Perasaan Umpama G6

Teruja, saspen, girang, semuanya berbaur sekarang! Sedikit masa lagi, saya akan bergelar seorang jurnalis baru. Arggghh! Masa ini bukan masa nak berangan dapat gaji lahhh! Enjin pun belum start, dah nak feeling2 sampai ke Genting.

"...G6 is a Gulfstream G650 jet..."

Hiperbola di situ tajuk entrinya. Tapi begitulah dia membuak-buaknya satu perasaan terperangkap dalam diri kerdil(memang kerdil pon) ini untuk memulakan kerjaya yang hanya sekadar impian selama ini. Besar, kukuh, membara, cukup menggambarkan betapa semangatnya saya untuk melangkaui fasa alam pekerjaan setelah membabi-buta tanpa kerja selama 2 bulan. Siksanya di situ melalui hari-hari tanpa berbayar ekoran tanggungan yang cukup menuntut sejumlah fulus.

Isnin akan datang, saya tidak lagi berkurung di rumah. Seawal pagi, berjalan ke stesen, menaiki 2 buah lrt, lalu berjalan sedikit ke tempat kerja. Yang paling penting, saya dalam persalinan seorang dewasa yang bekerja. Yay!

Ok, melalut jer post ni tapi saja nak share macamana excitednya saya kerana masa yang dinanti sudahpun tiba. Yeahhh! New job, new environment, new friends, it's just a bliss to think of!

2 comments:

Fanzi Ruji said...

Tahniah!!!! Ko sda kerja. Bolrhlah blanja org blum kerja ni. Hehe.

Georgie J said...

thannxxx!aik, bulih baahhh,tgu dpt pulangan dlu lah amcm?hihi