RIP Harry Potter

Ouch! Jangan nanges dulu. Radcliffe masih bernafas, masih sehat sejahtera, masih bisa menikmati keenakan kopi Starbucks *gulpgulpgulp* heeeee.

Sekuel yang dinanti-nanti akhirnya di pawagam. Serius, memang lama juga menunggu. Sejak sekuel part 1 tidak lama dulu, lepas tu dah xsabar-sabar nak tau kesudahan Harry Potter yang jadi kegilaan nih. Walaupun saya bukan peminat setia, banyak gak sekual yang saya missed, tapi nak gak sibuk2 nak tau ending. Kikiki.

Panggung pilihan semalam, TGV KLCC. Mulanya, niat nak pegi survey kot2 ada baju ker sluar yang saya berkenan. Maklumlah, sekarang nih sales macam durian runtuh. Tetibe member pulak ajak tengok muvee padahal dia kerja. *geleng3* Tuh yang terbabas, terus pergi mencelah kat barisan nak beli tiket. Nasib baiklah, pekerja wayang tuh buka barisan kat express lane. Apalagi, 'lipas kudung' lah ke barisan tuh.

Pendek kata, antara benda yang saya suka dengan HP final nih ;

1. Jalan cerita tidak tempang. Ertinya, ada kesinambungan antara babak ke babak.
2. Loghat British dorang sangat menguji ketajaman pendengaran saya coz slalu dengar English US jer.hehe
3. Penumpuan lokasi kembali ke skolah Hogwarts dorang, yang mana tidak kusut sangat seperti sekuel satu, asyik pindah2 tempat jer.
4. Banyak sihir yang dipelajari seperti 'Imperio' bermaksud untuk menundukkan sesorang agar patuh kepada perintah. *besh nih nak spell kat manusia yang perasaan bagus*
5. Part suspen yang HP kononnya dah mati tuh.
6. Semangat kawan2 HP yang sanggup bergadai nyawa nak melindungi dia.
7. Babak selepas 19 tahun tuh, sweet gila tengok bila masing2 dah ada family. Anak2 kiut2 belaka.

Sayang sekali, tak tengok dalam mode 3D. Member kata fening kalo tengok 3D. Hehehe.

So, tamatlah sudah riwayat Harry Potter The Movie. Terima kasih kepada penulisnya JK Rowling kerana menerbitkan sekuel yang betul2 bagi impak bukan di Malaysia, malah di segala ceruk dunia. (macamlah dia baca entri nih kan?hahaha)

2 comments:

Fadzmie said...

Ada kawan saya menangis oh masa tengok ni HP. Saya pun tida tau kenapa. LOL.

Georgie J said...

hahaha.misti part yang HP mati tuh.lol.