Oppss...Tertelan Pula.

Bila sebut pasal Ramadan nih, banyak giler kenangan. Serius, time zaman kanak-kanak dulu (sekolah rendah), saya tak tau pun pasal puasa2 semua nih. Hahahaha. Bila dah masuk sekolah menengah, asrama pulak tuh, kat sanalah saya mula mengenal erti sebenar berpuasa.

Saya seperti yang lain juga, ingat berpuasa nih hanya sentuh pasal bab2 makan minum jer. Bila kengkawan kat asrama explain, barulah tau reason puasa nih.Bukan sekadar tidak boleh makan, bergosip pun boleh batal puasa rupanya. Hehehe. Tapi memang bertuahlah coz dapat join kawan2 bersahur sama2, berbuka sama, walaupun terpaksa mencelikkan mata di subuh2 lagi untuk menyerang dewan makan. Pastu, yang kelakarnya, muka masing2 tak boleh blah. Mata merah, dengan kesan2 air kat muka yang baru basuh.

Belajar punya belajar, pernah juga beberapa kali tewas dek kerana dah tak tahan lapar gilak, pastu makanan pula depan mata dah. Hahaha. Dugaan.

Part paling besh lagi, time nak pegi baazar tuh. Fuh. Saya pula yang mengalahkan orang puasa. Asyik nak join jer, kalau tak kena ajak nak sentap aka merajuk2 pula. Hahaha. Waktu kat matrikulasi dulu, favret makanan, mesti nak beli kek coklat ngan nasi kerabu! Pheww! Jakun jugala first2 tengok nasi kerabu dengan nasi berwarna biru tuh. Tapi bila dah masuk mulut, nahh, nak dan nak lagi! Sekarang nih, bila sebut baazar jer, mseti nak beli kuih pelita tuh. Teramat suka sebab manis di bawah. Manis di bawah?! Kikiki. Kalo juadah berat pula, ayam percik ngan nasi jerlah. Dah! Minuman, ikut selera. :)

Seperti tahun-tahun lepas, saya trylah nak puasa2 juga tahun nih. Coz dah tak bleh commit sangat dah after bff tak ada dekat2. Dulu2, sangat terpsiko kalo dengan dia. Tu yang jadi disiplin nak puasa. Hihi. Rindu ko Jijam!

So, buat pembaca2 setia dan yang baru membaca blog saya ini, dengan berbesar hati, saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA. Moga Ramadan membawa keberkatan kepada anda. Sabar dan disiplin. Jangan pula baru pukul 1 petang, tiba2 ada pula secalit kari kat tepi bibir tuh. Hahaha.

Salam Ramadan.

4 comments:

Cinoi Lavigne said...

Ehh byk juga kwn saya mcm kau, try puasa

hamizah afifah said...

kwn saya yg non muslim time asrama kt sabah dlu pun ade try pose..tp diorg puasa time kt skolah jer lar..sbb kantin tutup..hihi..blik asrama sa nmpk diorg buka dkt blik prep rmi2..haha..

Georgie J said...

hehe.itu yang best tu.nikmat betul kalau buka ramai2 dengan member2.

Fadzmie said...

Nasi kerabu la yang paling dicari oleh saya time bulan puasa. Nda buli tinggal hari-hari. Haha.

Btw, thanks ging! Kalau ko rajin, puasa-puasa la juga ni kali. Haha.

p/s: Ada pengumuman penting di latest entry saya, di SINI. ;)