Apa Itu 'Candat'?

Huhu. Lama menghilang. Hidup makin berbeban untuk pengetahuan semua. Yang penting muka dan tangan saya sunburn gila pada ketika ini. Sebab? Haritu saya ke Kuala Terengganu(buat pertama kali) untuk memenuhi bangku2 dalam bas rombongan kompeni. 5 hari ok.

Malas nak bebel berjela-jela, rumusannya, trip kali ini hambar ok. Kenapa? Itineri aktiviti sangatlah terlebih kurang padat dan kebanyakkan masa dimusnahkan dengan pergerakan2 yang tidak mencetus adrenalin. Huhu. Makin metafora pula bahasa saya nih kan. Dang!

Well, trip nih sebenarnya untuk aktiviti candat sotong. Candat sotong? Ok, layankan coz ni kali pertama terlibat dengan aktiviti macam nih. Cabarannya, setiap bot diminta untuk ke laut yang sejauh 30 batu nautika untuk cuba mencandat seberapa banyak sotong setakat yang terdayala. Alkisahnya, kami yang berfungsi sebagai urusetia ini tidak ketinggalan untuk turut merasai pengalaman itu.

Awalnya, ramai yang beria-ria bagai nak rak tak sabar ke tengah laut. Macam2 jugala iktihar yang dilakukan terutamanya menelan ubat penenang/mabuk laut. Namun, akhirnya ramai yang tumpas bila sampai ke destinasi. Gila doh! Memang pening nak mampos. Tapi, bukan nak banggala, saya yang tak telan ubat mabuk laut, sayala antara yang berjaya mengharungi ke'tewas'an itu. Yang negatifnya, takder seekor sotong pun berminat nak sangkut kat saya! Cis, bedebah!

Kepada yang memandang rendah pekerjaan nelayan, jangan sekali-kali. Kesabaran yang dorang ader, korang ader? Aku pun takder. Memang terbaiklah sapa yang jadi nelayan coz nak menunggu dapat hasil tangkapan tu, hanya Tuhan saja yang tau azab penantian.

Dari segi penginapan, Permai Inn memang tiptop lah! Thanks bosses! Lain kali bagi lagi trip2 maciam ini. Walapun muka da macam timor leste, but gembira sangat dapat timba pengalaman seperti ini.

No comments: