Jangan Hina Jamu Mak Dara!

Hi. Jumpa lagi. Rindu? Arhh...janganlah, nanti saya blushing.hahaha.

Kata orang, selalunya benda yang kita tak plan, itulah yang surprising. Semalam, sewaktu saya baru nak melangkahkan kaki meninggalkan opis, tiba-tiba bertembung pla dengan seorang former deskmate di hiburan. Sepantas kilat, dia offer saya sesuatu yang saya tidak sangka saya akan dapat secara free! Whoaaa!

Menurutlah diri ini, ke sebuah tempat baru yang ternyata saya tak tahu kewujudannya sebelum ini. Hehe. Welcome to MaTiC KL (Jalan Ampang, depan Saloma Bistro)! Untuk apa? Menonton dan menjamu mata dengan teater Mak Dara Nyonya. Apakah?

Sudah lama rasanya tidak menonton sebaran persembahan pentas esp teater. Nasib baiklah teman saya tu seorang yang berpengaruh juga. So, dapatlah merasa sit yang 'ideal' sepanjang show tuh. Yang penting, tengah enjoy2 menikmati persembahan di pentas, tiba-tiba ketika sedang melilau, terpandang pulak kelibat Datuk Siti. Waaaaaa! Dia duduk satu barisan ngan kitorang laa. Hahaha. *banggasekejap* :)

Mulanya, ingatkan teater ini sekadar cerita yang direka semata-mata. Memang indah, walaupun elemen serta intipatinya bersederhana, tapi konsep humor realistik yang ditonjolkan benar-benar membuai dan seringkali bertukar kepada gelak ketawa serta tepukan daripada kami, penonton. Saya paling suka part yang mengangkat bahasa Indonesia sebagai bahasa perantaraan. Watak Sherry Abdullah sebagai Nyonya, boleh kata cemerlang, dengan penyebutan Indonesianya yang sempurna, tertipu juga saya, ingatkan dia memang dimport khas dari Indonesia. Sangat kelakar ok. Tagline dia dalam part tuh, "ekkoorrrnyaa.....eehhh". Hahaha.


Penampilan artis-artis terkenal termasuklah Fara Fauzana, Sarimah Ibrahim, Misha Omar, dan Norzizi Zulkifli juga cukup bikin panas punggung. Boleh kata masing-masing ada karakter kuatlah dalam lakonan. Kalo c Misha, suka bershuffle, si Sarimah, trip2 Geisha berangan, pastu Norzizi pula, jangan cakaplah, KETAWA KETAWA KETAWA. Salut tabik sama lu kakak! Buat Fara, ko mimang hebatlah, nda sangka walaupun ko mengiau-ngiau, tapi jajal jugak pula ko ni ar! :)


3 wanita tamak haloba!nak duittt jer....


si kucing dapur dan suaminya yang sukakan wanita XXL.

Memang tak kering gusi!!!

Tapi di sebalik humor2 semua tuh, sebenarnya cerita ini tribute kepada seorang pengasas produk kecantikan Jamu Mak Dara. Lakon Juhara Ayub, paling tip top kerana betul2 berjaya menyentuh hati penonton. Ada time dia buat lawak, ada time dia betul2 menangis. Rupanya sebelum Puan Limah (Pengasas Jamu Mak Dara) berjaya dalam perniagaan jamunya, pelbagai peristiwa pahit pernah dia lalui. Paling touching, babak dia nak bunuh diri dengan mencampurkan racun dalam nasi. Huhu. Never thought about that. Begitu kritikalnya penderitaan Limah pada saat itu kan.

Juhara beremosi menyelami watak Limah.
(pic credit to atengbest.blogspot.com)

Sangat best! Thanks kepada teman saya Murshid coz ajak saya pegi tengok teater nih! Kalau pegi tengok sendiri, da melayang RM80. Kikiki. Rugilah sapa yang tak sempat tengok, coz semalam tu last show.

So, kepada yang sinis di luar sana, Jamu Mak Dara nih (walaupun saya tak pakai) adalah satu lambang kejayaan kepada perjuangan seorang insan yang tidak mengenal putus asa. Salut tabik to ;


Semoga rezeki makin bertambah dan you're such an inspiration!

2 comments:

Fadzmie said...

Orang yang pesimis sama Jamu Mak Dara ni memang sah-sah orang yang nda faham apa tu bisnes. Kan?

Georgie J said...

hehe.it's ok mau pesimis sama bussiness mcm nih, coz ramai jugak bisnes yg menipu.tapi don't simply judge lah kalo blom tau di sebalik cerita sebenar.