Matimu Legenda

Beliau sangat unik, sangat berbeza dan beliau mencipta fenomena kepada industri muzik dengan muncul memperjuangkan sesuatu yang impaknya sehingga sekarang masih bersarang di hati peminatnya. Sejujurnya, saya langsung tidak pernah melihat sisi negatif kehidupan peribadi beliau kerana saya dibutakan oleh bakat serta magis muzik yang diperjuangkannya. Genius, memang genius sekali, pertama saya mendengar lagu Rehab, langsung jatuh cinta dengan vokalnya. Luar biasa ohkay!

Bermodalkan sebuah album, namanya terus meletus, lagu2nya mendaki carta2 lagu popular, siap menang banyak award kat Grammy lagi! Walaupun kegemilangannya pada ketika itu mendapat kritikan keras mahupun sinis daripada pihak2 yang tidak menyenanginya, beliau tidak terkacau sejentik pun malah makin rancak berkarya.

Tidak dinafikan, ramai sesangat yang benci gila babi kat penyanyi ini, yelar, bagi dorang orang ketagih dadah adalah orang yang hina, ketagih alkohol pun hina juga, segala-gala pasal dia nih hina durjana lah, tapi di sebalik semua tohmahan serta rasa benci itu, Amy adalah anak kesayangan dalam keluarga, menjadi kesayangan para sahabatnya, ahli muzik yang lain. Biasanya, anak yang jahat disisih keluarga, tapi sejahat-jahat Amy, dia malah disayangi keluarga, sebabnya? Fikir2kanlah. Kat luar tuh, sebaik-baik alam pun seseorang itu, kalau keluarga langsung tak peduli? Useless!

Orang kata, legend selalunya akan pergi awal. Dan sememangnya Amy Winehouse adalah legend. Kehilangan beliau cukup dirasai khasnya kepada insan2 yang menghargai karya agungnya. Sejujurnya, saya sangat2 belum puas untuk mendengar serta merasai hasil tangan beliau. Memang tergamam, terkejut apabila mendapat tau melalui Twitter pasal kematian beliau pada 23 Julai lalu. Ingatkan rumours semata-mata coz taulah ramai yang tak suka dia kan. Huhu. Pasrah.

Amy, apa2pun bersemadilah kau aman di sana. We miss you....

Akan sentiasa mengingatimu terutama menerusi lagu ini;


Legendary shots.....




Rambut serta celak beliau, memang trendsetter lah Amy nih. Thanks for sharing to world such remarkable things regardless your magnificient songs list.

+ REST IN PEACE +