Buku Baru

Wasup semua?! Ini adalah blog yang baru saya cipta, namun saya bukanlah baru dalam bab blog memblog ni. Actually, saya da ada blog pun, tapi terdetik pula nak buat sesuatu pembaharuan. Yelah, takan nak stick dengan "barang lama" kan? Kiranya, ini adalah salah satu wishlist saya sempena tahun 2011 ni. Tapi tak bermakna saya akan meng'anak tiri'kan blog yang satu lagi occay! Fair enough la, satu blog English, satu lagi blog yang taklah seratus-peratus dalam bahasa Melayu. Pendek kata, rojak la! Hahaha.

Ok, sebagai mukadimah, blog ni lebih kurang je konsepnya dengan blog yang lama. Tapi, sesuatu yang saya janjikan, blog ini pasti sensasi dan menyengat, jadi, takkan tengok je kot, kliklah button "FOLLOW" tu. Menulis merupakan impian saya sejak di bangku tadika lagi, chewaah, so saya rasa inilah saluran yang terbaik untuk mengembangkan lagi bakat menulis dan menyampaikan info-info kepada pembaca-pembaca di luar sana. Agak skema kan statement itu, yelah baru jer habis buat design segala untuk blog ni tadi. Makanya, processor dalam otak ni pun da lembap dan tak berfungsi dengan normal. *tingtong nak tidor*

Kat profile tu, saya ada mentioned saya ni orang Sabah. Mula-mula tu memang ingat nak tulis dalam bahasa Sabah, tapi nanti kawan-kawan kat semenanjung ada yang kurang faham pula. So, sedikit dikomersialkan la kiranya blog ini untuk tujuan perkongsian bersama kan. Tapi dalam plan, memang akan ader entri dalam bahasa Inggeris juga tapi sekali sekala jerla. Manatau, ada omputeh nak lawat tengok2 blog ni, at least ader juga yang dorang reti nak baca.

Jadi, selamat datang ke blog baru saya. Entri memang da ada dalam kepala. Tapi tunggu masa je nak post. Maklumlah nak kena tulis elok2, bagi mantap gitu. Hehehe. Sekian dulu buat kali ini. Intro yang tidaklah seberapa, sekadar "press conference" untuk memperkenalkan blog la. Kalo da lawat tu, jangan lupa follow tau!


4 comments:

Fanzi Ruji said...

wah. sy suka. smart header ko. kasi buat saya satu. hehehehe.

Georgie J said...

actually lari sket dari apa yg sa picture tu mula-mula.hurm tapi puas hati jugala.hihihi.bulih ba.tp kena brief tu concept yg ko mau. ;p

Unknown said...

Uina geng, mantap eh header blog, ehe3.. Jadi berhijrah sudah pula kau di Semenanjung a.. Bah, baik2 kau sana a.. Syabas ada blog baru n Tahniah dapat rezeki baru.. d(^^,)

Georgie J said...

sam, bulihla sa buat servis buat header orang ni kan!hehehe.bulih biz biz tu.well, trimas bro.sa pun nda sangka rezeki di sini pula.ada hikmah la tu kali.cthnya, kemunculan blog ini?hahaha.