MTV VMA 2011 Menyengat!

Yo yo oh jer title tu kan. Padahal tak tengok lagi pun VMA tahun nih yang berlangsung HARI INI!!! Oh no, sungguh pathetic rasanya mengikuti perkembangan menerusi Twitter jer. Nasib ramai yang sudi tweet, so takderla jadi katak di bawah tempurung sangat.

Anyway, tahun nih beria-ria sangat nak tengok VMA ni sebab Adele tercalon dan perform. Well, memang tak sia-sia, selain Katy Perry ngan Lady Gaga, Adele menang besar dalam anugerah tu.

Jom kita tengok senarai penuh para pemenang.


VIDEO OF THE YEAR
Katy Perry, “Firework”

BEST FEMALE VIDEO
Lady Gaga, “Born This Way”

BEST NEW ARTIST
Tyler, The Creator, “Yonkers”

BEST MALE VIDEO
Justin Bieber, “U Smile”

BEST COLLABORATION
Katy Perry featuring Kanye West, “E.T.”

BEST HIP-HOP VIDEO
Nicki Minaj, “Super Bass”

BEST ROCK VIDEO
Foo Fighters, “Walk”

BEST POP VIDEO
Britney Spears, “Till the World Ends”

BEST VIDEO WITH A MESSAGE
Lady Gaga, “Born This Way”

BEST DIRECTOR
Adele, “Rolling in the Deep” (Director: Sam Brown)

BEST CHOREOGRAPHY
BeyoncĂ©, “Run the World (Girls)”

BEST VISUAL EFFECTS
Katy Perry featuring Kanye West, “E.T.”

BEST ART DIRECTION
Adele, “Rolling in the Deep”

BEST EDITING
Adele, “Rolling in the Deep”

BEST CINEMATOGRAPHY
Adele, “Rolling in the Deep”

(sumber: music-mix.ew.com)


Tidak ketinggalan, sesi tayang menayang dan laram-melaram. Well, ini sneak peak fashion pada anugerah tuh, bermula dengan top pick saya iaitu Ne-Yo ;

 Definitely a look yang akan saya pilih!

  Adele mesti tiru watak dari Hairspray tu kan.

 Zoe Saldana.


 Britney sempoi.

 Beyonce buat pengumuman tentang kandungannya ketika anugerah.

 Demi Lovato yummeh.

 Tu dioo, JB, not my fav anyway.

 Kesian Jessie J, sanggup datang tau.

 Katy Perry yang GORGEOUS dan suami tercinta.

 Pengantin baru, Kim Kardashian.

 LMFAO rawk!!

 Miley Cyrus nampak matang dengan dress nih.

 Nicky Minaj ni dah macam sampah bergerak.

 Pitbull dan tetamu.

(sumber: /www.mtv.com/photos)

Konlusinya, kalo browse fesyen2 pada malam tu, memang ramai yang ambil konsep santai dan tidak berlebih-lebihan. Sesuaila dengan tema MTV yang sentiasa remaja dan happening.

Kalo performance, tentu sekali saya pilih momen ini. :)


Pemutihan Bermula

* entri ditulis selepas mendapat ilham ketika mandi bogel :) *

Ouch. Berhenti berfantasi! Hahaha. Semua orang obses untuk cantik. Semua orang nakkan dirinya kelihatan sempurna. Semua orang impikan penampilan yang WOW! Tidak percaya? Tanya diri-sendiri. Tak perlu tipu ya.

Buat masa sekarang, selain perut yang makin membuncit, saya teramat risau dengan 'aset' saya yang satu ni. Memang tak tidur lena juga akibat mendapat teguran daripada seorang kawan! Itulah orang bilang, kawan sebenar adalah kawan yang sentiasa memberi kritikan yang membina. Untuk kebaikan kita juga kan!

Sebenarnya, sudah lama saya sedari ketidaksempurnaan ini. Kawan saya bilang, GIGI YOU KUNING!!!

Ouch! Nak marah pun tak boleh, memang kuning pun. Nah, tengoklah sendiri!


Ala, konpemla jatuh saham lepas ni! Huk huk huk.

Maka, kebetulan seorang rakan memperkenalkan saya sebuah produk yang belum dapat disahihkan keberkesanannya. Dia kata benda ni bagus dan efektiflah. Ekceli bukanlah benda baru pun, cuma ubat gigi. Tapi yang payahnya mende nih takda jual kat Malaysia. Ni pun dia kirim beli dari Singapore.


Tu diaaaa, THERAMED!!! Dia bertindak dua dalam satu, sebagai ubat gigi dan pencuci mulut katanya. Selain itu, kalau digunakan secara konsisten, maka putihlah gigi anda dalam sebulan, menurut kawan sayalah.

Well, tidak salahnya mencuba kan. Hehehe. Harga dia $3 Dollar Singapore. Tapi kalo convert pi duit kita, dalam RM8 camtulah. Lalu, saya pun beli dua botol.

Sama ada berbaloi ke tidak, kita lihatlah kesannya nanti ya! All the best to me! Harap2 berjayalah pemutihan ini. :)

Satu Undi Mampu Merubah

Jika diteliti, bermacam perkara secara jujurnya yang negatif melanda negara kita yakni pada saat ini. Silap, dan salah siapa, bukan lagi persoalan, kerana jawapan sudah pasti sentiasa berakhir dengan sesuatu yang di luar jangkaan.

Saya baru saja selesai membaca entri seorang kawan blogger mengenai kes simbah asid yang semakin menjadi-jadi malah sudah menular ke negeri kelahiran saya, Sabah. Sadis dan terkilan, mana hilangnya nilai kewarasan manusia sebagai 'manusia' pada masa ini?

Selang beberapa hari lagi, kita bakal menyambut hari kemenangan Malaysia, hari Kemerdekaan yang ke 54 dan juga Hari Raya Aidilfitri, bagi umat Islam. Istimewa kan? Sangat indah negara ini, penuh warna-warni kerana anugerah Tuhan, kita mampu berdiri hingga ke saat ini di atas tiket perpaduan.

Macam-macam.

Well, saya pun dah plan2 nih nak beli stok baju raya kat Jalan TAR malam raya nanti. Haha. Agak lewat? Yelar, time tu pasti harga jatuh dan dijual murah. ;)

Oklah, sempena menanti untuk bergumbira di penghujung bulan Ogos ini, marilah kita memberi sokong padu kepada seorang anak jati Malaysia yang sedang berjuang di MISS UNIVERSE 2011. Siapa lagi kalau bukan si jelita Deborah Priya Henry. Satu undi mampu merubah nama Malaysia kembali mencanak di persada antarabangsa.

Untuk rujukan kepada sesiapa yang tidak kenal, inilah dia si wakil Malaysia ;




Harapan negara nihhh....

Siapa setuju? Undi! Kalau tak setuju? Undi jugak!!! Malaysia boleh!


Miliki ganjaran sambil menulis.
Manja diri anda sebagai wanita di sini.
Ipad dah ada, jom dapatkan begnya pula!
Mengalami masalah kulit pada wajah? Jom Cuba!
Istimewa Ramadan daripada Hotlink! Rebut!

Motif Flash Mob?

Hey pembaca tersayang!!! (Cheh, bajet retis hak tuih!) Baru-baru nih ketika sedang asyik menggodek FB, nampak ar satu post kawan nih. Dia post satu video flash mob kat Korea. Well, tiada yang extravaganzalah pada video tuh. Yelar, korang2 pun mesti dah tau kan konsep flash mob nih.

Pertama kali saya mula kenal apa itu flash mob, memang teruja gilak lah. Kagum sangat sebab tidak pernah tengok beribu-ribu orang tiba-tiba menari serentak tanpa dirancang! Kalo tak caya, cek dis aut;


Ok, serius, saya tidak pernah tau wujudnya tarian flash mob nih sampailah saya tengok, time tu memang dpan tv (coz saya peminat Oprah). Tiba-tiba tengok popuan tu tekinja-kinja, terus pesimis ingatkan pompuan tu memang nak menggedik maklumlah Black Eyed Peas kat atas pentas tuh!

Satu perkataan, MENGAGUMKAN!!!!

Lepas tu, mulalah sana sini, semua nak buat flash mob. Tidak terkecuali kat negara kita sendiri, Malaysia. Cekkidaut;


 

Boomm! Trus jadi trending yooo! Lama juga tidak ambil port pasal benda nih. Pastu jumpa pula flash mob yang ala2 masa terhenti seketika kan.

 

Ingatkan flash mob nih menari-nari jer. Rupanya, macam2 boleh buat kan. Asalkan ramai yang sudi nak turut serta. Kesimpulannya, flash mob nih adalah sesuatu perlakuan yang dilakukan beramai-ramai secara serentak secara tiba-tiba oleh orang awam dan bila dah habis, dorang kembali menjalankan aktiviti masing-masing. 
Larrr, teringat pula rally Bersih 2.0 haritu. Kan besh kalo ada kejutan tiba-tiba dorang buat flash mob! Hehe.

Sekian dan tolong tekan ni sat. Pilih jer antara 1  2  3  4  5.

Peluang Kaching2!

Ringkas dan pantas jer entry saya kali ini. Berkenaan satu pertandingan mencipta video anjuran SKMM. SKMM? Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Peluang nih korang kalo berminat nak tambah duit poket. Apatah lagi kalo ada bakat nak direct, shoot dan edit video. Pheww! Kalo masih berada dalam bidang production, saya dah sign up siap2 untuk masuk contest nih. Malangnya, sekarang nih busy dengan kerjaya, so bagi chancelah kat korang. Hiks.

Sedikit info;

Pertandingan Mencipta Video Merdeka merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam. Tema bagi pertandingan ini adalah “ICT dan Kemerdekaan”

Yang selanjutnya, sila layari PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO MERDEKA



Lumayan seyhhh! Cubalah nasib kawan2.

All the best!

BB=Bikin Berliur

Lama sudah tidak membebel pasal gadget nih. Biasalah sejak dipecat dari bidang teknologi, keghairahan tentang dunia gadget nih dah kurengg sikit. Ahhh. Ini semua disebabkan 'pemecatan' itu. Hahaha. Terhidu perasaan merajuk? Or kecewa? Adalah sikit. ;p

Tora datang lagi!!!! Eh salah, model baru BB keluar lagi. Tapi serius, kecewa juga bila dapat tahu, Bold Touch yang orang dok kecoh2 tu rupanya tidak seperti yang saya jangkakan. Ingatkan touch sepenuhnya, rupa2nya, touch setengah jer. Hmpphh.

Tapi apa2pun, buat sesiapa yang memang minat BB nih, jom cekkidaut model Bold Touch 9900 nih. Kot2 nak beralih arah pula kan.


Features dia (copy paste bulat2 nih.malas nak translate.kikikiki) ;

  • Fluid Liquid Graphics On Touch Screen
  • QWERTY Keyboard
  • 5 MP camera
  • Blackberry 7 OS
  • 1.2GHz processor
  • 8 GB onboard memory
  • 720p HD video recording
  • Wi-Fi
  • Magnetometer
  • Near Field Communications

Technical Specifications-

  • Quad-Band GSM/EDGE
  • Tri-Band HSPA+
  • Blackberry 7 OS
  • 1.2GHz processor
  • 2.8” inch capacitive touch screen display – VGA (640×480), 287 dpi resolution
  • 768 MB RAM
  • 8 GB memory internal memoru
    Expandable Memory- microSD card up to 32 GB
  • 5.0 MP camera with 720p HD video recording
  • LED flash
  • Built-in GPS
  • Bluetooth 2.1+EDR
  • Dual-Band Wi-Fi  - 802.11 b/g/n at 2.4 GHz and 802.11 a/n at 5 GHz
  • OpenGL 2.0 support for developers
  • 3.5 mm audio jack
  • 1230 mAh removable, rechargeable battery
  • Magnetometer
  • Near Field Communications
  • Proximity sensor and Accelerometer sensor
  • 115 x 66 x 10.5 mm
  • Weight: 130gm
Fuh. Panjanggg! Amacam? Berminat? Oklah, sekadar perkongsian kepada anda.

#nak ipad!!!!

Ingin Bertemunya

Ingat tak soalan dulu2 kalo masih dalam proses nak berkenalan tuh? Macam2 soalan basic2 kluar kan macam apa makanan kesukaan, warna kesukaan, hobi, tarikh lahir dan yang sewaktu dengannya lah. Oldskool! Hehehe. Tapi kalau saya kena tanya soalan "siapa penyanyi kegemaran", lantas saya jawab, Adele. Tidak familiar? Tidak apa.

Sebenarnya dah lama sangat minat kat minah chubby nih. Sejak dengar lagu "Chasing Pavement", terus saja jatuh cinta sama suaranya. Muda sangat lagi dia nih tapi bakat dia, hanya Tuhan saja yang tahu coz DIAlah yang kurniakan anugerah itu. Rasanya tak perlu kot olah2 pasal dia nih, korang boleh check background dia kat web nih ADELE OFFICIAL.

Alkisahnya, tempoh hari saya mendapat off maka saya ambil keputusan pergi mencari baju untuk malam graduasi yang akan berlangsung pada malam esoknya. Serius, takder mood sangat nak soping2 time tuh coz sekarang nih, duit gaji kena devoted untuk saving. Syukur juga tergerak nak rajin kluar pada hari tu sooo baju yang diinginkan, langsai!

Tapi dalam pada soping2 tuh, rasa macam sesuatu tak lengkap. Oya, baru teringat nak beli CD lagu pula. Memang takder lain di fikiran, nak jugak beli album baru Adele, Adele 21. So, berjalanlah ke Lot 10, ader satu kedai CD kat level 2 rasanya (xhengat ;p), dan tanpa ragu2 terus sambar CD tuh. Siap cashier tu tanya lagi, ru Sabahan? Hehe. Masih Sabahan lagi rupanya muka saya nih. ;p

Balik rumah malam tuh, langsung saja on laptop, cucuk earphone, dengar CD tuh. Phewww! Memang tidak sia-sia beli. Lagu-lagu dalam tuh, betul2 diilhamkan khas dari dirinya. Menyentuh dan meresap ke dalam hati lebih2 lagi sambil meneliti liriknya yang indah. Setiap kali masuk dalam kreta, saya pasang CD tuh. Ntah kenapa tidak pernah boring langsung coz mungkin album ini betul2 dihasilkan untuk memberi impak kepada pendengar. Ah-ma-zingggg!!!

Selain John Legend, Adele adalah antara penyanyi yang sangat2 hebat. Tidak hanya pada rakaman semata-mata, tapi pada nyanyian secara langsungnya pun, sudah mampu menaikkan bulu roma. Tidak percaya? Jom layan salah satu persembahan live dia menerusi lagu yang menjadi favret saya dalam album baru nih;


Tidak heran, dia menyapu beberapa anugerah di Grammy Awards.

In case korang tergerak nak beli CD dia, nih lah rupa cover album dia.


Ada 11 lagu kesemuanya dimuatkan dalam album tuh dan 3 versi unplugged.

Last but not the least, beliau sangat menginspirasikan saya untuk terus mengimpikan satu pencapaian dalam bidang nyanyian nanti.

Oppss...Tertelan Pula.

Bila sebut pasal Ramadan nih, banyak giler kenangan. Serius, time zaman kanak-kanak dulu (sekolah rendah), saya tak tau pun pasal puasa2 semua nih. Hahahaha. Bila dah masuk sekolah menengah, asrama pulak tuh, kat sanalah saya mula mengenal erti sebenar berpuasa.

Saya seperti yang lain juga, ingat berpuasa nih hanya sentuh pasal bab2 makan minum jer. Bila kengkawan kat asrama explain, barulah tau reason puasa nih.Bukan sekadar tidak boleh makan, bergosip pun boleh batal puasa rupanya. Hehehe. Tapi memang bertuahlah coz dapat join kawan2 bersahur sama2, berbuka sama, walaupun terpaksa mencelikkan mata di subuh2 lagi untuk menyerang dewan makan. Pastu, yang kelakarnya, muka masing2 tak boleh blah. Mata merah, dengan kesan2 air kat muka yang baru basuh.

Belajar punya belajar, pernah juga beberapa kali tewas dek kerana dah tak tahan lapar gilak, pastu makanan pula depan mata dah. Hahaha. Dugaan.

Part paling besh lagi, time nak pegi baazar tuh. Fuh. Saya pula yang mengalahkan orang puasa. Asyik nak join jer, kalau tak kena ajak nak sentap aka merajuk2 pula. Hahaha. Waktu kat matrikulasi dulu, favret makanan, mesti nak beli kek coklat ngan nasi kerabu! Pheww! Jakun jugala first2 tengok nasi kerabu dengan nasi berwarna biru tuh. Tapi bila dah masuk mulut, nahh, nak dan nak lagi! Sekarang nih, bila sebut baazar jer, mseti nak beli kuih pelita tuh. Teramat suka sebab manis di bawah. Manis di bawah?! Kikiki. Kalo juadah berat pula, ayam percik ngan nasi jerlah. Dah! Minuman, ikut selera. :)

Seperti tahun-tahun lepas, saya trylah nak puasa2 juga tahun nih. Coz dah tak bleh commit sangat dah after bff tak ada dekat2. Dulu2, sangat terpsiko kalo dengan dia. Tu yang jadi disiplin nak puasa. Hihi. Rindu ko Jijam!

So, buat pembaca2 setia dan yang baru membaca blog saya ini, dengan berbesar hati, saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA. Moga Ramadan membawa keberkatan kepada anda. Sabar dan disiplin. Jangan pula baru pukul 1 petang, tiba2 ada pula secalit kari kat tepi bibir tuh. Hahaha.

Salam Ramadan.