Membalas Dendam!!!

Sedar tak sedar, sudah masuk bulan ke tujuh tahun nih. Kalau diulang kaji segala peristiwa2 yang berlaku sejak awal tahun nih, berlembar juga nak bentang, phewww! Semua bercampur, daripada kisah kehilangan kerja, kemudian mendapat tawaran, tapi terpaksa bertarung dengan bersungguh-sungguh selama tiga bulan demi menempah satu ruang, meninggalkan yang tersayang di kampung halaman, mendapat dan dilupakan kawan, dan macam-macam lagi.

Komen saya, walaupun saya bukanlah seorang insan yang paling rajin, terbaik dalam segala hal dan sangat cerdik dalam pergaulan, tapi satu yang saya cukup bangga, saya sudah pergi sejauh ini, menepis segala cabaran dan halangan. Kekuatan yang tidak pernah saya berikan selama ini, akhirnya, terlaksana. Yang penting, motivasi diri tuh, itulah dia senjata bekalan setiap hari.

Sekarang, kerja sudah ada. Jaminan pun, syukur, sudah dimiliki. Masa untuk membalas dendam. Janjinya di awal tahun, tahun ini adalah tahun untuk menyimpan duit, tahun untuk berkerja-keras, tahun untuk mengorek kekuatan yang tersembunyi dalam diri, tahun untuk mencabar ketahanan mental, dan tahun untuk membuktikan sesuatu kepada semua.

Saya akui, agak terlambat juga menyedari semua itu pada usia 25 tahun ini, namun, hakikatnya, segala yang dirancang tidak selalu berjalan lancar. Rezeki manusia tiada siapa yang menduga. Biarpun teman2 lain sudah agak ke hadapan, tidak mustahil saya masih mampu berlumba untuk mengejar dan berjaya seperti mereka, sekurang-kurangnya.

Jadi titik mulanya di sini, apa yang pasti, usaha dan kesungguhan perlu dipamerkan dengan seikhlas-ikhlasnya. Sudahpun kerjaya idaman, jadi, apa alasan untuk tidak all out! Mode sekarang ni adalah, sangat teruja ok. Enthusiasm tuh tak payah nak gambarkan. Infiniti!

Banyak benda nak settle nih. PTPTN, kereta, bil2, hutang2, sewa2, erk, macam2! Tak mau fening2 dah pasnih. Nak settle cecepat! At least, bila dah surut sakit kepala tuh nanti, boleh fikir pasal next plan dah. Vacation maybe?! :) TIDAK SABARRR!

Well, last but not the least, Hello July!!!!


2 comments:

Baha Andes said...

tawakan dan berdoa....

Georgie Joseph said...

iyaaaa.will do!tq banget bro.