Filem Malaysia?!!Oh...please!

Sejujurnya, saya sukar menerima kehadiran filem2 baru terutama arahan pengarah2 lokal yang slalu 'menipu' audiens dengan trailer yang cambest tapi, penghujungnya, jalan cerita yang sama, tiada kelainan, sinematografi pun biasa-biasa, dan yang tidak berbaloi pun untuk ditonton. Membazir tau...

Bukan hendak mengata, tapi hampir semua pengarah di Malaysia masih berada di kepompong selesa dan sering membuat sesuatu filem berdasarkan mentaliti yang sempit, paling ketara, tidak nampak pun usaha mereka cuba mengambil risiko untuk pergi meronda di sisi lain dunia, mencari ilham untuk dijadikan panduan dalam menghasilkan sesuatu yang boleh membuka mata.

Penonton suda maju malah tidak lagi buta seperti dulu, penonton sudah bijak dan boleh menilai mana yang best, sederhana dan kesian kepada yang terkena tempias, kalo da memang tahap longkang, longkangla filem itu.

Namun, saya akui saya tidak boleh menidakkan kemunculan satu filem ini. filem yang diangkat selepas mencetus fenomena dan meraih 19 juta penonton sepanjang sirinya ditayangkan di TV3. Usah berteka-teki, filem yang diarahkan oleh seorang pengarah yang mungkin tidak  keterlaluan saya kata, hebat! Kabir Bhatia. Dan filemnya, Nur Kasih The Movie.

Saya menonton Nur Kasih bukan kerana pengaruh orang lain, malah sejak episod satu, saya suda terpikat dengan jalan ceritanya. Mula2 tu memang terfikir cerita ni tipikal keagamaan, tetapi saya salah. Episod demi episod semakin mengundang satu perasaan ketagih. Bukan apa, setiap kali mesti ada sesuatu yang di luar sangkaan.

Kepada hardcore2 NKTM macam saya, jom serang panggung 19 Mei nih. Tidak salah kan kalau kita menyumbang kepada filem yang 'berkualiti'! Hehehe.

Jika anda lupa pada siri ini, saksikan trailer ini ;


Untuk sinopsis dan senarai pelakon, klik NUR KASIH THE MOVIE FB.

Wayang kita, wajah kita.

2 comments:

Anonymous said...

masa drama dia tgh hot, saya sempat tengok 2 episod terakhir ja. so tak terasa sangat impaknya. but khabir bhatia is very talented. i believe this movie will be a hit next week

Angelina said...

OMG! I anticipate this movie too! I watched the series and they were great. Ada ulangan kan tu di tv3 skrg. Sa tengok balik, ok. lol