Pemutihan Bermula

* entri ditulis selepas mendapat ilham ketika mandi bogel :) *

Ouch. Berhenti berfantasi! Hahaha. Semua orang obses untuk cantik. Semua orang nakkan dirinya kelihatan sempurna. Semua orang impikan penampilan yang WOW! Tidak percaya? Tanya diri-sendiri. Tak perlu tipu ya.

Buat masa sekarang, selain perut yang makin membuncit, saya teramat risau dengan 'aset' saya yang satu ni. Memang tak tidur lena juga akibat mendapat teguran daripada seorang kawan! Itulah orang bilang, kawan sebenar adalah kawan yang sentiasa memberi kritikan yang membina. Untuk kebaikan kita juga kan!

Sebenarnya, sudah lama saya sedari ketidaksempurnaan ini. Kawan saya bilang, GIGI YOU KUNING!!!

Ouch! Nak marah pun tak boleh, memang kuning pun. Nah, tengoklah sendiri!


Ala, konpemla jatuh saham lepas ni! Huk huk huk.

Maka, kebetulan seorang rakan memperkenalkan saya sebuah produk yang belum dapat disahihkan keberkesanannya. Dia kata benda ni bagus dan efektiflah. Ekceli bukanlah benda baru pun, cuma ubat gigi. Tapi yang payahnya mende nih takda jual kat Malaysia. Ni pun dia kirim beli dari Singapore.


Tu diaaaa, THERAMED!!! Dia bertindak dua dalam satu, sebagai ubat gigi dan pencuci mulut katanya. Selain itu, kalau digunakan secara konsisten, maka putihlah gigi anda dalam sebulan, menurut kawan sayalah.

Well, tidak salahnya mencuba kan. Hehehe. Harga dia $3 Dollar Singapore. Tapi kalo convert pi duit kita, dalam RM8 camtulah. Lalu, saya pun beli dua botol.

Sama ada berbaloi ke tidak, kita lihatlah kesannya nanti ya! All the best to me! Harap2 berjayalah pemutihan ini. :)

1 comment:

Ainolnaim said...

uih.. produk2 pemutih ni boleh bawak kanser mulut tao.. hati-hati eah.. kalau boleh, gunalah bahan2 semula jadi.. -Arang// :D