Ingin Bertemunya

Ingat tak soalan dulu2 kalo masih dalam proses nak berkenalan tuh? Macam2 soalan basic2 kluar kan macam apa makanan kesukaan, warna kesukaan, hobi, tarikh lahir dan yang sewaktu dengannya lah. Oldskool! Hehehe. Tapi kalau saya kena tanya soalan "siapa penyanyi kegemaran", lantas saya jawab, Adele. Tidak familiar? Tidak apa.

Sebenarnya dah lama sangat minat kat minah chubby nih. Sejak dengar lagu "Chasing Pavement", terus saja jatuh cinta sama suaranya. Muda sangat lagi dia nih tapi bakat dia, hanya Tuhan saja yang tahu coz DIAlah yang kurniakan anugerah itu. Rasanya tak perlu kot olah2 pasal dia nih, korang boleh check background dia kat web nih ADELE OFFICIAL.

Alkisahnya, tempoh hari saya mendapat off maka saya ambil keputusan pergi mencari baju untuk malam graduasi yang akan berlangsung pada malam esoknya. Serius, takder mood sangat nak soping2 time tuh coz sekarang nih, duit gaji kena devoted untuk saving. Syukur juga tergerak nak rajin kluar pada hari tu sooo baju yang diinginkan, langsai!

Tapi dalam pada soping2 tuh, rasa macam sesuatu tak lengkap. Oya, baru teringat nak beli CD lagu pula. Memang takder lain di fikiran, nak jugak beli album baru Adele, Adele 21. So, berjalanlah ke Lot 10, ader satu kedai CD kat level 2 rasanya (xhengat ;p), dan tanpa ragu2 terus sambar CD tuh. Siap cashier tu tanya lagi, ru Sabahan? Hehe. Masih Sabahan lagi rupanya muka saya nih. ;p

Balik rumah malam tuh, langsung saja on laptop, cucuk earphone, dengar CD tuh. Phewww! Memang tidak sia-sia beli. Lagu-lagu dalam tuh, betul2 diilhamkan khas dari dirinya. Menyentuh dan meresap ke dalam hati lebih2 lagi sambil meneliti liriknya yang indah. Setiap kali masuk dalam kreta, saya pasang CD tuh. Ntah kenapa tidak pernah boring langsung coz mungkin album ini betul2 dihasilkan untuk memberi impak kepada pendengar. Ah-ma-zingggg!!!

Selain John Legend, Adele adalah antara penyanyi yang sangat2 hebat. Tidak hanya pada rakaman semata-mata, tapi pada nyanyian secara langsungnya pun, sudah mampu menaikkan bulu roma. Tidak percaya? Jom layan salah satu persembahan live dia menerusi lagu yang menjadi favret saya dalam album baru nih;


Tidak heran, dia menyapu beberapa anugerah di Grammy Awards.

In case korang tergerak nak beli CD dia, nih lah rupa cover album dia.


Ada 11 lagu kesemuanya dimuatkan dalam album tuh dan 3 versi unplugged.

Last but not the least, beliau sangat menginspirasikan saya untuk terus mengimpikan satu pencapaian dalam bidang nyanyian nanti.

2 comments:

virgo19 said...

sy minat adele sgt10x....hr tu pun sy ada beli cd nya...hr2 dgr ni...so sy pun ada bt review psl lgunya yg close enough to my love experiences...one of my fav adele's song is one and only...thus i dare u to let me b ur one and only knn ah jd title blogpost...hehe huge fan la katakan hehe

damn...she's good...

Georgie J said...

no doubt!almost all tracks in the album boleh dikatakan hasil terbaik pernah saya dengar.huhuhu