Black Tie, namun daripada apa yang saya selalu dengar, sajian muzik Jazz di sini adalah sesuatu yang sangat berbaloi. Nama-nama besar seperti Atilia, Noryn Aziz, Reza Salleh, dan sebagainya antara yang selalu mempersembahkan nyanyian mereka di sini.

Berbalik kepada perihal tribute tadi, persembahan yang diadakan pada 9 dan 10 Disember itu bakal membariskan beberapa penyanyi Jazz terkemuka. Dengar2nya, mereka juga tidak kurang hebatnya. Terpulang kepada penilaian anda yang bakal menyaksikan sendiri persembahan itu.


Bagaimanapun, hiburan ini adalah berbayar. Tapi RM50 untuk satu malam yang paling berharga? Pastinya buka satu perkiraan yang besar. 

Mungkin saya juga akan berada di sana dan pasti menantikan lagu-lagu seperti Rehab, Back To Black, Stronger Than Me, In My Bed, Tear Dries On Their, Just Friends, You Know I'm No Good dan banyak lagi untuk dikumandangkan. TERUJAAA!

So, siapa yang ada kelapangan, peminat tegar muzik Jazz, peminat baru muzik Jazz, saya tahu anda pasti inginkan ini.

Saksikan Pumped Up Kicks Secara Live

Entri pantas di sini. Sapa tahu lagu Pumped Up Kicks yang gila best tuh? FYI, penyanyinya bakal berkunjung dan mengadakan konsert di Malaysia, Singapura dan Indonesia dalam masa terdekat nih. Kalo poket tu kencang, silalah beli tiket dengan harga seperti di bawah;

Foster The People Live In Indonesia
Date: 11 January 2012 (Wednesday)
Time: 8pm
Venue: Senayan Tennis Indoor (Jakarta, Indonesia)
Ticket price: RP979,000 , RP690,000 , RP398,000

Foster The People Live In Malaysia
Date: 13 January 2012 (Friday)
Time: 8pm
Venue: KLCC, Hall 4 (Kuala Lumpur, Malaysia)
Ticket price: RM188, RM138, RM98

Foster The People Live In Singapore
Date: 14 January 2012 (Saturday)
Time: 8pm
Venue: Fort Gate @ Fort Canning Park (Singapore)
Ticket price: $85

Namun, kalo rasa2 macam nak try nasib, MTV Asia bagi chance kat residen Malaysia, Singapura, dan Indonesia untuk dapat pass/tiket free. Mudah saja caranya, cuma klik pautan di bawah nih, then submit. Voilaaa! Jumpa anda di sana! (kalo saya bertuahlah!) hahaha.


 Foster The People

Kemenangan Si Gadis Terluka

Hi guys. Alamak, lama tidak mencoret di halaman ini. Apa alasan? Cuma malas, itu saja. Sibuk mungkin? Hahaha.

Awal pagi tadi, skrol jer timeline kat Twitter, terus tangkap tweet daripada E! Kalau sapa pengikut tegar industri muzik antara bangsa, pasti familiar ngan Grammy Awards. Kira acara nih antara yang ditunggu-tunggu oleh sekalian di dunia setiap tahun.

Bukan nak martabatkan Amerika (dorang punya program nih), sekadar berkongsi dan sama-sama menikmati perjalanan acara gilang-gemilang ini. Muzik kan tiada sempadan. :)

Kali ini extra teruja sikit nak menunggu acara nih. Reason? Sudah pasti kerana si Adele idolaku mendapat pencalonan sebanyak 6, kedua selepas Kanye West yang dapat 7. Tapi memang diakui, album 21 beliau punya kuasa tersendiri, manakan tidak namanya berjaya meletus begitu mendadak sekali.

Agak magis bila beliau dapat hasilkan sebuah album yang sebegitu hanya kerana satu kekecewaan, ditinggalkan kekasih lama. Tapi, kini segalanya realiti.

Ok, jom tengok 6 pencalonan yang dia dapat ;)

Record Of The Year
Adele - "Rolling In The Deep"
Bon Iver - "Holocene"
Bruno Mars - "Grenade"
Mumford & Sons - "The Cave"
Katy Perry - "Firework"

Album Of The Year
Adele - "21"
Foo Fighters - "Wasting Light"
Lady Gaga - "Born This Way"
Bruno Mars - "Doo-Wops & Hooligans"
Rihanna - "Loud"

Song Of The Year
"All Of The Lights" - Written by: Jeff Bhasker, Malik Jones, Warren Trotter & Kanye West. Performed by: Kanye West, Rihanna, Kid Cudi & Fergie.
"The Cave" - Written by: Ted Dwane, Ben Lovett, Marcus Mumford & Country Winston. Performed by: Mumford & Sons.
"Grenade" - Written by: Brody Brown, Claude Kelly, Philip Lawrence, Ari Levine, Bruno Mars & Andrew Wyatt, songwriters. Performed by: Bruno Mars.
"Holocene" - Written by: Justin Vernon, songwriter Performed by: Bon Iver.
"Rolling In The Deep" - Written by: Adele Adkins & Paul Epworth, songwriters Performed by: Adele.

Best Pop Solo Performance
Adele - "Someone Like You"
Lady Gaga - "You And I"
Bruno Mars - "Grenade"
Katy Perry - "Firework"
Pink - "[Expletive] Perfect"

Best Pop Vocal Album
Adele - "21"
Cee Lo Green - "The Lady Killer"
Lady Gaga - "Born This Way"
Bruno Mars - Doo-Wops & Hooligans"
Rihanna - "Loud"

Untuk senarai penuh, klik GRAMMY AWARDS 2012 NOMINEES


GO ADELE!!!