Balik Desa Jap, Nak Ikut?

Awal-awal pagi da sms si Kiah, cepatla siap oi, jap lagi nak gerak ni. Si Kiah tu konpem terkebil-kebil dapat sms awal2 buta. Ntah berapa kali dimakinya si sang pengacau yang telah mencantas mimpi fairytalenya yang konon sedang menyusuri lorong2 di Paris, kota fesyen sambil membimbit beg Louis Vuitton, sambil berpegangan tangan dengan si sang kekasih hati. Pappp! Sudah2lah dengan mimpi valentine basah ko tuh. Lebih baik ko pergi rendam pakaian terkumpul seminggu ko tu dan cuci!

Si Kiah yang dimaksudkan ialah kazen saya yang jap lagi akan menjadi datin dalam perjalanan. Terasa nak balik kampung pula tiba-tiba. Lagipun dah janji kan nak jenguk my granny. Yerlah pasni dah jadi warga metropolitan katanya. Mungkin inilah waktu terbaik untuk meluangkan masa bersama-sama keluarga di kampung memandangkan lepas ni mesti sibuk mengalahkan Perdana Menteri.

Plus, poket pun makin susut, memang da susut pun. Kalah gurun sahara tu. Kemarau panjang sejak 'diberhentikan' kerja Disember lalu. Hah, mesti korang tertanya kan macammanala saya survive time2 gawat macam ni? Well, I tell you arh, hahaha, saya buatla bisnes kecil2an. Tolong kawan jual produk Victoria's Secret kat kawan2 yang minat. Nasib dah ada pembeli! Kedua, LIMITkan penggunaan kereta pasal dah sah2lah kena isi minyak kan kalo dah guna. Duit lagiii! Ketiga, kepada siapa2 yang pernah berhutang dengan anda, tagihla dengan penuh drama kalo nak berjaya dapat.

Tak sabar nak jumpa granny, KONPEM ada gosip baru! Ehhh jap, korang tau ker kampung saya kat mana? Memperkenalkan, TAMBUNANNN. Sebuah daerah yang masih bertahan dari segala pembangunan dan pencemaran kota. Yang penting, KFC masih tak buka kat cni k. So, sehatla orang-orang kampung tak makan KFC yang 'kurang' menyihatkan itu. LOL.

 sumber imej dari www.exploring-malaysia.com

No comments: