Hari Yang Tidak Berkhasiat

Burp!!!

Jumaat yang paling saya rasa menyampah! Selalunya Jumaatlah hari2 yang ditunggu-tunggu, yang konpem bikin adrenalin untuk senyum deras mengalir. Hahaha. Tapi harini macam lain lah. Rasa macam bersalah pun ada. Boleh? Hahaha lagi.

Ceritanya begini, sejak akhir2 nih selalu jer skip breakfast lalu ter'drag'lah hingga ke brunch. Huhuhu. Bukan apa, sekarang nih bangun jer tidor, ingat nak siap cepat pegi keja jer. So terganggulah skit fokus nak mengisi perut tuh. Hehehe. Sedar2 jer, da panas terik, waktu lunch pun menjelma. Alamatnya, BRUNCH!!! Tau, tau, memang bukan gaya hidup yang sihat kan!

Tadi siang, habis jer menunaikan tanggungjawab cari story, saya yang sejak semalam kepingin gilak nak melantak KFC cepat2 bagi alasan nak blah dari tempat tu. Apa taknya, fotograper tuh datang lambat, pastu siap sembang2 minum dua teguk ribena lagi. Fuhh! Malas nak join the perbualan, saya pun cepat2 minta diri. Kalau tak, mati kataklah nak dengar perbualan tak berinti dorang tu. Opps!

So, alang2 da one way pegi opis, saya pun drop by lah kat KL Sentral. Tujuan? Pergi melempiaskan 'hajat' nak meratah KFC. Snack Plate sudahhh. Makanla puas2. Rasa heaven siuuuut!

Pastu, da smpi opis, dapat pula SMS dari bff kata nak belanja pizza. Hehe. Memang awal2 lagi dah janji nak jumpa dia. So, kitorg decide jumpa kat Pizza Hut KLCC. Apa lagi, terus ekspress siapkan stori. Sampai kat sana, nah, dahlah order banyak, tak habis pun. Memang kenyang, siap tapau balik. Kat rumah, rasa macam nak muntah.

Ish...ish...ish! Jangan contohi saya! Ingat sikit kita nih orang Timur. Kena makan nasik. Kot2 lain kali 'tercampak' ke Barat, naya nak mencari makanan Malaysia kan! ;p

Tapi yang tak tahan, waktu otw dalam STAR LRT nak pulang, ada sorang minah nih, Hindi rasanya, sembang kat tepon bagai nak rak. Sengaja cakap sekuat-kuat alam bagi orang lain dengar. Mula2 biarkan jer. Normal rasanya. Tapi bila dah habis perbualan, dia pasang pula loudspeaker lagu Hindustan sambil ikut nyanyi. Tatau nak explain betapa rimasnya hati telinga dan otak melihat gelagat dia. Oleh kerana dah tak tahan, saya pun menegur dia dengan sarkastiknya, "Why don't you dance for us as well?". Tapi tak terluah lah, dalam hati jer. Haha. Cis dah keluar topik.

Well, kesimpulannya, elak2kanlah makan makanan tidak berkhasiat serentak dalam sehari. Tak baik untuk kulit, tak baik untuk kesihatan, dan yang paling penting, tak baik untuk poket! Ingat!

Oh sebelum terlupa, ringan2kan tangan untuk mengklik link2 di bawah. Plisss pliss kacang pis. Hehe.

WIN SAMSUNG GALAXY S 2 NOW!!!
MEET GAGA IN PERSONAL PRIVATELY!!!

Trimas in advance!

2 comments:

Fadzmie said...

Alamak ging. Kenapa ko nda cakap betul-betul sama tu perempuan? Kalau saya, memang jari tengah saya bagi sama dia masa tu juga. Panas.

# macam mana nak handle a self-centered person #

Georgie J said...

haish.itulah.tapi sa control2 sak dulu.nnt anything bad happens pula.nasib dia turun awal.hehehe.