Kepulangan Si Ratu

Ratu yang dimaksudkan bukan Queen Elizabeth k.sekian..........eh, baru nak start la.

Semalam, buat pertama kali menonton konsert mingguan AF9 di studio 1. Set memang kecil, biasa2 ja macam yang penonton bleh tgk kat tv lah. Hehehe. Nasib dapat seat kat media. Walaupun kat nun di ceruk sana.

Actually, temankan rakan sekerja pegi cover konsert tuh. Plus, kepingin nak rasa sendiri suasana dalam tuh coz kalo tengok kat tv memang lain daripada kat set sebenar. Sound system memang clear, terbaik! Hehe. Yang best lagi, seorang kawan lama datang dari Sabah, nak bagi sokongan katanya. Mandy Nandu, nice to meet you!

Ok, and the concert began. Kay, best! Pembukaan yang kiranya melatupla. Then turn Miza. Sorryla, it's not good at all. Lagu Sofea Jane tak sesuai kak. Pastu, ni secara rambang jerlah yer, Lena menyengat tapi masih dibayangi Ella, Afif not bad, Aida biasa-biasa jer, Amir agak mengecewakan, Erul pun bolehla, antara vokal terbaik, Raqib bagus tapi lagu mendatar, Azri yang terkuat semalam dan Nera, saya kenal dia tahun lepas ketika dia sertai few pageants kat Sabah.

Perhatian, ini bukan didorong emosi atau bias, tapi semalam Nera memang telah 'kembali' dan berjaya membuktikan bahawa ada sebab beliau dipilih masuk AF9. Saya pernah beberapa kali tengok dia nyanyi, of course dia still baru dalam nyanyian, ada momen2 yang ok-ok jer, tapi dia pernah mengagumkan penonton termasuk saya dalam satu pertandingan di Sabah.

Saya bukan fanatik Nera, cuma saya sangat tidak setuju dengan komen2 yang diberikan pengkritik dalam konsert semalam. Ogy, terus-terang, memang didorong emosi dan tidak optimis dalam menerima sesuatu yang positif diberikan oleh para pelajar. Memangla mulut dia lancang, but terbukti semalam kelancangannya tidak bertempat! Simon Cowell wanna be ker? Uh-uh!

Fly Me To The Moon antara lagu kegemaran saya, dan big2 thanks to Nera! Anda menyanyikan lagu itu dengan sangat menghiburkan sekali. Semestinya, ingin melihat lebih lagi pada minggu2 mendatang.

 Nera di konsert ke-3.(gambar dari FB AF9)

So, kepada sesiapa yang miss, jom layan Nera AF9!


No comments: