X-Men Kurang Ummph!

Sapa kata X-Men kurang ummph? Oh, TIDAK SAMA SEKALI!!!

Saya baru lepas tengok filem ini yang merupakan kesinambungan kepada X-Men sebelum2 ini. Perihal mutasi adalah antara perkara yang bagi saya sangat memberi impak untuk tontonan tahap megujakan. Sejak kecil kot tengok kartun dier dalam tv! Siap pilih lagi watak mana yang disukai. Tekalah sapa watak yang saya nak jadi?!! Hahahaha....zip mulut. Ahem.

Alkisahnya, tiba-tiba ntah macam rasa kepingin giler nak tengok crita nih. Mula-mula malas nak kuar, then, tatkala klik2 tenet, tergatal plak jari pegi cek showtime. Auwwww! Hahaha. Apalagi, terus ar pegi bersiap bagai.


Sinopsisnya, X-Men First Class nih menceritakan kembali bagaimana para mutan mula2 bersatu, sehingga wujud perbezaan pendapat dan misi, yang sekali gus memisahkan mereka ke haluan masing-masing. Seronok tengok kombinasi pelbagai elemen yang ditonjolkan dalam filem nih. Bidang perisikan, memang tiptop my fav, then permainan emosi, bahasa Russia, sejarah, flash back, lepas tuh dia punya aksi2 yang tunjuk kuasa masing2 tu, memang terbaik! Real giler!!!

Paling suka babak yang dah nak last2 tuh. Bila Magneto bertengkar dengan Xavier, then Moira cuba mempertahankan Xavier dengan melepaskan tembakan ke arah Magneto. Baru saya tau, dari situlah pula Xavier boleh jadi lumpuh.

Dari segi pelakon, tabik springlah coz ada James McCavoy! Giler, fav saya tuh! Then yang lain2, ohsem, walaupun yang pemandu teksi tuh awal2 lagi dah mampus. Wakakaka.

Memang besh, tak sia2 datang tengok. At least, kalau siapa yang tak pernah tengok X-Men, adalah disarankan, tengoklah X-Men First Class dulu. Barulah faham lepas tuh tengok yang sebelom2 nih. Hihihi.

MOST-MOST RECOMMENDED! Ingat nak buat contest, nak bagi tix free untuk korang, tapi blog saya nih pun masih sunyi sepi. Tak ramai follower. Xperlah, lain kali eh!

Ciao!

5 comments:

tqa said...

nda tengok lagiii. smlm mau pegi tapi malas jalan. haha =_="

Georgie J said...

sa pun malas2 semlm.tapi tiba2 ter'pigi' pula.hahaha

Fadzmie said...

Mutasi is sexy! Haha.

wordless wednesday #2

Okayarms said...

Uits! Ini wajib mo tinguk ni... kalo nda tinguk, mo kena ketuk kepala dulu tu wakakaa.

Apa fav powers ko sana? Kalo sia, sia mo yang teleport2 tu muahaha.

P.S Sia belum tinguk ni wayang. Baru nampak trailer ja LOL/

Georgie J said...

armstrong : sa mau tu power yang boleh menyamar-nyamar!!!hehehe.bah, pigi tinguk cepat, memang BEST!