Kepulangan Si Ratu

Ratu yang dimaksudkan bukan Queen Elizabeth k.sekian..........eh, baru nak start la.

Semalam, buat pertama kali menonton konsert mingguan AF9 di studio 1. Set memang kecil, biasa2 ja macam yang penonton bleh tgk kat tv lah. Hehehe. Nasib dapat seat kat media. Walaupun kat nun di ceruk sana.

Actually, temankan rakan sekerja pegi cover konsert tuh. Plus, kepingin nak rasa sendiri suasana dalam tuh coz kalo tengok kat tv memang lain daripada kat set sebenar. Sound system memang clear, terbaik! Hehe. Yang best lagi, seorang kawan lama datang dari Sabah, nak bagi sokongan katanya. Mandy Nandu, nice to meet you!

Ok, and the concert began. Kay, best! Pembukaan yang kiranya melatupla. Then turn Miza. Sorryla, it's not good at all. Lagu Sofea Jane tak sesuai kak. Pastu, ni secara rambang jerlah yer, Lena menyengat tapi masih dibayangi Ella, Afif not bad, Aida biasa-biasa jer, Amir agak mengecewakan, Erul pun bolehla, antara vokal terbaik, Raqib bagus tapi lagu mendatar, Azri yang terkuat semalam dan Nera, saya kenal dia tahun lepas ketika dia sertai few pageants kat Sabah.

Perhatian, ini bukan didorong emosi atau bias, tapi semalam Nera memang telah 'kembali' dan berjaya membuktikan bahawa ada sebab beliau dipilih masuk AF9. Saya pernah beberapa kali tengok dia nyanyi, of course dia still baru dalam nyanyian, ada momen2 yang ok-ok jer, tapi dia pernah mengagumkan penonton termasuk saya dalam satu pertandingan di Sabah.

Saya bukan fanatik Nera, cuma saya sangat tidak setuju dengan komen2 yang diberikan pengkritik dalam konsert semalam. Ogy, terus-terang, memang didorong emosi dan tidak optimis dalam menerima sesuatu yang positif diberikan oleh para pelajar. Memangla mulut dia lancang, but terbukti semalam kelancangannya tidak bertempat! Simon Cowell wanna be ker? Uh-uh!

Fly Me To The Moon antara lagu kegemaran saya, dan big2 thanks to Nera! Anda menyanyikan lagu itu dengan sangat menghiburkan sekali. Semestinya, ingin melihat lebih lagi pada minggu2 mendatang.

 Nera di konsert ke-3.(gambar dari FB AF9)

So, kepada sesiapa yang miss, jom layan Nera AF9!


Dia Hero Malaya + Blogger Hebat

First tengok lakonan dia adalah menerusi filem Kami The Movie. Antara filem local yang kira fav sayalah. Indie punya, betul2 berkesan jugakla.

Ok, saya tak avid sangat mengikuti perjalanan karier seni beliau, namun boleh saya katakan beliau antara pelakon muda yang menyerlah kerana bakat dan dedikasi. Bukan sekadar berkarya di depan tabir, beliau turut mencurahkan kreativiti beliau melalui sebuah blog.

Baru tahun nih discover blog beliau, dan bila ada update mesti tak bleh miss nak baca. Ritma-ritma penulisan memang menampakkan sangat unsur kesenian dalam dirinya. Kadang-kadang lampi(lambat pickup) juga kalo baca post dia dalam mode mamai2. Hahaha. Banyak perkataan baru boleh jumpala yang penting. Kalo nak contoh baca sendiri.

Beliau nih bakal menamatkan zaman teruna tak lama lagi. Dapat calon bukan alang2 ooo. Selebriti jugakla. Info lanjut, silala mengoogle page2 hiburan. Malas nak tabur gosip kat sini. Wakakaka!

Well, semalam tweet kat Zahiril pasal blog dia tuh. Nih dia jawab ;


Hehe. Memang da niat nak promote blog dia no matter apa dia nak cakap pun.

So, guy, jom kita menggodek blog c hero malaya nih...KLIK 'n' go-->


Panggilan Kemahsyuran

Post ini ditulis kerana saya amat normal bila sentuh bab tengok chick2 hawt nih! Kakakaka. Seronok coz dapat menikmati ciptaan Dia yang mengurniakan semua manusia di muka bumi ini dengan kelebihan masing-masing.

Sebenarnya pencarian sudah pun bermula sejak menjak ntah bila tarikh sebenar dia, tapi kemuncaknya telah memilih Kota Kinabalu aka KK sebagai lokasi terakhir. Berteka-teki? Hehe. Sapa kenal Deborah Henry? Hek eleh. Tak kenal, gi google!LOL

Yang bestnya kalo berpeluang dapat wakil Malaysia dalam pertandingan nih, fuhh, bukan calang2 pengalaman jumpa otai2 besar dunia seperti Donald Trumps dan selebriti2 Hollywood tau. Hahaha. Cakap macam pernah join jer kan. Based yang aku tengok jerlah weihhh...

Jadi, panggilan kepada sesiapa yang rasa2 cukup ketinggian, cantik, personaliti menarik, berbakat, tak kirala adik engkau, kakak, sepupu, kawan, lawan, makcik, jiran, janji, seorang wa...ni...ta..., sudi2kanla ke pencarian Miss Universe Malaysia 2012. Detail, tengok poster bwh nih!



Atau lawat dan 'like' page rasmi mereka di MISS UNIVERSE MALAYSIA 2012.

Serlahkan dirimu, kerana dirimu begitu berharga................... #muntah

My Real Piece

Ok fine, title omputeh tak bleh blah. Hahaha.

Sedar tak sedar, nih da masuk sebulan saya bergelumang dengan dunia kpochi sub jenayah yang tidak pernah terjangka akan diterjuni. Betulla orang kata(yang berkenaan), belum cuba belum tahu. Dah tahu, pasti suka. Dah suka, mirindaaa susah dilepaskan! Serius!

Jangan bilang mudah, berada dalam dunia ini, kata kunci 'merendah diri bertempat' amatlah berkuasa sebagai senjata untuk kekal teguh. Tolak tepi jer semua komposisi ego yang mengisi diri kita. Pengorbanan masa, kredit fon, tambang cab, etc juga tidak patut dijadikan keluhan. Bak kata orang(sapa2lah), no excuses! Cehhh.

Tapi seriuslah, pening juga kepala kerana tugas bukan tamat di luar pagar ofis semata-mata, malah tatkala ingin melelapkan mata pun terpaksa mengerah otak demi hari esok. Begitulah kuasa sebuah stori. Paling digemari, apabila mendapat peluang untuk turut serta dalam operasi menangkap para jembalang2 kriminal. Alasannya, karena bila melihat sendiri kejadian, maka penghayatan untuk menghasilkan sebuah stori tu jadi lebih efektif. Hehehe.

So, untuk berkongsi kepuasan saya sebagai warga dunia kpochi ini, saya ingin mengambil risiko untuk menunjukkan salah satu hasil tulisan yang kiranya masih amatur untuk dibanggakan. ;p



Oklah, mungkin tidak sebaik mana namun saya optimis, suatu peningkatan akan berlaku tidak lama lagi. Enjoy~

Si Gorges Gebu

Sekian lama memendam post ini, akhirnya hari ini cip otak kembali tertumpu kepada Si Gorges Gebu tatkala mendengar si kawan memasang lagunya menerusi Youtube.

Kalo dengar suara dia, biarpun berulang-ulang, saya gerenti korang takkan sangka yang dia nih penyanyi local. Sempurna amat pronunciation beliau dalam lagu Got To Go, tajuknya. Kalo perhati betul-betul wajahnya dalam MTV terbarunya, ada sedikit persis wajah Katy Perry. Tidak tahu di mana, mungkin pada mekapnya?

Isu-isu 'tiada' pakej pada seseorang penyanyi memang da basi kan. Tapi syukurlah coz Si Gorges Gebu nih memanfaatkan kelebihan beliau(sebagai seorang yang punya dana) untuk meng'explore' minat beliau yang sukar dinafikan, beliau memang.......BERBAKAT!

Hehe. Cukup dengan keskemaan di situ! Ok, Si Gorges Gebu yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan, NAJWA!!! Fuh! First time tengok dia nyanyi live kat show 8TV Quickie. Punyala terpikat ngan vocal dia. Ingatkan dia nih saja2 nak cuba bidang muzik, rupanya, dia punya 'sesuatu'.

Dulu pernah perasaan yang dia ada buat konsert kecil Malam Nada Biru di Istana Budaya, KL, tapi tak ambik port sangat time tuh. Rugiiii tho kalo ingat balik. So, pengajarannya, Miss Najwa, silakanlah membuat kembali satu konsert untuk album baru anda. Saya teringin untuk datang menghayati musik anda.

Jom, tonton MTV Got To Go nih. Layannnn ;


Jadi, komen anda?

Kebangangan Blackberry!

Pertama sekali, tenkiu kepada yang menge"follow" blog saya yang tidak seberapa ini. Seikhlas-ikhlasnya, saya amat menghargai anda semua. #emo .......Haha, maciammm celaka kan! Opss.Tercarut.

Ok, berbalik kepada topik. Saya memang hanginnnlah baru-baru nih sebab dapat Blackberry. Giler kan. Orang dapat BB patot terkinja-kinja kegembiraan. Sebabnya, kejakunan saya telah melampaui segalanya. Dulu bukan main mengidam BB, tup2 dah depan mata, tak reti gunaa. LMAO.

BB nih saya beli daripada seorang bestie. Alkisahnya, saya pun mula menggodek gagdet 'terhangat' di abad ini, nih. Gilak, parah seyh, susahhhh pula nak guna BB nih. Dahla kalo taip huruf, tetibe pandai pulak huruf tu jadi banyak. Then nak masukkan address contacts pun susa seyh. Kena manually satu2. Habis tuh yang 510 contacts kat phone lama nak masuk satu2? Parah!

Tapi tetap mengigihkan diri ok. Nih sayalah, seorang yang belum pernah tumpas dengan benda2 teknologi nih. Hahaha. Memang BB nih ader special banyak. Mungkin itulah sebab ramai giler guna kan. Tapi apa yang boleh saya katakan sekarang, mungkin nak tukar p IPhone atau HTC lah kot pasni. Biarlah puas2kan hati dulu main picit2 punat BB nih.

Merapu jer kan. Tapi kepada sesapa yang sudi berBBM ngan saya, ayuhlah memberi BB pin anda kepada saya. Kikiki....

Well, selamat datang ke dunia BB, encik jakun...........LMFAO!

New Band In The Town!

Hey semua. Waaaa, lama menyepi diri ini kannnn! Hahaha. Penyakit 'M' telah menelan sum sum dan isi badan ini sejak bergelar jurnalis yang sentiasa kekosongan masa lapang(kosongla sangat) kerana punya komitmen lain di tempat lain untuk mengerah jari-jari ini menaip stori. Yay! Tetapi, kali ini saya gian ingin berkongsi tentang satu band kelahiran Sabah yang tidak terlampau saya katakan, bertaraf internasional!

Malas rasanya saya nak elaborate pasal band ni coz jap lagi nak bagi link kat korang untuk cek sendiri laman web dorang. Ok, nama band dorang, Xinxerena. Cun kan! Suka suka! Hehehe. Dua daripada ahli band nih adalah adik-beradik iaitu vokalisnya Jodie dan gitaris, Aldo. FYI, dorang berdua nih sepupu saya. ;p

Kitorang pernah perform sama dalam satu event kat KK. Apa yang boleh terkata, performance dorangla yang paling mantap time event tuh. Sorryla kepada yang lain ek(termasuk sayalah, haha!). Waktu event tuh, dorang perform lagu cover version. Then now, dorang da kluar dengan lagu sendiri k. Baru jer lepas dengar lagu 'Paradise' kat wall FB dorang. FUHHH!!! Terbaik, ok!

Well, bukan nak memuji dorang ni psal nih band sepupu saya, tapi bagi yang betul-betul sukakan muzik, silalah nilai mereka ini sendiri. Ambil masa lawat laman web dorang, then kita beramai-ramai support band ini.

Last but not least, Xinxerena, selamat maju jaya! Doakan kalian akan berada dan beraksi di pentas antarabangsa tidak lama lagi!



Expektasi Tinggal Abu

Tadi baru lepas menghiburkan telinga dan mata menonton peserta2 baru AF. Adrenalin yang melonjak sangat berteriak bahawa pasti ada sesuatu dalam edisi musim ini. Terbitlah satu expektasi yang umpama kanak-kanak disajikan dengan show silap mata. Innocent dan bertepuk-tepuk sebab 'ditipu'.

Terlepas pelajar pertama, lantas cuba menghayati persembahan kedua. Hurm. Biasa jerr. Maka bergilirlah si polan dan si polan cuba menakluk pentas dengan aksi2 badut mereka. Why badut? Yerlah, badut pun penghibur kan. Gilir punya gilir, menguap seketika, tamat wayang. Tiada perasaan pada saat itu. Ada secalit kemarahan. 'Tertipu' kerana magis yang ditunggu tiada. Baik tengok bunga api sajaa.

Tanpa berselindung, persembahan budak Sarawak tu jer yang ada nilai. Tona suara checked, tempo checked, penghayatan checked, vokal solid dan segar! Well, saya tak tengok sangat pakej2 tuh. Sekadar bonus jer buat apa. Tapi sapa kesah zaman ni. Yang bakatnya bagus pun tidak dipandang.

Ya. Terlalu awal untuk menilai. Namun bukankah first impression itu asas yang penting? Hurm, well, tengok jerla progress bebudak semua tuh. Walaupun da ada yang tunjuk diva, gedik, angkuh, biarkan, dorang pun manusia. Yang penting, tanak miss tengok protege Erra dalam mentor.

Sekian.