Satu Undi Mampu Merubah

Jika diteliti, bermacam perkara secara jujurnya yang negatif melanda negara kita yakni pada saat ini. Silap, dan salah siapa, bukan lagi persoalan, kerana jawapan sudah pasti sentiasa berakhir dengan sesuatu yang di luar jangkaan.

Saya baru saja selesai membaca entri seorang kawan blogger mengenai kes simbah asid yang semakin menjadi-jadi malah sudah menular ke negeri kelahiran saya, Sabah. Sadis dan terkilan, mana hilangnya nilai kewarasan manusia sebagai 'manusia' pada masa ini?

Selang beberapa hari lagi, kita bakal menyambut hari kemenangan Malaysia, hari Kemerdekaan yang ke 54 dan juga Hari Raya Aidilfitri, bagi umat Islam. Istimewa kan? Sangat indah negara ini, penuh warna-warni kerana anugerah Tuhan, kita mampu berdiri hingga ke saat ini di atas tiket perpaduan.

Macam-macam.

Well, saya pun dah plan2 nih nak beli stok baju raya kat Jalan TAR malam raya nanti. Haha. Agak lewat? Yelar, time tu pasti harga jatuh dan dijual murah. ;)

Oklah, sempena menanti untuk bergumbira di penghujung bulan Ogos ini, marilah kita memberi sokong padu kepada seorang anak jati Malaysia yang sedang berjuang di MISS UNIVERSE 2011. Siapa lagi kalau bukan si jelita Deborah Priya Henry. Satu undi mampu merubah nama Malaysia kembali mencanak di persada antarabangsa.

Untuk rujukan kepada sesiapa yang tidak kenal, inilah dia si wakil Malaysia ;




Harapan negara nihhh....

Siapa setuju? Undi! Kalau tak setuju? Undi jugak!!! Malaysia boleh!


Miliki ganjaran sambil menulis.
Manja diri anda sebagai wanita di sini.
Ipad dah ada, jom dapatkan begnya pula!
Mengalami masalah kulit pada wajah? Jom Cuba!
Istimewa Ramadan daripada Hotlink! Rebut!

3 comments:

Fadzmie Mohamad said...

Woah. Boleh tahan juga. Orang mana dia ni ging? Haha.

Georgie Joseph said...

orang KL baini.indian cmpur mat salleh.hehehe.top 15 ba nih dia miss world 2007 dulu.

Yen said...

peranakan ba dia ni kan..