Maaf, Saya Perlu Kejam.

Mendengar tajuk entri, jangan pula ada yang berpandangan sinis. Sebenarnya, saya perlu berkongsi pasal satu permasalahan yang mungkin menimbulkan ketidaksenangan beberapa pihak, namun saya perlu bijaksana kali ini dan bertindak matang demi konsekuensi di masa hadapan.

Saya kini tersepit antara menjaga hati atau berhadapan risiko kehilangan sumber periuk nasi. Dan sejujurnya, saya mau menyelamatkan kedua-dua aspek ini, tapi tidak mungkin perkara itu dapat dilaksanakan serentak kali ini. Jadi, sebelum melontar kata-kata, saya susun 10 jari meminta maaf andai entri ini mengguris.

Andainya kamu tahu, sekarang ini saya terperangkap dalam satu fasa yang begitu mahahebat tahap kesukarannya. Sangat menyeksakan kerana perlu berkorban banyak perkara. Masa, wang, orang tersayang, etc kerana saya perlu terlebih dahulu mencapai satu platform di mana pada saat itu, saya boleh menghela nafas 'selesa'. Namun, semua itu baru hendak bermula.

Perlu diingatkan, saya tidak pernah bersetuju untuk percutian itu. You left me no choices. Saya tidak ingin membentak kerana saya bertanggapan saya boleh pergi atau akan menolak untuk pergi. Macam the normal trip. But its ended up more complicated as I expected.

Situasinya sekarang, selain kekangan imigresen yang secara terang, saya tidak boleh keluar dari negara ini, ada isu lagi gajah, iaitu kerjaya. Sebagai pekerja yang baru, saya perlu, aik, WAJIB tunjukkan kesungguhan serta tanggungjawab yang tinggi terhadap kerja saya. Sudah2lah membuat kesilapan seperti di masa lampau. Perlu ditegaskan, kerjaya terpaksa saya letakkan sebagai nombor SATU sekarang.

Minta maaf, saya perlu 'kejam'. Kejam saya kali ini bertempat. Moga anda faham.

"Please all and you please none."


6 comments:

MyGamanBorNeo said...

Kerjaya vs perkara lain = kerjaya selalu menang :) ya la, sbb itu la sumber pdptn tiap bulan.

Georgie Joseph said...

gaman: nda mau sudah ba ulang kesilapan lalu.banyak suda sa korbankan utk fight for this job.so nda mau kasi lepas senang2 suda.

Fadzmie Mohamad said...

Kerjaya la patut dikasi duluan. Sebab kerjaya yang bagi kita duit, bukan orang lain. Kan?

# dari sabahan, untuk sabahan #

Georgie Joseph said...

fadzmie: SE-TU-JUUUUUUU!

saveqmm said...

kita yang masih muda ni perlu utamakan kerjaya..yang len fikir bel;akang..ehehhe

Georgie Joseph said...

saveqmm: yaa, bersusa-susa dahulu, bernjoi njoi kemudian kann! :)