Ada TERRAR?!!

Phewww. Penat bekerja, apa kata kita ringan2kan otak yang terkusut tuh. Biasa kalo nak menenangkan fikiran, saya akan dengar apa2 muzik atau lagu2 yang top sambil nyanyi2. Hehe. Tapi sejak internet dah menakluk seluruh sisi dunia nih, tiba2 beralih citarasa pula. Sekarang nih suka sangat skodeng YouTube tengok video2 para manusia2 yang berbakat (esp menyanyi) dan tak kurang juga yang suka verangan hahaha! Paling tidak pun, layan video2 prank yang saya jamin boleh kasi ketawa sampai tak hengat dunia!

Berbalik kepada point, sebenarnya saya nak war2kan satu contest yang dianjurkan oleh Dentyne nih. Dengan tak malunya, terus-terang saya pun ada mencuba masukkan video dalam contest nih. Nyanyi lagu Stand By Me medley ngan Beautiful Girls. Tapi sangat hampeh ok. Tup2 memang tak terpilihlah dapat top 5. Maka, dengan lajunya, saya menghapus video itu. Layak bahan kutuk jer! Miahahaha.

Oklah, dalam2 top 5 tuh, saya terperasaan salah sorang tuh kawan saya. Bukan kawan baiklah, tapi dengan baik hatinya, saya ingin mempromot agar dia diundi. Hehehe. Contest nih fully online. Dihoskan oleh Adflin Shauki ngan Juliana Evans. Hehehe. Macam gempak kan! Memang ponn! Jom check week one punya webisode!!!


Giler ar! Terrar and talented kan dorang nih. Well, mana satu favret korang? Saya memilih Shazz Rin coz dia ada pakej, suara boleh tahan, kreativiti bagus dan konfiden. Go go bro! Haha.

Kalau mau maklumat lanjut, klik Dentyne Terrar Oke.

Undi jangan tak undi. Kalau ada lagi contest nih tahun depan, saya konpem masuk dan silalah undi saya. Lol.

Sebelum tuh, JOM MENANG IPAD2!!!

Enjoy!

Hari Yang Tidak Berkhasiat

Burp!!!

Jumaat yang paling saya rasa menyampah! Selalunya Jumaatlah hari2 yang ditunggu-tunggu, yang konpem bikin adrenalin untuk senyum deras mengalir. Hahaha. Tapi harini macam lain lah. Rasa macam bersalah pun ada. Boleh? Hahaha lagi.

Ceritanya begini, sejak akhir2 nih selalu jer skip breakfast lalu ter'drag'lah hingga ke brunch. Huhuhu. Bukan apa, sekarang nih bangun jer tidor, ingat nak siap cepat pegi keja jer. So terganggulah skit fokus nak mengisi perut tuh. Hehehe. Sedar2 jer, da panas terik, waktu lunch pun menjelma. Alamatnya, BRUNCH!!! Tau, tau, memang bukan gaya hidup yang sihat kan!

Tadi siang, habis jer menunaikan tanggungjawab cari story, saya yang sejak semalam kepingin gilak nak melantak KFC cepat2 bagi alasan nak blah dari tempat tu. Apa taknya, fotograper tuh datang lambat, pastu siap sembang2 minum dua teguk ribena lagi. Fuhh! Malas nak join the perbualan, saya pun cepat2 minta diri. Kalau tak, mati kataklah nak dengar perbualan tak berinti dorang tu. Opps!

So, alang2 da one way pegi opis, saya pun drop by lah kat KL Sentral. Tujuan? Pergi melempiaskan 'hajat' nak meratah KFC. Snack Plate sudahhh. Makanla puas2. Rasa heaven siuuuut!

Pastu, da smpi opis, dapat pula SMS dari bff kata nak belanja pizza. Hehe. Memang awal2 lagi dah janji nak jumpa dia. So, kitorg decide jumpa kat Pizza Hut KLCC. Apa lagi, terus ekspress siapkan stori. Sampai kat sana, nah, dahlah order banyak, tak habis pun. Memang kenyang, siap tapau balik. Kat rumah, rasa macam nak muntah.

Ish...ish...ish! Jangan contohi saya! Ingat sikit kita nih orang Timur. Kena makan nasik. Kot2 lain kali 'tercampak' ke Barat, naya nak mencari makanan Malaysia kan! ;p

Tapi yang tak tahan, waktu otw dalam STAR LRT nak pulang, ada sorang minah nih, Hindi rasanya, sembang kat tepon bagai nak rak. Sengaja cakap sekuat-kuat alam bagi orang lain dengar. Mula2 biarkan jer. Normal rasanya. Tapi bila dah habis perbualan, dia pasang pula loudspeaker lagu Hindustan sambil ikut nyanyi. Tatau nak explain betapa rimasnya hati telinga dan otak melihat gelagat dia. Oleh kerana dah tak tahan, saya pun menegur dia dengan sarkastiknya, "Why don't you dance for us as well?". Tapi tak terluah lah, dalam hati jer. Haha. Cis dah keluar topik.

Well, kesimpulannya, elak2kanlah makan makanan tidak berkhasiat serentak dalam sehari. Tak baik untuk kulit, tak baik untuk kesihatan, dan yang paling penting, tak baik untuk poket! Ingat!

Oh sebelum terlupa, ringan2kan tangan untuk mengklik link2 di bawah. Plisss pliss kacang pis. Hehe.

WIN SAMSUNG GALAXY S 2 NOW!!!
MEET GAGA IN PERSONAL PRIVATELY!!!

Trimas in advance!

Korang Cukup Rock?!

Dangg! Lama tak mencoret nih. Patotla ala2 tumpul dah modal nak berkata-kata. Hehehe.

Ok back to the point, korang suker konsert tak? Bagi saya, saya tak minat sangatlah konsert2 yang perlukan saya berdiri dan bersempit-sempit. Lebih baik tengok siaran ulangan jer kat memane. Hahaha. Tapi kalau dapat sit yang masyuk, selesa dan eksklusif, terus mata blink2 mengangguk nak ke konsert itu. Lol. Bukan apa, kadang2, persembahan yang kat pentas tuh adalah untuk dinikmati, bukannya datang nak sesak2, pastu ader pula nanti yang gaduh2, atau paling2, buat muka ketat coz tersinggung bahu. Kan, kan!

Untuk memendekkan crita, saya akan berfikir dua kali lah kalo nak datang konsert2 cmni.

Tapi yang ini, waduuuh, sungguh mengghairahkan kot! Sejak dulu lagi mengidamkan nak datang konsert anjuran MTV nih. Lebey2 lagi kali ini sekali lagi Malaysia dapat penghormatan untuk jadi tuan rumah. Biarpun line ups dia takderlah yang gempak2 bagai, tapi, bukan calang2 kot acara camni diadakan di Malaysia.

Antara line ups dia untuk tahun nih ;
30 Seconds To Mars
Beast
Pop Shuvit
Neon Trees

Ok, sabar2. Konsert nih tak lain tak bukan, MTV World Stage Live In Malaysia 2011!!!


Waaaa. Tidak ketinggalan, dorang juga ader buat contest lagi bagi pass free kat sapa2 yang nak. Nak ker tak nak????! Tapi yang nih kena ikut nasiblah. Saya dah try, memang dapat isi form, tapi, hampeh coz MTV rasa jawapan aku macam taik kera kot! Lol. Koranglah pula cuba nasib. Check this out!


Fuhhh! Memang bertuahlah sapa yang dah lepas. Dapat dua pass lagik! Korang sebelum ikut contest nih, saya nasihatkan, susunlah ayat paling power yang boleh convince MTV untuk melayakkan anda mendapat pas tersebut. Yay!!!!

Let's rawk the stage!!!! All the best!

Seketika Nafas Terhenti.Hancur.

Suatu tanda tanya yang bermain di fikiran akhirnya bertukar satu perkabaran yang amat-amat hampir memunahkan impian. Janji tinggal janji apabila hakikatnya hitam putih berkata lain. Kalau berpenyakit sakit jantung, pasti ICUlah destinasinya.

Sangat mengejutkan! Bila seekor manusia memutuskan satu pertukaran yang logiknya mengubah 'realiti' seratus peratus dalam satu malam sahaja. Cukup mahahebatkah dia untuk bertindak drastik sebegitu? Tidakkah dia juga berhati manusia untuk cuba memikirkan kesan tindakannya itu terhadap kami-kami yang sudah berkorban, berhempas-pulas dan bergolok gadai semata-mata inginkan sesuatu sebagai jaminan? Mungkin juga dia memang bukan manusia!

Bayangkan di saat2 anda mengharapkan satu jaminan, tiba-tiba insecurity yang diberi?

 TerhinaGeramSedihDikhianatiKecewa

Semuanya bercampur!

So pathetic a gigantic organization such them could did that like we're no human feelings.

Selang beberapa hari lagi, pejuang kami akan berusaha mengembalikan hak kami yang telah diragut.

Satu tahun? Pergi mampos!

Tuhan, Engkau maha mendengar. Berilah kami 'rezeki' itu.

Kategori 'Vacation' Ker?

Disebabkan semua geng2 kelas yang lain pulang ke kampung halaman (bukan semua, tapi ada agenda masing2), saya membuat keputusan last2 minute untuk menziarah Penang. Suatu keputusan yang berisiko kerana saya bersendirian untuk trip ini. Tapi memang, saya ingin pergi solo2.

Bosan dan fobia sket nak naik bas, saya tukar fikiran menaiki kereta api KTM. Harga tix 35bucks, lebey kurang naik bas jerlah. Ni kali pertama naik kreta api pegi Penang dan ramai gak bertanya, kenapa ktm? Jawapannya, coz tak pernah naik dan saja nak tempuh perjalanan yang panjang. Ngeee. Memang lama gaklah tapi sib baik amik tix yang bertolak malam. Sampai2 jer Butterworth, da pagi dan terus naik feri ke pulau.

Demi mengurangkan kos, saya trima offer kawan menetap kat rumah dorang. So, dari jeti trus ambik bas ke sungai dua. Tak banyak yang berubah, cuma kedai cina kegemaran kitorg da xder. Shuang Sing da tukar ke Kopitan. Hurm.

Penat sangat bila dah sampai. So, bila dah lepas letak barang kat rumah member, then ingat nak lelap jap, tapi perut dah memberontak, lantas teringat pecal lele kat sungai dua. Memang tempat fav time unihood dulu. Yay! Sampai kat sana, kedai dia da tukar wajah. Dia dah besarkan sikit, maklumlah makin ramai yang datang. Saya trus pesan pecal lele, dan hasilnya, masih sodap seperti dulu! Rangup, sambal podas, terbaikk! Mesti makcik tuh dah kaya giler!

Kebanyakan masa memang buang kat rumah jer. Ingat nak drive jer kreta member tapi tak yakin pla kat Penang. Almaklumlah, senario jalan raya di sana agak mengerikan sikit. So, buat dek jak di rumah, tengok tv.

Sabtu punya aktiviti, pegi ke pasar malam sungai dua. Huh! Tempat masih sama. Sangat rindu tempat nih dan semestinya benda yang dicari ialah air kelapa aiskrim, kulit ayam goreng, dan ada tambahan, laksa penang. Apalagi, blek rumah, mengelojohkn diri membaham segala yang dibeli! Burp.

Ahad menjelma, baru dapat bernafas sket. Saya ajak member2 pegi few places yang memang dalam list nak pegi. First pegi kedai cendol kat town yang Phua Chu Kang selalu pegi tu. Arghhh! Ketagihlaa, knapa cendoi itu xda di KL! Then, mgidam durian pula. Mula2 dalam hati nak pi Balik Pulau, kat sana boleh jumpa macam2 jenis durian. Namun, kawan2 mencadangkan beli tepi jalan jer kat area Queensbay, so, angguk dan beli 3 biji durian. Berjaya juga menghabiskan 2 biji durian! Wakaka. Memang macam monsterlah menghabiskan durian tuh. Nyumm.

Malam pula, pegi karoks ngan member lain pula. Macam biasa, fun giler bila karoks ngan dorang walaupun da lama tak jumpa! Masing-masing masih gila 'mic' seperti dulu kala. Hahahaha. Thanks Hil, Shah, Aimi, Wan dan Ejat!

Tak puas hatilah 'vacation' kali ini. Macam menziarah jer pula. Tak dapat pegi feringgi, club, dan few places yang teringin nak pegi. Takperlah, next time ader lagi.

Apa2pun, sangat puas hati coz at least tak buang masa menghabiskan seminggu break tuh. Lepas nih, masuk bekerja balik. Huhuhu.

U need therapy? Click THERAPY!

Seminggu Yang Menyiksakan

Akhirnya, berakhirlah seisi pembelajaran dan pengaplikasian. Sekarang ngah tgu keputusanlah. yang tu takmao fikir dalam2 coz nanti apa2 pun semuanya bergantung kepada rezeki kan. Yang penting sekarang, camana nak sempurnakan hadiah cuti seminggu yang diberikan ini?

Plan asal, mau balik ke Sabah. Sangat2 rindu okay. Memang tak tertahan dah. Tapi alkisahnya, kenalah cancel last2 minute. Bukan apa, macam tak worthlah balik sana untuk seminggu jer dan terpaksa bayar hampir 500bucks then boleh spend few days jer. Kalau saya nih kaya, memang da kat sana skrang nih. Wat to do kan.

Tukar perancangan. Kena pegi some place jugak nih! Skrang nih tengah berkira-kira kalau turun ke Penang, amcam? Huh! Di tempat saya menimba ilmu selama tiga tahun. Bertemu dan berpisah dengan teman2 yang dikenali di situ. Pelbagai memori, suka duka, tersungkur dan disungkur. Penang ibarat rumah kedua selepas KK. Tapi sudah 3 tahun tidak menjejak pulau itu.

Seminggu ini memang menyiksakan. Bertarung dengan macam2 percaturan, adakah saya akan mendapat pekerjaan itu, di manakah saya akan diletak selepas ini, apakah saya sudah buat yang terbaik, cukup mencengkam dalaman ini, dan semestinya, kekalutan itu perlu dimansuhkan dengan vacation. Hehehe.

Minggu lepas, pelbagai ketegangan menyerang diri saya. Berhadapan dengan manusia2 yang sukar diduga jenis apakah mereka ini, sehinggakan tidak terlawan emosi ini. Kalau dulu, boleh jadi perang. Tapi sejak kedewasaan ini, perkara itu perlu ditangani tanpa unsur tidak profesional. Jadinya, oleh sebab itu juga, saya perlu 'melarikan' diri seketika untuk mengumpul kembali kekuatan itu.

Moga ketenangan dan kekuatan itu bakal dikaut dalam pemergian sementara ini. Kekusutan perlu dileraikan, emosi perlu dineutralkan.

Ok, entri ini adalah luahan penulis, saja nak lari konsep. Yay!

Oh ya, bagi yang membacanya, sudi2 mengklik BANTULAH SAYA.

X-Men Kurang Ummph!

Sapa kata X-Men kurang ummph? Oh, TIDAK SAMA SEKALI!!!

Saya baru lepas tengok filem ini yang merupakan kesinambungan kepada X-Men sebelum2 ini. Perihal mutasi adalah antara perkara yang bagi saya sangat memberi impak untuk tontonan tahap megujakan. Sejak kecil kot tengok kartun dier dalam tv! Siap pilih lagi watak mana yang disukai. Tekalah sapa watak yang saya nak jadi?!! Hahahaha....zip mulut. Ahem.

Alkisahnya, tiba-tiba ntah macam rasa kepingin giler nak tengok crita nih. Mula-mula malas nak kuar, then, tatkala klik2 tenet, tergatal plak jari pegi cek showtime. Auwwww! Hahaha. Apalagi, terus ar pegi bersiap bagai.


Sinopsisnya, X-Men First Class nih menceritakan kembali bagaimana para mutan mula2 bersatu, sehingga wujud perbezaan pendapat dan misi, yang sekali gus memisahkan mereka ke haluan masing-masing. Seronok tengok kombinasi pelbagai elemen yang ditonjolkan dalam filem nih. Bidang perisikan, memang tiptop my fav, then permainan emosi, bahasa Russia, sejarah, flash back, lepas tuh dia punya aksi2 yang tunjuk kuasa masing2 tu, memang terbaik! Real giler!!!

Paling suka babak yang dah nak last2 tuh. Bila Magneto bertengkar dengan Xavier, then Moira cuba mempertahankan Xavier dengan melepaskan tembakan ke arah Magneto. Baru saya tau, dari situlah pula Xavier boleh jadi lumpuh.

Dari segi pelakon, tabik springlah coz ada James McCavoy! Giler, fav saya tuh! Then yang lain2, ohsem, walaupun yang pemandu teksi tuh awal2 lagi dah mampus. Wakakaka.

Memang besh, tak sia2 datang tengok. At least, kalau siapa yang tak pernah tengok X-Men, adalah disarankan, tengoklah X-Men First Class dulu. Barulah faham lepas tuh tengok yang sebelom2 nih. Hihihi.

MOST-MOST RECOMMENDED! Ingat nak buat contest, nak bagi tix free untuk korang, tapi blog saya nih pun masih sunyi sepi. Tak ramai follower. Xperlah, lain kali eh!

Ciao!

Pengubat Kanser

Lama dah tak jogging. Dulu waktu kat sekolah lagi, boleh kata setiap petang mesti joging. Tambahan pula, time tu masih lagi aktif dalam sukan esp olahraga.

Sedar tak sedar, rasa semakin tua pula sekarang. Walaupun berbeban dengan kerja demi sesuap nasi, sering juga curi masa untuk berjoging. Joging nih bagus untuk melancarkan sistem kardiovaskular dan menguatkan stamina.

Pernahkah anda terfikir joging ini juga adalah salah satu pengubat kanser? Sejujurnya, saya belum meneroka ke tahap itu tapi rasanya jawapan ada pada acara Relay For Life Malaysia 2011 ini.


Wondering what Relay For Life is all about?
Relay For Life events are being held all around the world in different communities, spread out across 22 countries and counting! We’re different in many ways but one thing remains the same. Relay is all about Celebrating lives and spreading the word that even with cancer, there is hope. There is hope for cure and there is hope to survive.

Sudah lama rasanya tak join acara2 larian macam nih. Tiba-tiba terdetik pula nak turut serta coz acara ini untuk charity. Lagipun, boleh berkenalan dengan kawan baru mahupun mangsa kanser sendiri.

Jom kita sapot event nih. Untuk maklumat lanjut, 'like' Facebook Relay For Life Malaysia 2011 atau layari web RELAY FOR LIFE MALAYSIA.

Trend Macaroon

Bertemu kembali. Wow. Terasa amat rajin seketika. Hehehe.

Weh korang, suka makan2 manis-manis tak? Hurm, kalo saya, dulu time kecil2, benda2 manislah yang ingin di'ngap' dulu banding nasi lauk pe kejadah! Hahaha. Ala, korang pun samerlah kan. Itulah masa dia kita baru nak kenal apa itu 'rasa'.

Sekarang nih da jadi trend dah benda2 manis nih kan. Donut, cupcake, aiskrim, macam2 lagilah. Ingat lagi first time menyedari trend desert2 nih! Eh, betul ker sebut desert benda2 macam nih? Lol. Bantai. Mula2 keluar donut. Antara yang ter'femes' Jco, Dunkin, Big Apple ngan Crispe Creme. Tak sah kalau pi mall, tak beli donut ataupun duk lepak kat outlet dia.

Lepas tuh, tiba2 muncul pula cupcake yang telah meragut seketika 'kegemilangan' donut. Kalo nak diikutkan cupcake nih dah lama sangat. Sejak kecil da makan cupcake. Tapi cupcake murah jer k. Yang beli kat kdai runcit harga RM1.20 pastu ada enam biji kat dalam.

Tapi, cupcake skarang da mengalami transformasi. Esp kat design dier. Terus-terang, saya suka cupcake sebab design dier. Namun, tak pernah pun fancy giler2 kat cupcake nih banding donut. Well, kat KL, satu tempat yang pastinya cupcake dia meletup, kat Wondermilk, TTDI.

Right now, trend dah bertukar angin pula. Kini, Macaroon menjadi kegilaan ramai. Sapa tak kenal macaroon, jap lagi tengok gambar eh. Ala, susa2, pi google jerla. Ni satu lagi, sedap memang sedap, tapi manis sangat. Tak pernah beli lagilah macaroon setakat nih. Selalu tumpang makan yang kazen beli jer. Wakakaka.

Tapi kalo korang rasa nak try, sini ada beberapa tempat yang boleh cari macaroon.

1. One Utama Delicious
2. Godiva Pavilion
3. WHISK Espresso Bar + Bake Shop,
4. Lavazza Cafe
5. Babycakes Sweet Shoppe
6. Nathalie's Gourmet Studio

Kalo di KK, not surelah di mana ada jual. Hehe.


Well, sajer nak bagi jelos2, nihlah dia macaroon yang dibeli hari tu. Sedap oooouh! Nom nom.



Bon appetit!

Najwa Tiru Yuna!!!

Fuhhh. Kalo setiap post dalam nih adalah satu asignment keja, sakitlah nak menjawab kemarahan bos. Yela, buat post lambat-lambat. Hahahaha.

Perahsaan tak, sekarang nih kalo nak fofular senang sangat? Sejak kewujudan YouTube, semua nak tunjuk bakat daripada nyanyian, parody, menari, prank, benda2 bodoh, dan macam2 lagilah kat dalam tuh. Sapa yang paling dpt view banyak, sukalah.

Tapi entri ni bukan nak bebel pasal tu, nak bagitau sorang YouTube sensation nih. Serius, tak pernah pun tau pasal dia nih. Thanks for the job, barulah saya dapat discover si talented gadis muda ini.

Nama dia Najwa Latif. So first of all, saya teruslah cari kat google. Kan bila da papar results, ada kuar segala benda tu kan. Lantas jer jari pergi klik link dalam YouTube tuh. Lorrr, dia nih menyanyi pula. Hurm, so apalagi, cubala dengar suara budak nih. Bagus ke idok.

First song, not bad. Suka dia nyanyi lagu Price Tag, Jessie J. Pastu tengok next clip. Then yang sterusnya. Lama-lama ketagih! Fuyoooo. Jarang tau saya nih nak suka aka jatuh cinta ngan artis2 baru. Lagi-lagi artis ekspress yang main sumbat video dorg dalam YouTube nih. Tapi saya harus jujur, dia memang bagus!

Muda lagi budak nih, form 4 kot! Suara dia ada mirip2 JB skit. No wonderlah, inspirasi dia JB. Taknakla samakan dia nak JB coz kalo JB nih, dengar jer nama dia, mesti nak sebut 'euwww'! Hahaha. Jangan serang saya wahai JB fanatik! ;p

Najwa Latif sekarang dah pun sign kontrak ngan local punya records label. Baguslah tu dik, rezeki katakan. Lagipun, adik nih kira unik lah juga. Jarang jumpa artis yang natural voice sedap macam nih.

Jom layan few of dia punya video nih. Kira yang saya featured nih antara fav saya lah. Enjoy!!!




Besh kan! Nak tengok lagi, visit YouTube dia kat Najwa Latif Youtube.

Buat adik Najwa, selamat berjuang. Anda ada masa depan yang cerah.

Jap2, klik You're Cute!