Yuna Menghilang

Sapa tidak kenal musician sorang nih. Identiti bertudung bukan lagi persoalan, namun bakat luar biasa yang perlu diberi fokus. Tak payah nak explain lah, kini dia dah tembusi pasaran antarabangsa, simpan jerlah niat nak pertikai sejauh mana kebolehan dia.

Melangkah setahap ke hadapan, Yuna baru-baru ini dicalonkan dalam MTV Iggy untuk kategori pendatang baru. Bukan calang-calang juga, sangat membanggakan. Tengok jer calon2 bertanding, Yuna bertuah dibariskan.

Jom undi Yuna untuk;


Langkahnya amat mudah. Pertama, klik url ini, VOTE YUNA.

Pastu skrin ini kan terpampang dan klik kat Yuna.



Popup undian akan kuar dan klik 1 star untuk satu undian. Alaa klik jerlah 5 terus! ;p


That's it, selesai. Make sure dah vote betul2! Hehe.


Mempertaruhkan MTV lagu hasil ciptaan beliau sendiri 'Decorate', baru-baru ini Yuna dah post cover version lagu 'Come As You Are' nyanyian asal Nirvana. Unik dan tersendiri. Boleh ditonton kat YunaVEVO dalam YouTube.

Apa-apapun, mari kita doakan Yuna berhasil dalam pencalonan ini. :)

Robot Ada Perasaan?

Sejak dulu, kita selalu disajikan dengan pelbagai cerita mengenai robot. Saya antara manusia yang sangat teruja dengan kewujudan robot nih. Sebut saja Robocop, Transformers, blah blah blah, Barbie (eh eh tiada kaitan), kalau boleh nak jer beli semua replika dia time kecik2 dulu. Haha.

Bercakap pasal robot, baru-baru nih saya tonton filem Real Steel. Alkisahnya, sewaktu saya mula2 tengok trailer dia, takderlah teruja sangat nak tengok. Lagi teruja nak tonton Killer Elite kot. Tapi, akibat kena psiko dekat Twitter, FB, dan dari mulut orang, terjebaklah saya untuk pergi tengok sendiri kehebatan Real Steel seperti yang diwar-warkan.

Macam biasa, saya tak letak ekpektasi yang tinggi sangat. Filem nih basically, simply about kekeluargaan. Bagaimana dua anak-beranak yang sebelum ini tidak tahu kewujudan masing-masing dipertemukan oleh takdir, canggung, tiada toleransi, masing2 rasa diri stranger, tapi lastly, jadi sahabat yang baik dan rapat.

Ada sesuatu yang membuatkan saya tersentuh apabila menonton filem ini kerana membabitkan dan ada persamaan dengan kisah peribadi saya. Tapi yang tu biarlah rahsia. Sebab itulah saya rasa sangat dekat dengan filem ini.

Paling istimewa, si bapa, Charlie (Hugh Jackman) dan anaknya Max (Dakota Goyo) berjaya dipersatukan oleh se'orang' robot selepas mereka diberi peluang untuk meluangkan masa bersama-sama dalam satu tempoh. Bila sudah masing-masing menyelami serta mengenali hati sebenar, akhirnya bangkit perasaan kasih sayang. Yerlah, air dicincang tak akan putus, kan? Angguk jerlah.

Secara peribadinya, itulah pendapat saya selepas menghayati filem ini regardless aksi2 lawan robot sampah (Atom) dorang tu, dan kehebatan Charlie sebagai pesara peninju. MANTAP!


 Poster (sumber;Google)


 Charlie.

Max.

Filem ini amat disyorkan kepada semua!!! Kalo orang lain bagi rating 4.5/5, saya bagi 5 star!



Jangkauan Tuah

Right now, ada satu elektromagnet positif yang sedang lancar mengalir dalam tubuh melihat kepada ini ;


Just proud! Platform dah ada nih. Jadi PR lah ko lepas nih Joan Moo.

Pengalaman...pengalaman.

Gadis Magis

*menulis tanpa research, cuma berlandaskan info asas yang saya ingat dan baru dapat*

Malam itu (semalam), kira-kira 1.30 tengah malam, saya dalam perjalanan balik ke rumah selepas supper di Mali's Corner, Danau Kota, KL, then sambung karaoke di sekitar situ. Seperti biasa, ketika memandu, radio jadi peneman. Sekurang-kurangnya, tak terasa sunyi tuh (kena cari 'peneman' ASAP ni). Dan saya memilih FlyFM bagi menghibur halwa telinga.

DJ Hunny Madu on air ketika itu, bersama seorang tetamu undangan, dengan nama panggilan DD. Ok, tak pernah dengar. Dia vagina. Sedap jer suara dia, tapi dia bukan penyanyi (mungkin juga dia penyanyi), tapi dia 1ST FACT: Music Journalist. Kenapa dia diundang, sebab dia 2ND FACT: buat tour ke New York baru-baru ini, mungkin atas urusan kerja? Dia menulis untuk 3RD FACT: Junk Magazine (pernah nampak tapi belum terbaca).

Perbualan mereka santai, tampak mesra dan enjoy. Dia banyak bercerita pengalamannya 4TH FACT: bertemu artis2 Hollywood seperti Foo Fighters, Alicia Keys, Paramore to name a few, yakni sangat mengujakan! *tak sanggup untuk menukar channel*. Saya terus mendengar dan kemudian terpacul 5TH FACT: pasal dia hanya berbajetkan USD3000 sepanjang hampir 3 bulan menetap di kota New York. Impressive! Nasib dia baik berteman baik dengan ZEE AVI dan YUNA, 6TH FACT: dia boleh menghela nafas lega dengan bantuan tempat tinggal dari dua artis Malaysia bertaraf global itu. Bla..bla..bla.. tak sedar dah sampai rumah. *rasa menyesal tak dengar sampai habis*

Terdetik di hati mau mengenali DD aka 7TH FACT: nama dia Didi Ramlan. So, saya tweet Yuna dengan harapan dapat follow twitter si Didi. Hasilnya, YES!!! I got her. In fact, saya juga google beliau. Terjumpa pula TUMBLR beliau (good stalker, huh?).

And yes! Ini memberi inspirasi. Didi layak dipuja regardless kreativiti, personaliti, keunikan, kendiri, pemikiran, pada apa yang baru saya explore lah. Jujur di sudut hati, hasrat saya ingin mengikut jejak beliau, terbang sejauh-jauh ke New York (kota impian) menggarap sesuatu yang tidak mungkin terlalu mudah untuk dikecapi.

Awww. Harapan dapat berjumpa dan menimba ilmu daripada beliau suatu hari nanti.


Yuna indirectly perkenalkan saya kepada Didi. TVQM Yuna!!! :)


Didi bertindak balas kepada saya. Luvvit! :)

Karya indah Didi dipaterikan di dalam TUMBLR DIDI RAMLAN. Tidak rugi, malah memberi satu perspektif baru untuk dilawat dan diteliti. Sila...sila... (ececeh, macam milik saya pula)

Signal Halus

Direct translation betul title tuh. Hahaha. FYI, hobi terbaru saya adalah menelaah keratan online New York Times, almaklumlah saya pun berada dalam bidang ini sekarang. Lagipun, proses pembelajaran BI (English) perlu diteruskan demi mencapai impian untuk jadi penulis serba boleh in the future. Chewahhh.
Favret kolum, tidak lari, pasal travel coz saya nih minat gilak travel walaupun belom pernah pi mana2 lagi. *verangan*

Godek punya godek, terselak pasal satu artikel dalam kolum interaktif nih. Entahlah, tapi saya rasa sangat menarik coz saya tidak merasa perkara ini dipraktikkan di Malaysia. In fact, benda ini pun dah lama wujud di negara Barat. Bukan niat untuk mengagungkan kehebatan mereka, cuma berkongsi sekiranya benda ini boleh jadi panduan buat pihak yang berkaitan. :)

Artikel sepenuhnya dalam English, kalo rabun BI, silalah Google Translate. wink!

Sumber : New York Times

Alamak, kecil la pula imej tuh. Saya dah try besarkan tapi setakat itu jerla. Kalo nak tengok lagi jelas, klik DINING SIGNALS.

Well, mungkin juga saya tidak pernah makan di tempat2 VVIP Class, so saya tak perasaan signal2 yang dimaksudkan. Besala kalo kat kedai mamak, main signal guna mulut jer. Hahaha.

Enjoy the info guys.

Selamat Tinggal LRT

Amaciam title post nih, ada yang terasa tak? Minta ampun lah yer. Tapi ini ikhlas ditulis kerana sekarang nih hati saya sangat berbunga-bunga selepas penantian sekian lama, berakhir! Hahaha.

Tapi sebelum tuh, hellloooo semua. Sorry sangat2 kerana diri ini menghaibkan diri. Hehe.

Kehidupan sangat kucar-kacir dan tidak terluang baru-baru ini. Segala cabaran datang dan menimpa tanpa sempat menghela nafas pun. Bermula dari konflik dalaman mengenai karier, diikuti dengan urusan pemindahan 'baby' saya, sehinggalah ke outstation, which is masih berkisar kerja dan hal-hal yang tidak terbilang. Syukur, keadaan semakin terkawal dan barulah mampu untuk bernafas kembali.

Saya di sini officially ingin mengucapkan selamat tinggal kepada servis LRT, yang banyak berjasa kepada saya selama 7 bulan sejak saya jejak KL Mac lalu. Bayangkanlah betapa jerihnya pengalaman itu dan saya dapat juga merasa kesusahan mereka yang senasib saya, bergantung kepada LRT. Tapi sekarang saya kena say 'hello' kepada traffic jam pula. Du..ga..annn.

Kos RM2100 bukanlah angka kecil. Syukur lagi, ada insan2 yang sudi memahami seterusnya menolong saya dalam menyelesaikan urusan perpindahan kereta saya ke KL. Walaupun ejen shipping kreta tu boleh dikatakan *carut*, tapi yang penting selesai. So mulai semalam, saya sudah bisa berjalan-jalan tanpa batasan ke sana sini dan saya rasa amat bahagia sekali. :)

Dalam masa yang sama, semoga kemudahan ini bakal memacu produktiviti saya dalam segala hal.

Welcome to KL baby. ;)