Melelong Maruah?!!

Setakat ni anda suda berada di tahap mana? Lihat diri-sendiri dan perjalanan yang suda ditempuhi hingga ke saat ini. Pernah terfikir dan terbuat ker perkara-perkara yang menjaja harga diri-sendiri? Oh, bangkitlah! Segera buka mata kerana harga diri itulah yang perlu ditatang hingga ke akhir nafas! Mahukah anda 'pergi' dari dunia dengan berbekalkan nama yang busuk?

Harga diri tidak mengenal darjat. Kalo ko miskin, hina, cacat, jangan pedulikan semua itu. Apa yang perlu ko peduli, maruah diri! Namun senario masa kini, kita berhadapan dengan ragam manusia yang bersifat alpa dan tidak tahu berusaha. Tidak ingin spesifikkan kepada sesiapa, tapi perlukah menjaja maruah diri semata-mata ingin mengejar sesuatu dengan se-ekspress2nya?

Kadang2 kita terpaksa melakukan sesuatu yang di luar landasan bilamana kita terpaksa, atau suda terbiasa dengan cara tersebut. Tapi, back to the basic, lakukanlah semua itu tanpa mengugat kedudukan harga diri dan prinsip yang dipegang selama ini. Berusahala membina sesuatu yang akan mampu dibanggakan suatu hari nanti. Pedulikan apa saja yang orang lain nak cakap, dah mulut dorang kan, asalkan tidak memalit lumpur pada harga diri.

*Artikel terbaik pada tahun ini! 

TETTTT BESAR2!!!

Wakakaka. Imaginasi mengalahkan Alice In The Wonderland! Oklah, kepada yang masih 'menjual' harga diri di luar sana tu, lagu ni amat sesuai untuk anda! Eh, kepada yang ingin berjinak-jinak dan berangan jer nak buat semua tu, ini khas untuk anda juga.


No comments: