Janji Itu Credit Card

Janji itu ibarat kad kredit. Mudah dan difahami. Kalau tak ngerti tu memang tolollah. Kalo bab nak berjanji, memang senang jer nak ucap. Nak swipe kad kredit beli barang memahal pun, one go jer. Tapi bila da sampai masa nak ditunaikan kedua-dua benda nih, macam nak masuk keranda pun ada. Susahhhh sangat kan.

Kita boleh berjanji apa saja dan kepada sesiapa saja. Janji kepada diri, janji kepada keluarga, janji kepada member, janji kepada bos, janji kepada sang kucing, janji kepada mak cik cleaner. Memang dah termaktub dalam hidup nih, janji tu lumrah. Kadang-kadang memang terlangsai, tapi saya yakin sekali, most of the time, hampeh. Lupa janji kan....

Sepatutnya kita melihat janji itu sebagai satu bebanan yang positif. Contohnya, kepada yang sedang menuntut, berjanjilah bahawa semester nih korang capai pointer 4 flat. Kepada yang bekerja, berusahala mencapai KPI yang bagus. Mana-mana yang bakal berkahwin tuh, jaga2la pemakanan tuh, nanti tak muat pulak baju kahwin. Bajet tuh jangan lari demi menjamin kelancaran majlis nanti. Tengok, berjanji untuk benda2 macam nih adalah sesuatu yang baik.

Kalo jadikan janji itu sebagai bebanan yang menyusahkan, bagi jer contoh senang, berjanji nak kemas rumah ngan cuci baju. Lepas tu tangguh2 sampai at last tak buat. Kan da langgar janji. Perlulah bijak twist benda macam nih supaya jadi benda baik. Jadikanlah keja2 mengemas rumah tu sebagai satu senaman. Kalo2 da boring2, bila da buat kerja tu, kan dah kill the time, at least.

Banyak boleh dihurai pasal janji nih tapi make it simple lah. Jadikan ia disiplin. From disiplin, jadi rutin. Janji nih boleh jadi macam2. Janji nak kurangkan berfacebook, nak tulis entri yang hebat, nak punctual pegi keja, janji nak sehidup semati, janji nak jadi jadi vegetarian, janji mau jimat duit nak beli rumah, daripada yang kecil, sampailah yang mustahil. Itulah kuasa janji.

Well, kad kredit tuh nak tangguh2 bayar pun boleh, tapi still kena bayar. Kalo da xlarat nak bayar, alamat muflislah abang oi. Sama juga konsepnya di situ ngan agenda 'janji' nih. Signifikan kan.

So, apa2pun sebelum berjanji, buatlah perhitungan dan pertimbangan yang terbaik, jangan berjanji kosong tapi habuk pun takda bila dah time nak 'bayar'.

2 comments:

Fanzi Ruji said...

"Mana-mana yang bakal berkahwin tuh, jaga2la pemakanan tuh, nanti tak muat pulak baju kahwin."

LOL.

Georgie Joseph said...

hahaha...pnah dgar penglman pegantin yg tpaksa melupakan hasrat mau pakai baju yg suda kna design.

reason?nda muat!WAKAKAKA