Minggu Bulan Muda

Yooo! Lama tak feed blog ni. Pasti ada di luar sana yang rindu2an mau dengar repekan saya kan! FYI, kehilangan saya selama ini tiada kaitan dengan berita2 ghaib yang merepek di sana sini sekarang ok. Saya kini sangatlah busy melayari bahtera yang baru dibina sejak Isnin yang lalu. Hah, mulalah tuh nak salah sangka. Bukan mahligai perkahwinan ok. Bukan nak kata kahwin tu tak baik, tapi ini kira mahligai asas yang kena miliki terlebih dahulu sebelum nak takel seseorang. Uiseh! Iaitu, kerjaya!

Imbas kembali, banyak giler yang saya miss sepanjang minggu ini. American Idol, blah blah blah. Banyaklah sangat! Hahaha. Tapi di ofis, sangatlah banyak input yang masuk keluar kepala dan telinga ini. Sampai otak tak mampu nak cerna dah segala info itu. Bukan senang nak masuk jadi jurnalis ni. Setiap benda kena takel sampai ke bahagian advertising. Huh!

Well, banyak benda menarik bakal berlaku weekend ni. Besok jer majlis akad nikah satu2nya abang kandung saya. Malangnya, ibu bapa dan keluarga lain tidak dapat menyaksikan big day tersebut dek kerana kos nak datang KL dari Sabah bukan alang2 lagi2 kalo nak datang reramai. Biarlah saya saja yang pergi menyaksikan majlis tersebut. Sob2. Yang malangnya lagi, dapat tengok majlis akad nikah jer. Kenduri tak dapat join coz tuntutan kerja.

Reason? Sok saya dan rakan sekerja diminta bersama-sama join Jelajah Harian Metro di Alor Gajah Melaka. Yang bestnya, kitorang akan pergi satu bas dengan para artis yang terlibat seperti Diana Danielle, Zoey Astro Ceria, Jinbara, Ezzlyn, Diana Amir, Jinbara, Ramlah Ram da ramai lagi. Kitorang akan terlibat bersama-sama untuk menjayakan setiap aktiviti yang akan dijalankan. Sungguh teruja dan tak sabar sangat nak memeriahkan acara tersebut. Kepada yang berada di Melaka dan kawasan2 terdekat, jooooommm serang jelajah metro Alor Gajah!!!

Tapi di samping berhujung minggu tuh, mari dengan serendah-rendah hati kita mohon dan doakan mangsa-mangsa tsunami di Jepun agar mereka selamat.


No comments: