Selebriti Kena Belasah Kaw2!

Yuhuuu! Anda di sana, mari dekat saya! Mau stori2 dulu pasal trip pegi Melaka baru-baru ni. Well, kalo tak baca entri sebelum ni mestilah korang blur2 trip apa yang saya maksudkan. Oklah saya remind balik, trip Jelajah Harian Metro Alor Gajah, stesen terakhir sebelum berlangsungnya konsert besar2an yang akan diadakan di Dataran Merdeka, KL 26 Mac ni.

Last2 minit tau keputusan nak join this trip. Kitorang bertolak dari NSTP Bangsar kira2 jam 2++ petang dengan menaiki satu bas. Gamat giler bas tuh bila Roslan Shah dah mulakan keletahnya. Tak kering gusi duduk kat dalam tuh since dia buat lawak yang kaw2 punya sampai nak tidor pun tak sanggup. Well, FYI, dalam bas tuh ada artis2 seperti Diana Amir, Jinbara, Yantzen, Farhan dan Roslan Shah. Selain tuh, ada kitoranglah, staf2 NSTP nihhh. ;p

Sampai jer kat Melaka, trus pegi Majlis Perbandaran Alor Gajah, ada jamuan katanyer. Oya, sepanjang kitorang di sana, semuanya sponsor habis k. Yay! Then pas da makan2, trus pegi beramal bakti kat satu rumah mak cik ntah apa nama dia tuh. Kitorang gi tolong2 angkat barang nak sumbang kat mak cik yang ala2 tak mampu tu.

 Sesampainya di Alor Gajah. Sempat snap lepas makan2. Hihi.

 Ni time kitorang gi menghulurkan bantuan kat mak cik terpilih tuh.

 Gembira sakan dorang kalo bab2 bergambar nih! Haish, tetap saya jadi fotograper!

 Bersama si gadis utara bernama Dar Mansor!

 Lepas habis sound check, snap lagi! Eh..eh..., Diana Amir in the house!

Pastu, gi sound check kat stage pula. Terasa juga tempias2 glamer tuh bila Roslan Shah umumkan kehadiran kitorang kat sana. Hiks! Then malam tuh berlangsunglah konsert yang ala2 meletup tuh. LOL. Walaupun ada few2 isu yang panas nak bincang tapi tanakla reveal2 kat cni. Nampak sangat ke'reporter'an tuh nanti kan! Haha.

Setibanya di tapak konsert! Dandan jer ala2 ceria, padahal, tingtong penat nak mampos!

 Yang penting, kitorang jadi sukarelawan memungut derma khas untuk mangsa tsunami Jepun!

Well, yang penting walaupun dah rasa macam mumia hidup dengan keletihan tahap gaban, dengan mata ala2 panda, kitorang tak lepaskan peluang pegi ke Restoran Ikan Terapung kat area mana tah tu. Melantak sampai kembung perutlah, apalagi! Nyummmm....

 
 Sesi melantak makanan free! Sodap, memang SODAP!!!

Bila da pas melantak, semua pun tingtong gila, letih nak mampos occay! Naik jer bas, trus krohhhh2 smua. Nak layan Roslan Shah pun da tak larat. Sampai bilik hotel masing2, trus serangggg katil empuk! Eh, sempat basuh kaki tau!

Keesokan pagi, sambung aktiviti kat Dataran Keris tuh. Berpoco-poco dan senamrobik dengan para artis, staf dan penduduk tempatan. Lepas tuh, sukaneka pun dijalankan! Memang sporting giler orang2 Melaka! Gamat dan sensasi walaupun panas terik membahang. Yang penting, ada seorang mak cik tu pengsan lepas tarik tali. Ala. lupa pula nak ambik gmbr dia. Oklah, penat beleter, layanla gambar2 ini! :)

 
Wajah morning blues.......hampeh!haha

 Bersama konco2 kumpulan hijau aka Arena!

 Grup Hati....booooooo! ;p

 Rap yang poyo. Diana Amir buat2 kiut! Wakaka. Opss, sorry Dy if terbaca entri nih! LOL

 Wah kumpulan Variasi. Variasi sangat! Tamak doh bolot 3org artis!

 Diana Amir on action!

 Shot di tengah kepanasan. Erk!

 Hahaha. Lucu tengok wajah Diana Danielle ngan Yantzen nihhh! Yang penting, semangat giler dorang nih. Asyik2 muka dorang time sukaneka tuh! Kikikiki.

 Farhan gigih menghabiskan juadah 'Santapan Di Raja'. Siannn....

 Sampai tertonggeng-tonggeng c Zoey membereskan sirap tuh....

Lepas jer habis semua acara termasuklah penyampaian hadiah, apalagi, gambar bersama artis! Sesi kemuncak ok! ;p

 Ezlynn yang da lama menyepi!

 Kawan lama. Hiks.

 Zoeyyyy!

 King of the whole trip, ROSLAN SHAH!!!! Lawak beliau memang TERBAIK!

 Potret reramai ngan Yantzen dan PAnya. Lupa pula sapa nama dia....huhu

Dan yang paling penting, tengok kepala yang bersentuhan. Manja ar DD nih. Wakakaka!


5 Star for the trrip. Memang worthla walapun letih tahap maksima! Huhuhu.....


2 comments:

Fanzi Ruji said...

Nda lama ko lagi jadi artis ni Eojie. Hehe.

Unknown said...

Mantop lah Jojie.. Kau kerja di NSTP kah? Ehe.. d(^^,)