Seminggu Yang Menyiksakan

Akhirnya, berakhirlah seisi pembelajaran dan pengaplikasian. Sekarang ngah tgu keputusanlah. yang tu takmao fikir dalam2 coz nanti apa2 pun semuanya bergantung kepada rezeki kan. Yang penting sekarang, camana nak sempurnakan hadiah cuti seminggu yang diberikan ini?

Plan asal, mau balik ke Sabah. Sangat2 rindu okay. Memang tak tertahan dah. Tapi alkisahnya, kenalah cancel last2 minute. Bukan apa, macam tak worthlah balik sana untuk seminggu jer dan terpaksa bayar hampir 500bucks then boleh spend few days jer. Kalau saya nih kaya, memang da kat sana skrang nih. Wat to do kan.

Tukar perancangan. Kena pegi some place jugak nih! Skrang nih tengah berkira-kira kalau turun ke Penang, amcam? Huh! Di tempat saya menimba ilmu selama tiga tahun. Bertemu dan berpisah dengan teman2 yang dikenali di situ. Pelbagai memori, suka duka, tersungkur dan disungkur. Penang ibarat rumah kedua selepas KK. Tapi sudah 3 tahun tidak menjejak pulau itu.

Seminggu ini memang menyiksakan. Bertarung dengan macam2 percaturan, adakah saya akan mendapat pekerjaan itu, di manakah saya akan diletak selepas ini, apakah saya sudah buat yang terbaik, cukup mencengkam dalaman ini, dan semestinya, kekalutan itu perlu dimansuhkan dengan vacation. Hehehe.

Minggu lepas, pelbagai ketegangan menyerang diri saya. Berhadapan dengan manusia2 yang sukar diduga jenis apakah mereka ini, sehinggakan tidak terlawan emosi ini. Kalau dulu, boleh jadi perang. Tapi sejak kedewasaan ini, perkara itu perlu ditangani tanpa unsur tidak profesional. Jadinya, oleh sebab itu juga, saya perlu 'melarikan' diri seketika untuk mengumpul kembali kekuatan itu.

Moga ketenangan dan kekuatan itu bakal dikaut dalam pemergian sementara ini. Kekusutan perlu dileraikan, emosi perlu dineutralkan.

Ok, entri ini adalah luahan penulis, saja nak lari konsep. Yay!

Oh ya, bagi yang membacanya, sudi2 mengklik BANTULAH SAYA.

3 comments:

Fadzmie said...

3 tahun di Penang? Penang di mana bos? Haha.

# orang lain buat salah, orang lain terima akibatnya #

Darrr said...

saitang, cepat masuk desk. bosaaan gile syial! wa rindu iblis2 sekalian.

Georgie J said...

fadzmie : d usm boss.hehe

darr : nantikan kamiblis membilis segala setang di sana.wakakaka