kualiti vs populariti

Hellooo!!! Gila lama tak update blog nih. Sibuk tidak terkata life kebelakangan ini. Entri terakhir pun tengoklah bila tu. Tekejar-kejar sampai tak lepas tangan nak siapkan keja. Barulah merasa 'nikmat' sebenar dunia pekerjaan. Dulu bolehlah nak malas2 coz time tuh memang tak enjoy fun. Tapi sekarang, at least penat tuh berbaloi.

Oklah, sebagai pembuka lembaran untuk kemunculan kembali saya dalam arena blogging2 nih, saya berminat untuk membuat perbandingan antara produk-produk milktea yang meletup-letup sekarang nih. Kalau di KL, which is tempat bertapa saya sekarang nih, Chatime adalah ranking no. 1 dan kalau tengok dalam Twitter ker Facebook ker, status BBM ke Whatsapp ker, memang tak sah kalo kawan2 tak update pasal Chatime nih.

Saya pun memang penggemar Chatime sejak a close friend of mine perkenalkan benda nih tidak lama dulu. Tiap kali pegi mana2 mall, mesti kena beli at least satu Milky pearl Tea. Selalu minta yang regular jer harga RM5.90. Favret tuhhh! Kalau di KL laaa.

Tapi kan kalau nak tau satu fact, benda macam nih dah lama giler popular kat Kota Kinabalu (KK). Kalau di KK yang paling meletup brand nama YOYO. Dulu murah giler harga dia. Kalau plain, RM2.50 dan kalau tambah pearl caj 30 sen. Last time beli minuman tuh, harga dah naik RM3.30 untuk yang plain jer. Tapi, one thing for sure, memang rasa dia beza ngan Chatime punya produk. Surprisingly, lagi sedap.

Kalau berpeluang ke KK, cubalah YOYO. Memang popular giler2 kat sana. Bila tiba-tiba nama Chatime naik kat sini, rindu pula nak rasa milky tea versi KK pulak.

CHATIME

YOYO

Siapa tekak haus di KL, try Chatime! Kalau yang di KK tu, apalagi, YOYO kita ging! :)