Injak Tempat Urang Putih

Ada sorang kawan tegur haritu, dia bilang kenapa blog sa guna bahasa Melayu standard? Dia bilang bagus lagi kalau sa tulis guna bahasa Sabah. Bila sa fikir2 balik, betul juga apa dia bilang tu. Jadi, mulai sekarang, saya akan start tulis dalam bahasa Sabah campur2lah, ok ka? Ba, kasi ok sijalah kan. ;)

Sa baru balik dari oversea ba kunun nih dan talampau panat sebab belasan jam dalam kapal terbang. Tapi, sa happy butul habis akhirnya tercapai juga impian mau pi negara urang putih. Bukan mau meninggi diri, tetapi at least sekarang nih ada suda pengalaman sa yang bulih crita sama famili, orang tersayang, kawan2 tercinta dan adik2 macamana sebenarnya di sana.

Mau hampir 10 hari di Jerman, apa yang bulih sa cakap, memang tidak akan sa lupakan nih pengalaman. 1st time lagi tu saya dapat nih peluang. Bagi sa tidak kisahlah camana tu rezeki datang, tapi bila sudah sampai di sana, jangan sia2kan peluang untuk mendalami tu tempat.

Tapi itulah, sa masih lagi kepanatan nih, mata pun kuyu2 sudah, jadi tunggu sajalah nanti sa post gambar2 sa sepanjang berada di tiga negara lain2. Dua ja ba sebenarnya, tapi terpijak London sekejap pun, kira bulih kambang la ba kan.

kualiti vs populariti

Hellooo!!! Gila lama tak update blog nih. Sibuk tidak terkata life kebelakangan ini. Entri terakhir pun tengoklah bila tu. Tekejar-kejar sampai tak lepas tangan nak siapkan keja. Barulah merasa 'nikmat' sebenar dunia pekerjaan. Dulu bolehlah nak malas2 coz time tuh memang tak enjoy fun. Tapi sekarang, at least penat tuh berbaloi.

Oklah, sebagai pembuka lembaran untuk kemunculan kembali saya dalam arena blogging2 nih, saya berminat untuk membuat perbandingan antara produk-produk milktea yang meletup-letup sekarang nih. Kalau di KL, which is tempat bertapa saya sekarang nih, Chatime adalah ranking no. 1 dan kalau tengok dalam Twitter ker Facebook ker, status BBM ke Whatsapp ker, memang tak sah kalo kawan2 tak update pasal Chatime nih.

Saya pun memang penggemar Chatime sejak a close friend of mine perkenalkan benda nih tidak lama dulu. Tiap kali pegi mana2 mall, mesti kena beli at least satu Milky pearl Tea. Selalu minta yang regular jer harga RM5.90. Favret tuhhh! Kalau di KL laaa.

Tapi kan kalau nak tau satu fact, benda macam nih dah lama giler popular kat Kota Kinabalu (KK). Kalau di KK yang paling meletup brand nama YOYO. Dulu murah giler harga dia. Kalau plain, RM2.50 dan kalau tambah pearl caj 30 sen. Last time beli minuman tuh, harga dah naik RM3.30 untuk yang plain jer. Tapi, one thing for sure, memang rasa dia beza ngan Chatime punya produk. Surprisingly, lagi sedap.

Kalau berpeluang ke KK, cubalah YOYO. Memang popular giler2 kat sana. Bila tiba-tiba nama Chatime naik kat sini, rindu pula nak rasa milky tea versi KK pulak.

CHATIME

YOYO

Siapa tekak haus di KL, try Chatime! Kalau yang di KK tu, apalagi, YOYO kita ging! :)

Apex Ke Modelling

Menginjak ke fasa bekerjaya dan kedewasaan, banyak perkara yang perlu dititik beratkan termasuklah penampilan diri lebih-lebih lagi kalau tergolong dalam kelompok bidang yang diceburi sekarang. Namun, kalau bukan terpijak di industri ini, pasti saja masih memberi perhatian kepada aspek ini. Budaya berfesyen adalah warisan turun-temurun dan pasti ada saja yang unik tentang sesuatu fesyen.

Saya baru saja beli keluaran terbaru majalah GLAM yang menampilkan Khairul Fahmi aka Apex sebagai cover. Bukan sebab itu saya membeli GLAM, tapi memang setiap bulan dah jadi kewajiban untuk memiliki naskah ini. Terima kasih kepada syarikat penerbitan kerana wujudkan edisi untuk lelaki, cukup memberi berita baik kepada pria-pria seperti saya dan yang di luar sana.

Saya memang seorang pembeli tegar majalah. Daripada majalah, banyak benda yang boleh dijadikan panduan sekiranya ingin meningkatkan pengetahuan, penampilan, kesihatan, dan sebagainya. Empat majalah yang jadi keutamaan saya untuk dibeli setiap bulan termasuklah GLAM, Men's Folio, Men's Health dan August Man. Sebenarnya majalah-majalah yang dijual kat rak-rak kedai buku tu semuanya bagus.Cumanya, saya secara peribadinya sudah setia dengan yang empat ini. Terpulanglah, ikut instinct dan trust masing-masing.

Berbalik kepada isu penampilan, bagi saya perkara ini sangat asas, namun tidak semua menyedari kepentingan berfesyen. Ia tidak semestinya sesuatu yang menonjol, cukuplah sekadar nampak segak, bersih, sedap mata memandang dan paling penting, sesuai dengan persekitaran. Sebab, balik kepada pangkalnya, penilaian kepada seseorang itu adalah pada personalitinya. Namun, tidak salah bukan?

Ramai juga beranggapan kalau nak kelihatan gah, kenalah beli barangan yang berjenama dan mahal. Sebenarnya itu terpulang, kalau inginkan cara begitu, tengok juga kemampuan, mampu ke tidak. Syukurlah dengan pendapatan sekarang, dapat juga merasa barangan yang berharga dalam ratusan. Sekurang-kurangnya, nampaklah juga apa yang dibeli dengan wang titik peluh sendiri. Tidak lama lagi, saya bercadang akan mula membuat post bagaimana saya berfesyen ke mana-mana majlis. Keinginan ni memang dah lama, tapi material belum cukup lagi. Kamera belum beli. ;p

Jadi, buat jejaka yang ingin tampil bergaya di luar sana, mulakan misi anda dengan membeli majalah/melayari web berkaitan dan jangan segan untuk bereksperimen (sentiasa belajar daripada kesilapan) kerana penampilan tu penting bro. Ahahaha. Saya suka dengan kata-kata Apex dalam GLAM, "Kehidupan saya sudah berubah 360 darjah. Bukanlah secara keseluruhannya. Cuma mungkin kini orang dah mula kenal saya. Sekarang saya sudah tahu menjaga penampilan, biarlah sedap mata memandang."

Saya tinggalkan anda dengan cover GLAM si Apex.


Belilah, kot-kot berkenan pasni untuk dibuat panduan. Dan jangan lupa, belajar bergaya dan jaga penampilan ;).

2012 = Tamat

Begitu pantas masa berlalu kan. Sekarang dah masuk 2012. Tahun yang menimbulkan tanda tanya, kontroversi, spekulasi dan obsesi. Benar atau tidak ramalan golongan Mayan itu, bagi saya andaian itu sepatutnya dijadikan perisai untuk melayari kedatangan tahun baru ini. Yerlah, kata dah ada azam baru, jadi inilah masanya untuk memulakan sesuatu bagi merealisasikan azam-azam itu. Buktikan.

2011 meninggalkan banyak kenangan manis kepada saya. Bagaikan menang cabutan bertuah, berganda-ganda. Cukup-cukup bersyukur dan nampaknya jalan sudah dibukakan untuk saya mengembara lebih jauh lagi. Walaupun pada usia 25 tahun baru beroleh semua ini, tapi belum terlambat untuk mengorak serta menggapai sesuatu yang sebelum ini disangkakan mustahil.

Tapi yang pasti, sambutan malam ambang tahun baru kali ini agak menyedihkan. Tidak ke mana-mana seperti sebelum-sebelum ini. Hanya mampu menikmati kemeriahan percikan bunga api dari beranda rumah. Tiada parti, tiada lepak-lepak, tiada pembaziran wang. Mungkinkah satu detik permulaan yang bagus untuk 2012? Hahaha. Mungkin.

Masih belum terlambat untuk membuat senarai azam baru untuk 2012 nih. Tapi nasihat saya, janganlah terkekang dengan senarai tu dan semata-mata nak capai, sampai mengabaikan perkara yang lebih penting dan janganlah sampai nak main kotor. Biarlah kena cara dan usaha yang setimpal, dan yang penting, enjoy dan belajar daripada kesilapan.

Secara peribadi, banyak yang saya nak capai pada tahun ini. Nak travel, memperbaiki bahasa inggeris, ambil kelas piano, jadi lebih stylish, dan yang paling utama, saving.

Congak punya congak, saya yakin boleh laksanakan setiap perkara ini. ;)

HAPPY NEW YEAR semuaa!