Kategori 'Vacation' Ker?

Disebabkan semua geng2 kelas yang lain pulang ke kampung halaman (bukan semua, tapi ada agenda masing2), saya membuat keputusan last2 minute untuk menziarah Penang. Suatu keputusan yang berisiko kerana saya bersendirian untuk trip ini. Tapi memang, saya ingin pergi solo2.

Bosan dan fobia sket nak naik bas, saya tukar fikiran menaiki kereta api KTM. Harga tix 35bucks, lebey kurang naik bas jerlah. Ni kali pertama naik kreta api pegi Penang dan ramai gak bertanya, kenapa ktm? Jawapannya, coz tak pernah naik dan saja nak tempuh perjalanan yang panjang. Ngeee. Memang lama gaklah tapi sib baik amik tix yang bertolak malam. Sampai2 jer Butterworth, da pagi dan terus naik feri ke pulau.

Demi mengurangkan kos, saya trima offer kawan menetap kat rumah dorang. So, dari jeti trus ambik bas ke sungai dua. Tak banyak yang berubah, cuma kedai cina kegemaran kitorg da xder. Shuang Sing da tukar ke Kopitan. Hurm.

Penat sangat bila dah sampai. So, bila dah lepas letak barang kat rumah member, then ingat nak lelap jap, tapi perut dah memberontak, lantas teringat pecal lele kat sungai dua. Memang tempat fav time unihood dulu. Yay! Sampai kat sana, kedai dia da tukar wajah. Dia dah besarkan sikit, maklumlah makin ramai yang datang. Saya trus pesan pecal lele, dan hasilnya, masih sodap seperti dulu! Rangup, sambal podas, terbaikk! Mesti makcik tuh dah kaya giler!

Kebanyakan masa memang buang kat rumah jer. Ingat nak drive jer kreta member tapi tak yakin pla kat Penang. Almaklumlah, senario jalan raya di sana agak mengerikan sikit. So, buat dek jak di rumah, tengok tv.

Sabtu punya aktiviti, pegi ke pasar malam sungai dua. Huh! Tempat masih sama. Sangat rindu tempat nih dan semestinya benda yang dicari ialah air kelapa aiskrim, kulit ayam goreng, dan ada tambahan, laksa penang. Apalagi, blek rumah, mengelojohkn diri membaham segala yang dibeli! Burp.

Ahad menjelma, baru dapat bernafas sket. Saya ajak member2 pegi few places yang memang dalam list nak pegi. First pegi kedai cendol kat town yang Phua Chu Kang selalu pegi tu. Arghhh! Ketagihlaa, knapa cendoi itu xda di KL! Then, mgidam durian pula. Mula2 dalam hati nak pi Balik Pulau, kat sana boleh jumpa macam2 jenis durian. Namun, kawan2 mencadangkan beli tepi jalan jer kat area Queensbay, so, angguk dan beli 3 biji durian. Berjaya juga menghabiskan 2 biji durian! Wakaka. Memang macam monsterlah menghabiskan durian tuh. Nyumm.

Malam pula, pegi karoks ngan member lain pula. Macam biasa, fun giler bila karoks ngan dorang walaupun da lama tak jumpa! Masing-masing masih gila 'mic' seperti dulu kala. Hahahaha. Thanks Hil, Shah, Aimi, Wan dan Ejat!

Tak puas hatilah 'vacation' kali ini. Macam menziarah jer pula. Tak dapat pegi feringgi, club, dan few places yang teringin nak pegi. Takperlah, next time ader lagi.

Apa2pun, sangat puas hati coz at least tak buang masa menghabiskan seminggu break tuh. Lepas nih, masuk bekerja balik. Huhuhu.

U need therapy? Click THERAPY!

11 comments:

Cinoi Lavigne said...

Ohh kategori vacation la ni.

Siok jgk kdg2 jalan solo. X pyh fikir apa org lain mau. decide sndri.

tp smp penang pun ada kwn2 kan ok la tu

Georgie J said...

that's y.sometimes mau cari ruang sendiri ba kan.i wish i can go to europe one day.solo2 pun nda apa ;p.

virgo19 said...

penang??? wah i like...jeles la...

d.angel said...

best dpt jalan2...- follow u oredi-

Georgie J said...

virgo : yaaaa!have you been there?beshlah penang.

dorris : yeahhh.xsbar dtg sana lagi.thanx for foloowing.

Georgie J said...
This comment has been removed by the author.
virgo19 said...

not yet la...huhu...dats y im jeles wit u...my besfren say that penang is ggggoooooodddd n oso a food's heaven...ooo my...i wish i can be there la...

Fadzmie said...

Kompem-kompem sudah ni kategori vacation, bos. Haha.

Kalau mau pusing Penang, mau pakai kereta juga tu baru puas, kan? Sebab berjarak-jarak juga bah tempat-tempat yang siuk sana.

Entri Terbaru: laman kerajaan akan diserang penggodam anonymous?

Georgie J said...

virgo : do saving!nanti p sana.memang heaven foods sana!trust me!

fadzmie : hehehe.tau xpa.syglah time tuh, bajet kurang kan.kalo nda, memberanikan diri jak drive ronda2! :)

virgo19 said...

money no prob...but time is...huhu...btw nice vacation...:)

Georgie J said...

:)