Criminal Minds

By that time pak Pengetua mengeluarkan ayat "ok sedia, inilah desk yang korang kena report mulai next week"(lebey kurang macam tulah bunyinya), lantas jantung saya mula berdup-dap, macam drumroll pun ada coz for sure inilah yang kami(pra-wartawan) debar2kan sejak menyertai secara tidak rasminya di kompeni HM. Memang neves dan sangat teruja, risau pun ada pada masa itu memandangkan penantian sekian lama bakal dirungkai. Sama ada gembira atau kecewa, semuanya terpulang pada skrin BB pak pengetua yang disanjungi.

Sebut punya sebut, di sana kelihatan si kawan speechless mendapat desk bukan pilihan, si polan di sebelah nih pula da tunduk menanti penuh pengharapan, manakala si teman di situ pula buat2 muka steady tunggu nama dan desknya disebut. Maka, pak pengetua pun sampai kepada nama saya, "engkau.....ko dapat desk NEW MEDIA," terkesima tapi tidak kecewa, saya pun bertanyakan kepada siapa saya harus lapor diri kelak. Oklah, desk tuh pun bukan masalah bagi saya coz related to the old experiences iaitu benda-benda yang bercirikan produksi.

Tiba-tiba, sebutan diulang kembali. Yaaa beenar, terdapat ketidaktepatan di situ. Saya bukan sepatutnya berada dalam desk NEW MEDIA. Kata pak pengetua, "pembetulan, engkau, selamat datang ke dunia jenayah. Tahniah, anda di meja CRIME," terlopong, ternganga, terblack-out seketika, lalu dalam hati berkata, wut the.....! CRIME? Macam CSI, Criminal Minds, Burn Notice, 999, blah blah blah tuuuhhh? Mak aiiiihhhh.

Hey, saya tidak kecewa ok. Cuma terpukul sebentar kerana CRIME ialah desk yang cuba saya elakkan. Bukan tidak suka, tapi bukan jiwa saya obviously. Tapi mungkin itu hikmah. Patutlah naluri mengatakan saya tidak akan ditempatkan dalam desk yang saya suka.

Saya fobia darah, bagaimana berhadapan dengan kes2 kemalangan? Saya tiada kereta, bagaimana mau ke lokasi kejadian sepantas mungkin dan bagaimana pula saya mau balik rumah tengah2 malam? Itulah kerisauan major yang ligat di fikiran pada masa ini. Namun, saya harus positif. Saya akan buktikan bahawa saya mampu menggalas tanggung jawab ini. Huhuhu....

Sang-sang polisi, bomba, doktor2, dan yang berkenaan, meh cni nak 'shake hand' dulu. I'm officially joining the club, yeahhhh!

Pffttt!

Janji Itu Credit Card

Janji itu ibarat kad kredit. Mudah dan difahami. Kalau tak ngerti tu memang tolollah. Kalo bab nak berjanji, memang senang jer nak ucap. Nak swipe kad kredit beli barang memahal pun, one go jer. Tapi bila da sampai masa nak ditunaikan kedua-dua benda nih, macam nak masuk keranda pun ada. Susahhhh sangat kan.

Kita boleh berjanji apa saja dan kepada sesiapa saja. Janji kepada diri, janji kepada keluarga, janji kepada member, janji kepada bos, janji kepada sang kucing, janji kepada mak cik cleaner. Memang dah termaktub dalam hidup nih, janji tu lumrah. Kadang-kadang memang terlangsai, tapi saya yakin sekali, most of the time, hampeh. Lupa janji kan....

Sepatutnya kita melihat janji itu sebagai satu bebanan yang positif. Contohnya, kepada yang sedang menuntut, berjanjilah bahawa semester nih korang capai pointer 4 flat. Kepada yang bekerja, berusahala mencapai KPI yang bagus. Mana-mana yang bakal berkahwin tuh, jaga2la pemakanan tuh, nanti tak muat pulak baju kahwin. Bajet tuh jangan lari demi menjamin kelancaran majlis nanti. Tengok, berjanji untuk benda2 macam nih adalah sesuatu yang baik.

Kalo jadikan janji itu sebagai bebanan yang menyusahkan, bagi jer contoh senang, berjanji nak kemas rumah ngan cuci baju. Lepas tu tangguh2 sampai at last tak buat. Kan da langgar janji. Perlulah bijak twist benda macam nih supaya jadi benda baik. Jadikanlah keja2 mengemas rumah tu sebagai satu senaman. Kalo2 da boring2, bila da buat kerja tu, kan dah kill the time, at least.

Banyak boleh dihurai pasal janji nih tapi make it simple lah. Jadikan ia disiplin. From disiplin, jadi rutin. Janji nih boleh jadi macam2. Janji nak kurangkan berfacebook, nak tulis entri yang hebat, nak punctual pegi keja, janji nak sehidup semati, janji nak jadi jadi vegetarian, janji mau jimat duit nak beli rumah, daripada yang kecil, sampailah yang mustahil. Itulah kuasa janji.

Well, kad kredit tuh nak tangguh2 bayar pun boleh, tapi still kena bayar. Kalo da xlarat nak bayar, alamat muflislah abang oi. Sama juga konsepnya di situ ngan agenda 'janji' nih. Signifikan kan.

So, apa2pun sebelum berjanji, buatlah perhitungan dan pertimbangan yang terbaik, jangan berjanji kosong tapi habuk pun takda bila dah time nak 'bayar'.

Selebriti Kena Belasah Kaw2!

Yuhuuu! Anda di sana, mari dekat saya! Mau stori2 dulu pasal trip pegi Melaka baru-baru ni. Well, kalo tak baca entri sebelum ni mestilah korang blur2 trip apa yang saya maksudkan. Oklah saya remind balik, trip Jelajah Harian Metro Alor Gajah, stesen terakhir sebelum berlangsungnya konsert besar2an yang akan diadakan di Dataran Merdeka, KL 26 Mac ni.

Last2 minit tau keputusan nak join this trip. Kitorang bertolak dari NSTP Bangsar kira2 jam 2++ petang dengan menaiki satu bas. Gamat giler bas tuh bila Roslan Shah dah mulakan keletahnya. Tak kering gusi duduk kat dalam tuh since dia buat lawak yang kaw2 punya sampai nak tidor pun tak sanggup. Well, FYI, dalam bas tuh ada artis2 seperti Diana Amir, Jinbara, Yantzen, Farhan dan Roslan Shah. Selain tuh, ada kitoranglah, staf2 NSTP nihhh. ;p

Sampai jer kat Melaka, trus pegi Majlis Perbandaran Alor Gajah, ada jamuan katanyer. Oya, sepanjang kitorang di sana, semuanya sponsor habis k. Yay! Then pas da makan2, trus pegi beramal bakti kat satu rumah mak cik ntah apa nama dia tuh. Kitorang gi tolong2 angkat barang nak sumbang kat mak cik yang ala2 tak mampu tu.

 Sesampainya di Alor Gajah. Sempat snap lepas makan2. Hihi.

 Ni time kitorang gi menghulurkan bantuan kat mak cik terpilih tuh.

 Gembira sakan dorang kalo bab2 bergambar nih! Haish, tetap saya jadi fotograper!

 Bersama si gadis utara bernama Dar Mansor!

 Lepas habis sound check, snap lagi! Eh..eh..., Diana Amir in the house!

Pastu, gi sound check kat stage pula. Terasa juga tempias2 glamer tuh bila Roslan Shah umumkan kehadiran kitorang kat sana. Hiks! Then malam tuh berlangsunglah konsert yang ala2 meletup tuh. LOL. Walaupun ada few2 isu yang panas nak bincang tapi tanakla reveal2 kat cni. Nampak sangat ke'reporter'an tuh nanti kan! Haha.

Setibanya di tapak konsert! Dandan jer ala2 ceria, padahal, tingtong penat nak mampos!

 Yang penting, kitorang jadi sukarelawan memungut derma khas untuk mangsa tsunami Jepun!

Well, yang penting walaupun dah rasa macam mumia hidup dengan keletihan tahap gaban, dengan mata ala2 panda, kitorang tak lepaskan peluang pegi ke Restoran Ikan Terapung kat area mana tah tu. Melantak sampai kembung perutlah, apalagi! Nyummmm....

 
 Sesi melantak makanan free! Sodap, memang SODAP!!!

Bila da pas melantak, semua pun tingtong gila, letih nak mampos occay! Naik jer bas, trus krohhhh2 smua. Nak layan Roslan Shah pun da tak larat. Sampai bilik hotel masing2, trus serangggg katil empuk! Eh, sempat basuh kaki tau!

Keesokan pagi, sambung aktiviti kat Dataran Keris tuh. Berpoco-poco dan senamrobik dengan para artis, staf dan penduduk tempatan. Lepas tuh, sukaneka pun dijalankan! Memang sporting giler orang2 Melaka! Gamat dan sensasi walaupun panas terik membahang. Yang penting, ada seorang mak cik tu pengsan lepas tarik tali. Ala. lupa pula nak ambik gmbr dia. Oklah, penat beleter, layanla gambar2 ini! :)

 
Wajah morning blues.......hampeh!haha

 Bersama konco2 kumpulan hijau aka Arena!

 Grup Hati....booooooo! ;p

 Rap yang poyo. Diana Amir buat2 kiut! Wakaka. Opss, sorry Dy if terbaca entri nih! LOL

 Wah kumpulan Variasi. Variasi sangat! Tamak doh bolot 3org artis!

 Diana Amir on action!

 Shot di tengah kepanasan. Erk!

 Hahaha. Lucu tengok wajah Diana Danielle ngan Yantzen nihhh! Yang penting, semangat giler dorang nih. Asyik2 muka dorang time sukaneka tuh! Kikikiki.

 Farhan gigih menghabiskan juadah 'Santapan Di Raja'. Siannn....

 Sampai tertonggeng-tonggeng c Zoey membereskan sirap tuh....

Lepas jer habis semua acara termasuklah penyampaian hadiah, apalagi, gambar bersama artis! Sesi kemuncak ok! ;p

 Ezlynn yang da lama menyepi!

 Kawan lama. Hiks.

 Zoeyyyy!

 King of the whole trip, ROSLAN SHAH!!!! Lawak beliau memang TERBAIK!

 Potret reramai ngan Yantzen dan PAnya. Lupa pula sapa nama dia....huhu

Dan yang paling penting, tengok kepala yang bersentuhan. Manja ar DD nih. Wakakaka!


5 Star for the trrip. Memang worthla walapun letih tahap maksima! Huhuhu.....


Minggu Bulan Muda

Yooo! Lama tak feed blog ni. Pasti ada di luar sana yang rindu2an mau dengar repekan saya kan! FYI, kehilangan saya selama ini tiada kaitan dengan berita2 ghaib yang merepek di sana sini sekarang ok. Saya kini sangatlah busy melayari bahtera yang baru dibina sejak Isnin yang lalu. Hah, mulalah tuh nak salah sangka. Bukan mahligai perkahwinan ok. Bukan nak kata kahwin tu tak baik, tapi ini kira mahligai asas yang kena miliki terlebih dahulu sebelum nak takel seseorang. Uiseh! Iaitu, kerjaya!

Imbas kembali, banyak giler yang saya miss sepanjang minggu ini. American Idol, blah blah blah. Banyaklah sangat! Hahaha. Tapi di ofis, sangatlah banyak input yang masuk keluar kepala dan telinga ini. Sampai otak tak mampu nak cerna dah segala info itu. Bukan senang nak masuk jadi jurnalis ni. Setiap benda kena takel sampai ke bahagian advertising. Huh!

Well, banyak benda menarik bakal berlaku weekend ni. Besok jer majlis akad nikah satu2nya abang kandung saya. Malangnya, ibu bapa dan keluarga lain tidak dapat menyaksikan big day tersebut dek kerana kos nak datang KL dari Sabah bukan alang2 lagi2 kalo nak datang reramai. Biarlah saya saja yang pergi menyaksikan majlis tersebut. Sob2. Yang malangnya lagi, dapat tengok majlis akad nikah jer. Kenduri tak dapat join coz tuntutan kerja.

Reason? Sok saya dan rakan sekerja diminta bersama-sama join Jelajah Harian Metro di Alor Gajah Melaka. Yang bestnya, kitorang akan pergi satu bas dengan para artis yang terlibat seperti Diana Danielle, Zoey Astro Ceria, Jinbara, Ezzlyn, Diana Amir, Jinbara, Ramlah Ram da ramai lagi. Kitorang akan terlibat bersama-sama untuk menjayakan setiap aktiviti yang akan dijalankan. Sungguh teruja dan tak sabar sangat nak memeriahkan acara tersebut. Kepada yang berada di Melaka dan kawasan2 terdekat, jooooommm serang jelajah metro Alor Gajah!!!

Tapi di samping berhujung minggu tuh, mari dengan serendah-rendah hati kita mohon dan doakan mangsa-mangsa tsunami di Jepun agar mereka selamat.


Taman Impian Ramai

Demi membunuh keboringan yang dideritai di rumah, saya telah menerima ajakan seorang kawan yang bernama Steve ke Midvaley untuk membincangkan hal-hal koloni socialite. Pedas telinga tak tengok word 'socialite' tuh? Ahahaha. Maka, terus ke almari mencari persalinan yang rasa2nya menepati mood dan ala2 tidak berlebihan gitu. Haha. Last2 pakai baju grey v-neck, jeans grey ngan sepatu coklat. Warna boxer nak tau juga kerr? ;p

Dah namanya jodoh gitu, kebetulan pula dapat naik KTM yang sama. So, first thing yang kitorang cari, apalagi, tempat makanlah. Lalu, ber'catwalk'lah kami menuju ke food court dengan harapan nak makan kat situlah. Hampa! Penuh giler!!! Dah nyer weekend, memanglah penuh. Catwalk punya catwalk, scan punya scan, akhirnya kami pun sepakat suara memilih Kenny Rogers! Giler lama tak makan kat kedai ni!

Pastu da kenyang burp2, dengan takda hala tujuan yang nyata, kami pun pergilah ke The Gardens. Fuhh! First time tau masuk sana. Macam sakai pula saya bila da jejak dalam tuh. Tapi yang paling penting, tempat tuh memang meggambarkan seseorang yang saya nak jadi suatu hari nanti ok. Berderet kedai label fesyen dalam tuh. Memang trip2 orang kayalah konon kitorang dalam tuh. Yang penting ada sorang pompuan tu masuk kedai Louis Vuitton k! Kitorang gulp2 jer tak sanggup nak masuk dlm tuh. Haha.

Walaupun kitorang sempat singgah kat Borders dan Starbucks jer, tapi rasa cosy sangat duduk dalam tuh. This kind of mall lah yang betul2 sempurna untuk saya. Oklah, da over pula berangan tak sudah. Yang penting, seronok juga trip hari ini. Sekian....

Perasaan Umpama G6

Teruja, saspen, girang, semuanya berbaur sekarang! Sedikit masa lagi, saya akan bergelar seorang jurnalis baru. Arggghh! Masa ini bukan masa nak berangan dapat gaji lahhh! Enjin pun belum start, dah nak feeling2 sampai ke Genting.

"...G6 is a Gulfstream G650 jet..."

Hiperbola di situ tajuk entrinya. Tapi begitulah dia membuak-buaknya satu perasaan terperangkap dalam diri kerdil(memang kerdil pon) ini untuk memulakan kerjaya yang hanya sekadar impian selama ini. Besar, kukuh, membara, cukup menggambarkan betapa semangatnya saya untuk melangkaui fasa alam pekerjaan setelah membabi-buta tanpa kerja selama 2 bulan. Siksanya di situ melalui hari-hari tanpa berbayar ekoran tanggungan yang cukup menuntut sejumlah fulus.

Isnin akan datang, saya tidak lagi berkurung di rumah. Seawal pagi, berjalan ke stesen, menaiki 2 buah lrt, lalu berjalan sedikit ke tempat kerja. Yang paling penting, saya dalam persalinan seorang dewasa yang bekerja. Yay!

Ok, melalut jer post ni tapi saja nak share macamana excitednya saya kerana masa yang dinanti sudahpun tiba. Yeahhh! New job, new environment, new friends, it's just a bliss to think of!

Kisah Pendamba Darah Manusia

First of all, Georgie, tahniah, title anda sangat va va voom ok! Hek eleh, puji diri-sendiri pula. LMAO!

Cuba sekalian teka, penyakit apa yang tak pernah nak berambus kat dunia ni? Come onlah jawap! Oklah, jawapannya, DEMAM!(last2 jawap sendiri). Sekarang ni macam2 demam ada, demam kepialu, demam panas, demam sejuk, demam bola, demam bermadu, demam AF, demam pura2, demam kuih Kak Kiah, demam korea, cakap jerlah demam aper, saya tak kesah coz saya pun nak demam juga ni! Hahahaha.

Tekalah saya demam apa?(asyik2 teka-teki, bosanlah!). Sebenarnya saya sekarang ni demam ngan series The Vampire Diaries yang rasanya belum tayang kat Astro kot. Hello, hupdate version ok. Season two gitu. LOL. Semalam dengan khidmat laju jalur lebar YES 4G yang hanya terdapat di KL sahaja, saya telah memuat turun dengan gigihnya 3 episod serentak ok. Serentak. Bukan apa, dah lama tak fancy2 ngan series2 omputeh ni. Last aritu pun tgk Gossip Girl, Ugly Betty, Supernatural, Merlin, dan sekian2.

Oklah, mukadimah untuk The Vampire Diaries ni. Crita ni pasal pontianak zaman moden yang da langgar konsep asal. Dorang ni tak tebakar kalo kena matahari. Ahhhh...abaikan. Yang penting jalan cerita, meleleh! Wakaka. Tapi saya tertarik sangat ngan heroin dia tuh. Yummy sangat, masakan Chef Wan jauh tak terlawan. Oppss, over pulak. Jom teropong wajah2 pelakon dia ni.

 Nilah dia wajah2 peneraju utama. Paul Wesley, Nina Dobrev, & Ian Somerhalder.

 Si cantik jelita yummy2. Kikiki. Tapi saya tetap setia pada yang satu, Natalie Portman. Sebab dia ada Oscar. LOL!

 Watak-watak bersama.

 Lagi muka dorang.

sumber imej dari thevampirediariesworld.wordpress.com, perfectmovie4u.blogspot.com, fanpop.com

Series ni diterbitkan berdasarkan buku yang ditulis oleh L. J. Smith. Pernah memenangi beberapa anugerah termasuklah People's Choice Award dan Teen Choice Award. Bukan kat AIM atau Festival Filem Malaysia keh. Ni kat US y'all! 

So, berminat nak donlod kerr anda sekalian? Nasib baik saya tak kedekut. Nah! Hambik link ni!

Selamat men'demam'kan diri.

Melelong Maruah?!!

Setakat ni anda suda berada di tahap mana? Lihat diri-sendiri dan perjalanan yang suda ditempuhi hingga ke saat ini. Pernah terfikir dan terbuat ker perkara-perkara yang menjaja harga diri-sendiri? Oh, bangkitlah! Segera buka mata kerana harga diri itulah yang perlu ditatang hingga ke akhir nafas! Mahukah anda 'pergi' dari dunia dengan berbekalkan nama yang busuk?

Harga diri tidak mengenal darjat. Kalo ko miskin, hina, cacat, jangan pedulikan semua itu. Apa yang perlu ko peduli, maruah diri! Namun senario masa kini, kita berhadapan dengan ragam manusia yang bersifat alpa dan tidak tahu berusaha. Tidak ingin spesifikkan kepada sesiapa, tapi perlukah menjaja maruah diri semata-mata ingin mengejar sesuatu dengan se-ekspress2nya?

Kadang2 kita terpaksa melakukan sesuatu yang di luar landasan bilamana kita terpaksa, atau suda terbiasa dengan cara tersebut. Tapi, back to the basic, lakukanlah semua itu tanpa mengugat kedudukan harga diri dan prinsip yang dipegang selama ini. Berusahala membina sesuatu yang akan mampu dibanggakan suatu hari nanti. Pedulikan apa saja yang orang lain nak cakap, dah mulut dorang kan, asalkan tidak memalit lumpur pada harga diri.

*Artikel terbaik pada tahun ini! 

TETTTT BESAR2!!!

Wakakaka. Imaginasi mengalahkan Alice In The Wonderland! Oklah, kepada yang masih 'menjual' harga diri di luar sana tu, lagu ni amat sesuai untuk anda! Eh, kepada yang ingin berjinak-jinak dan berangan jer nak buat semua tu, ini khas untuk anda juga.