UNIQLO : Dari Tokyo ke KL

Pagi tadi sebelum pegi esaimen, saya singgah sebentar ke KLCC dengan niat semata-mata untuk bersarapan. Sesampainya di situ, saya cuba mengingati lokasi MCD coz kat situ jerla tempat yang mampu nak brekfas. Tatkala melilau, tiba-tiba ternampak satu queue yang panjang kat satu kedai, yang pasti baru buka. Oooo... Uniqlo! Memang ramai, tapi ada apa kejadian?!

So, saya pun mendapatkan serta bertanya kepada seorang staf yang leka memberi katalog kepada pelanggan2 yang nampaknya tak sabar2 nak masuk dalam tuh. Siap ada giliran lagi tau. Maklumlah, masing-masing taknak 'miss the opportunity'! Rupa-rupanya, hari ini ada jualan murah sempena penbukaan outlet baru Uniqlo kat KLCC. Yang saya tahu, kat Fahrenheit jer ada kedai tuh sebelom nih. Tak sangka pula sampai begitu sekali sambutan jenama ini kat Malaysia. Well, thumbs up la!

Sejarahnya, Uniqlo punya pengasas nih adalah seorang jutawan Jepun yang pernah tersenarai dalam antara jutawan terkaya dalam majalah Forbes bernama Tadashi Yanai. Konsep adalah moden dan ringkas, menerapkan elemen santai dengan material yang sangat selesa serta yang penting, harganya berpatutan.

Dalam fikiran saya sudah terbayang untuk membeli dompet baru memandangkan dompet lama suda rabak. Saya mengambil keputusan untuk menyertai ratusan manusia dalam kedai tu, namun hampa, dorang tak jual wallet. Dengan rasa agak kecewa, saya terus kluar dan beralih ke bahagian luar di mana setup untuk Grand Opening yang berlangsung semalam dibuat. Sayang sekali tak dapat menyaksikan pertunjukan semalam. Tengok ulang tayang jerlah. Yang bestnya, selebriti2 popular yang jadi model runway dorang seperti Stacy AF, Noh Hujan, Alex Yoong, Ella, Datuk Sheikh Muzaffar, Yasmin Hani dan sebagainya. Cambest!

Ok, jom tengok shot2 yang sempat diambil ;

Katalog jualan murah.

 Pentas runway.

 Teka sapa kat skrin tu.

 Ulang tayang pertunjukan fesyen hari sebelumnya.

Wahhh....tengoklah barisan tuh

 Ramai kan!

 Cukup berbaloi untuk kepuasan berfesyen.

Berebut-rebut!

 Demi jualan murah!

Begitulah dia penangan jenama Uniqlo yang diilhamkan dari Jepun kota fesyen ini. Kalo nak info lanjut, silala jenguk web Uniqlo Malaysia nih.


Selain pakaian, terdapat juga aksesori yang dijual seperti kacamata, tali pinggang, dan lain2. Tapi wallet bila lagi? Hehe.

So kepada pencinta2 fesyen, silalah akses ke Uniqlo.

No comments: