Robot Ada Perasaan?

Sejak dulu, kita selalu disajikan dengan pelbagai cerita mengenai robot. Saya antara manusia yang sangat teruja dengan kewujudan robot nih. Sebut saja Robocop, Transformers, blah blah blah, Barbie (eh eh tiada kaitan), kalau boleh nak jer beli semua replika dia time kecik2 dulu. Haha.

Bercakap pasal robot, baru-baru nih saya tonton filem Real Steel. Alkisahnya, sewaktu saya mula2 tengok trailer dia, takderlah teruja sangat nak tengok. Lagi teruja nak tonton Killer Elite kot. Tapi, akibat kena psiko dekat Twitter, FB, dan dari mulut orang, terjebaklah saya untuk pergi tengok sendiri kehebatan Real Steel seperti yang diwar-warkan.

Macam biasa, saya tak letak ekpektasi yang tinggi sangat. Filem nih basically, simply about kekeluargaan. Bagaimana dua anak-beranak yang sebelum ini tidak tahu kewujudan masing-masing dipertemukan oleh takdir, canggung, tiada toleransi, masing2 rasa diri stranger, tapi lastly, jadi sahabat yang baik dan rapat.

Ada sesuatu yang membuatkan saya tersentuh apabila menonton filem ini kerana membabitkan dan ada persamaan dengan kisah peribadi saya. Tapi yang tu biarlah rahsia. Sebab itulah saya rasa sangat dekat dengan filem ini.

Paling istimewa, si bapa, Charlie (Hugh Jackman) dan anaknya Max (Dakota Goyo) berjaya dipersatukan oleh se'orang' robot selepas mereka diberi peluang untuk meluangkan masa bersama-sama dalam satu tempoh. Bila sudah masing-masing menyelami serta mengenali hati sebenar, akhirnya bangkit perasaan kasih sayang. Yerlah, air dicincang tak akan putus, kan? Angguk jerlah.

Secara peribadinya, itulah pendapat saya selepas menghayati filem ini regardless aksi2 lawan robot sampah (Atom) dorang tu, dan kehebatan Charlie sebagai pesara peninju. MANTAP!


 Poster (sumber;Google)


 Charlie.

Max.

Filem ini amat disyorkan kepada semua!!! Kalo orang lain bagi rating 4.5/5, saya bagi 5 star!



No comments: