Apex Ke Modelling

Menginjak ke fasa bekerjaya dan kedewasaan, banyak perkara yang perlu dititik beratkan termasuklah penampilan diri lebih-lebih lagi kalau tergolong dalam kelompok bidang yang diceburi sekarang. Namun, kalau bukan terpijak di industri ini, pasti saja masih memberi perhatian kepada aspek ini. Budaya berfesyen adalah warisan turun-temurun dan pasti ada saja yang unik tentang sesuatu fesyen.

Saya baru saja beli keluaran terbaru majalah GLAM yang menampilkan Khairul Fahmi aka Apex sebagai cover. Bukan sebab itu saya membeli GLAM, tapi memang setiap bulan dah jadi kewajiban untuk memiliki naskah ini. Terima kasih kepada syarikat penerbitan kerana wujudkan edisi untuk lelaki, cukup memberi berita baik kepada pria-pria seperti saya dan yang di luar sana.

Saya memang seorang pembeli tegar majalah. Daripada majalah, banyak benda yang boleh dijadikan panduan sekiranya ingin meningkatkan pengetahuan, penampilan, kesihatan, dan sebagainya. Empat majalah yang jadi keutamaan saya untuk dibeli setiap bulan termasuklah GLAM, Men's Folio, Men's Health dan August Man. Sebenarnya majalah-majalah yang dijual kat rak-rak kedai buku tu semuanya bagus.Cumanya, saya secara peribadinya sudah setia dengan yang empat ini. Terpulanglah, ikut instinct dan trust masing-masing.

Berbalik kepada isu penampilan, bagi saya perkara ini sangat asas, namun tidak semua menyedari kepentingan berfesyen. Ia tidak semestinya sesuatu yang menonjol, cukuplah sekadar nampak segak, bersih, sedap mata memandang dan paling penting, sesuai dengan persekitaran. Sebab, balik kepada pangkalnya, penilaian kepada seseorang itu adalah pada personalitinya. Namun, tidak salah bukan?

Ramai juga beranggapan kalau nak kelihatan gah, kenalah beli barangan yang berjenama dan mahal. Sebenarnya itu terpulang, kalau inginkan cara begitu, tengok juga kemampuan, mampu ke tidak. Syukurlah dengan pendapatan sekarang, dapat juga merasa barangan yang berharga dalam ratusan. Sekurang-kurangnya, nampaklah juga apa yang dibeli dengan wang titik peluh sendiri. Tidak lama lagi, saya bercadang akan mula membuat post bagaimana saya berfesyen ke mana-mana majlis. Keinginan ni memang dah lama, tapi material belum cukup lagi. Kamera belum beli. ;p

Jadi, buat jejaka yang ingin tampil bergaya di luar sana, mulakan misi anda dengan membeli majalah/melayari web berkaitan dan jangan segan untuk bereksperimen (sentiasa belajar daripada kesilapan) kerana penampilan tu penting bro. Ahahaha. Saya suka dengan kata-kata Apex dalam GLAM, "Kehidupan saya sudah berubah 360 darjah. Bukanlah secara keseluruhannya. Cuma mungkin kini orang dah mula kenal saya. Sekarang saya sudah tahu menjaga penampilan, biarlah sedap mata memandang."

Saya tinggalkan anda dengan cover GLAM si Apex.


Belilah, kot-kot berkenan pasni untuk dibuat panduan. Dan jangan lupa, belajar bergaya dan jaga penampilan ;).

2 comments:

saveqmm said...

ehh betul ka khairul fahmi tu..hahaha

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

wahh dah jadi model..

btw.. nice meeting you at KLIS and at the wrap party at cuba last night.. =)me and martias appreciate it soo much