Saya Seorang Dusun

Dusun apa paling best? Jawab dalam hati. Bukan terarah untuk berbicara mengenai dusun pelam k.

Mungkin saya belum bagitau korang yang saya ni lahir daripada etnik Dusun. Ya, Dusun. Dan yang paling penting saya masih berpegang teguh kepada kebudayaan saya. Yang pastinya, saya bangga jadi Dusun.

Kesinambungan daripada cerita ini, Sabtu lalu saya turut menyertai kemeriahan Pesta Kaamatan aka Menuai peringkat Kuala Lumpur. Ini merupakan sambutan yang kali ke-16 dan saya sungguh berbesar hati dapat bertemu dan berkumpul dengan sahabat handai serta saudara seperantauan dalam majlis kali ini.

Kaamatan merupakan acara kemuncak bagi kaum Kadazan Dusun Murut di Sabah. Sesapa yang ambil port pasal apa yang berlaku di Sabah, memang tahu punyala. Keramaian ini adalah sempena meraikan berakhirnya musim menuai padi dan dirayakan pada 31 Mei, setiap tahun.

Tahun lepas raikan di KK, tahun nih raikan di KL suda. Huhuhu. Sinopsisnya, seperti biasa, saya ke acara ini secara solo. Ada gak ajak memember tapi masing2 sudah ada agenda sendiri. Yang penting acara dijadualkan bermula pada jam 12, tapi lengang jer masa saya sampai. Ok, tanak komplen coz biasala, Malaysian time. Kikikiki.

Acara bermula, ada gimik, ada persembahan menari, nyanyian, ucapan yang sumpah boring gilar, dan slot yang ditunggu-tunggu, Unduk Ngadau atau Ratu Cantik!!! Hehehe. Sejujurnya, expektasi tinggi juga nak tengok sama ada calon2 kali ini sengit atau tidak, dan tinggal harapan. Bolehlah. Tapi saya setujulah juara yang dipilih juri. Memang layak....Jom tengok pemenangnya ;

Pemenang : Laura Simon, berasal dari Kuala Penyu, Sabah.

Secara keseluruhannya, sambutan kali ini tidaklah semeriah mana. Tapi bangga gak coz bukan sahaja orang Sabah, pelancong pun turut bersama menyaksikan acara ini.

Jom lihat sapa yang saya jumpa!

 Kawan baik, Tuan Puteri. Stylo kan~

Nih si Fanzi, penyanyi yang hebat! :)

Kelakar gak tengok gelagat2 penonton2 yang hadir. Siap ada sesi sumazau beramai-ramai. Memang meriah. Pastu ada jualan makanan2 tradisi lagi, tidak ketinggalan tapai! Hehe.

Tak tau nak bebel apa dah. Hihi. Till then....

KOTOBIAN TADAU TAGAYO DO KAAMATAN!!!

8 comments:

Fanzi Ruji said...

Haha. Basi sudah saya sana. Dari tengahari di backstage. Thanks Georgie.

Zurina J. said...

Saya bajau! Saya pun bangga jd bajau..lalala.

Alamak! punya siuk ko sana...:D

Georgie J said...

fanz : macam tulaitu kalo artis.hahaha!

zurina : true!nda kiash apapun bangsa kita, jgn lupa diri. :)

~NiZa Maksit~ said...

selamat mnymbut ari kaamatan! ^_^
sy half dusun, bngga juga jd dusun ni.last week pn sy tngk unduk jga..lawa2 lalalala ^_^

Angelina said...

Saya pun Dusun :)

(xmo ketinggalan)

Georgie J said...

hehe.bagus2 nieza!tapi di sabah jugala manang kalo kaamatan!baaaa...kasi post gmbr sumandak2 lawa nnt ar! ;p

.dida mumin♥ said...

Saya pn mo interframe!
proud to be dusun jg!!!!

Zezebel said...

Saya dusun yang tersesat sini Klang..huhu...